Thursday, March 27, 2025
HomeZakat FitrahKadar Zakat Fitrah Negeri Sembilan 2022 dan Cara Bayaran Online

Kadar Zakat Fitrah Negeri Sembilan 2022 dan Cara Bayaran Online

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)  telah mengumumkan kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan bagi tahun pada 2022 / 1443H.

Bayaran zakat fitrah ini boleh dibuat mulai 1 Ramadhan pada tahun ini sehingga sebelum menunaikan solat Aidilfitri pada 1 Syawal.

Pembayaran bagi zakat ini boleh dibuat secara dalam talian atau pembayaran melalui amil yang dilantik oleh Majis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS). 

Para pembayar zakat fitrah digalakkan untuk membuat pembayaran zakat secara atas talian ataupun pembayaran tanpa tunai bagi mengelakkan peningkatan kes Covid-19.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Sembilan bagi tahun 2022 / 1443H

Kadar Zakat Fitrah Negeri Sembilan 2022
Kredit Photo: MAINS

Kadar zakat fitrah bagi Ramadan tahun ini ditetapkan sebanyak RM7.00, RM10.00 atau RM21.00 bagi seorang.

RM7.00 merupakan kadar asas zakat fitrah bagi negeri Negeri Sembilan pada tahun ini.

Umat Islam yang ingin membayar lebih dari kadar tersebut, adalah digalakkan membayar mengikut kadar berikut;

  • Kadar Zakat Fitrah sebanyak RM10.00
  • Kadar Zakat Fitrah sebanyak RM21.00

Cara Bayaran Bagi Tahun 2022

Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini terdapat beberapa 3  kaedah yang boleh digunakan iaitu secara online, bayaran melalui amil-amil yang di lantik atau bayaran melalui kaunter di kaunter zakat MAINS.

  1. Pembayaran secara bersemuka iaitu dengan cara berikut:
    1. Hadir ke kaunter zakat di pejabat-pejabat MAINS Daerah/Cawangan yan berhampiran yang dibuka 7 hari seminggu sepanjang Ramadhan dari jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.
    2. Melalui Amil Zakat Fitrah yang telah diberi tauliah oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang terdapat di masjid dan surau terpilih di seluruh Negeri Sembilan.
    3. Hadir ke kaunter-kaunter pembayaran zakat fitrah di pasaraya-pasaraya ataupun di lokasi terpilih yang dibuka pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum sahaja.
  2. Pembayaran secara dalam talian (online) iaitu dengan cara berikut:
    1. Portal Rasmi MAINS www.zakatns2u.biz/fitrah
    2. Aplikasi MAINS (Android sahaja)
    3. Aplikasi MyEG (Android sahaja)
    4. Aplikasi SnapNpay(IOS dan Android)
    5. Aplikasi Boost
    6. Perbankan internet melalui jomPay

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?

Waktu Terbaik Tunai Zakat Fitrah MAINS

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, boleh merujuk laman rasmi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan melalui Facebook;

https://www.facebook.com/majlisagamaislamns/

Anda juga boleh merujuk laman web melalui pautan berikut;

https://www.zakatns2u.biz/

https://www.mains.gov.my/


Lihat jadual waktu berbuka puasa bagi seluruh Negeri Sembilan dan kawasan yang sewaktu dengannya.


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular