Kadar Zakat Fitrah Melaka 2021 dan Cara Bayaran Online

0
145
Kadar Zakat Fitrah Melaka 2021 dan Cara Bayaran Online

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah mengumumkan kadar zakat fitrah bagi negeri Melaka untuk tahun 2021.

Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil, berkata ketetapan harga itu dibuat menerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka berdasarkan harga semasa beras mengikut gred yang menjadi makanan rutin harian umat Islam di negeri ini.

Kaedah pembayaran boleh dilakukan menerusi dua kaedah iaitu secara bersemuka dan atas talian yang bermula bermula 1 Ramadan 1442H.

Masyarakat Islam yang kurang mahir dalam penggunaan teknologi bolehlah membayar Zakat Fitrah melalui IMAM KARIAH yang dilantik dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka bagi tahun 2021 / 1442H

Kadar Zakat Fitrah Melaka 2021
KadarJenis Beras
RM 7.00Beras daripada jenis Super Tempatan
RM 10.00Beras selain daripada jenis Super Import / Beras Basmathi dan lain-lain

Zakat Melaka telah menetapkan kadar Zakat Fitrah pada tahun ini dengan 2 kadar iaitu RM7 atau RM14 berdasarkan jenis beras yang dimakan oleh individu itu sendiri.

Kaedah Bayaran Zakat Fitrah Negeri Melaka Bagi tahun 2021

Susulan penularan pandemik COVID-19 di negara ini, Zakat Melaka telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan beberapa kaedah pembayaran Zakat Fitrah dalam talian (ONLINE) pada tahun ini.

Masyarakat Islam yang kurang mahir dalam penggunaan teknologi bolehlah membayar Zakat Fitrah melalui IMAM KARIAH yang dilantik dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

1. Bayaran Secara Atas Talian (Online)

a) Bayaran Fitrah Melalui QRPAY DuitNow

Kaedah 1 Bayaran Zakat Fitrah Melaka

1. Sila Muat Turun Aplikasi Perbankan Internet anda terlebih dahulu di ”APP STORE” atau ”GOOGLE PLAY” sekiranya belum muat turun.

2. Klik ”LOG MASUK” Aplikasi Perbankan Internet & Pilih ”QRPAY”.

3. Imbas ”QR CODE” yang disediakan sama ada kadar RM7.00 atau RM14.00 SEORANG & masukkan amaun diri dan bil. tanggungan seterusnya klik ”PAY”.

4. TRANSAKSI ANDA BERJAYA & anda akan terima slip pembayaran Zakat Fitrah.

b) Bayaran Melalui E-Bayar Kerajaan Negeri Melaka

1. Klik link pautan https://ebayar.melaka.gov.my/

2. Pilih ”LOG MASUK”. Sekiranya belum mendaftar anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu. Masukkan ”ID PENGGUNA & KATA LALUAN”. Pilih ”BAYARAN SECARA TERUS”.

3. Pilih Agensi ”ZAKAT MELAKA”, Jenis Bil Pembayaran ”ZAKAT”.

4. Pilih Jenis Zakat ”ZAKAT FITRAH” & Penuhkan butiran anda serta bil. tanggungan seterusnya klik ”TERUSKAN”.

5. Mod pembayaran zakat melalui FPX & Pilih Perbankan Internet seterusnya TRANSAKSI ANDA BERJAYA

c) Pembayaran Melalui Perbankan Internet Maybank2u

1. Klik link pautan https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do

2. Pilih ”LOG IN” dan log masuk ke akaun perbankan internet anda.

3. Pilih ”PAY & TRANSFER”, Pay to : ”PAYEE”.

4. Pilih PAYEE ”ZAKAT MELAKA – ZAKAT FITRAH”.

5. Penuhkan maklumat “AMOUNT”, “MOBILE NUMBER” pilih “KADAR ZAKAT” dan “EFFECTIVE DATE”.

6. Seterusnya klik ”PAY” dan TRANSAKSI ANDA BERJAYA

2. Melalui Amil Zakat Fitrah

Seramai 1,500 amil dilantik di seluruh negeri terdiri pegawai syarak, penjawat awam dan wakil industri di negeri ini bagi menjalankan pungutan zakat fitrah.

Waktu Operasi Perkhidmatan Waktu Kutipan Zakat Melaka Sepanjang Ramadan 2021

Sempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak, Untuk makluman Kaunter Perkhidmatan Pembayaran Zakat seperti di poster yang tertera di bawah:

Info dan Maklumat Lanjut

Facebookhttps://www.facebook.com/zakatmelaka/ 
Laman Webwww.izakat.com 
Telefon1-300-88-0233 
Whatappshttps://wa.me/601158583885 

Soalan Lazim Mengenai Zakat Fitrah Negeri Melaka

Berapa kadar zakat fitrah negeri Melaka bagi tahun 2021/1442H?

RM7.00 – Beras Super Tempatan
RM14.00 – Beras Import

Cara untuk membayar?

1. Secara atas talian (online).
2. Melalui amil yang dilantik.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

Sumber: Zakat Melaka


Lihat juga jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh negeri Melaka 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here