Thursday, March 28, 2024
HomeZakat FitrahKadar Zakat Fitrah Kelantan 2022 dan Cara Bayaran Online

Kadar Zakat Fitrah Kelantan 2022 dan Cara Bayaran Online

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menetapkan kadar zakat fitrah bagi negeri Kelantan untuk tahun 2022 / 1443H selepas mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Bayaran zakat fitrah ini boleh dibuat mulai 1 Ramadhan pada tahun ini sehingga sebelum menunaikan solat Aidilfitri pada 1 Syawal.

Pembayaran bagi zakat fitrah ini boleh dibuat secara dalam talian (online) atau pembayaran melalui amil / melalui kaunter MAIK.

Terdapat tiga kadar zakat yang telah diumumkan di mana MAIK menggalakkan pembayaran zakat fitrah berdasarkan keselesaan menurut harga beras yang dimakan.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan Bagi Tahun 2022 / 1443H

Kadar Zakat Fitrah Kelantan 2022-1443

Harga Zakat Fitrah Negeri Kelantan bagi tahun ini adalah sebanyak RM7.00 sahaja, bagaimanapun mana-mana pembayar yang ingin membuat bayaran RM14.00 atau RM21.00 berdasarkan keselesaan menurut harga beras yang dimakan adalah digalakkan.

Cara Pembayaran Zakat Fitrah  Bagi Negeri Kelantan Tahun 2022

Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan iaitu secara online ataupun pembayaran zakat fitrah boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan Kaunter Baitulmal di masjid bandar serta jajahan.

Pembayaran Melalui Kaunter Zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

May be an image of ‎text that says '‎KAUNTER ZAKAT MAIK DIBUKA SETIAP HARI Sepanjang Bulan Ramadan 1443H 2022M Hari Bekerja 8.00 Pagi 5.00 Petang Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum 8.30 Pagi 5.00 Petang ASO HADIAH BUAT TERAWAL PEMBAYAR ISTIMEWA 10二 MINIMUM RM100 ZAKAT MAIKkelantan maikkelantanofficial س www.e-maik.my Bayar Zakat Harta Berkat‎'‎

Bagi mereka yang dingin membayar zakat fitrah melalui kaunter MAIK, ia dibuka setiap hari sepanjang bulan Ramadhan  iaitu dari 3 April hingga 2 Mei 2022.

Hari BekerjaJumaat, Sabtu dan Cuti Umum (Kelepasan Am)
8:00 pagi – 5:00 petang8:30 pagi – 5.00 petang

Pembayaran Secara Atas Talian (Online)

Zakat fitrah Online Kelantan 2022

Pembayaran zakat fitrah di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kini boleh dibuat secara online melalui laman portal berikut;

https://zakat.e-maik.my/v8/fitrah1443.php

Terdapat tiga kaedah pembayaran yang disediakan:

1-FPX Internet Banking (B2C)

2-Perbankan Internet (Melalui JomPAY)

3-Kredit kad/MIGS-Visa & Master Kad

Sangat mudah dan cepat dengan perkhidmatan secara atas talian MAIK. 

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

Apa itu Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah ialah zakat diri (badan) yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat Wajib Mengeluarkan Fitrah:

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan melalui Facebook;

https://www.facebook.com/maikkelantanofficial

Anda juga boleh merujuk Portal Rasmi MAIK melalui pautan berikut;

https://www.e-maik.my/


Warga kota yang rindukan suasana Kelantan, boleh datang ke Pasar Pagi Kelantan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur

RELATED ARTICLES

Most Popular