Sunday, September 25, 2022
HomeZakat FitrahKadar Zakat Fitrah Perak 2022 dan Cara Bayaran Online

Kadar Zakat Fitrah Perak 2022 dan Cara Bayaran Online

Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk) telah menetapkan kadar zakat fitrah bagi negeri Perak pada tahun 2022 / 1443H.

Bayaran zakat fitrah ini boleh dibuat mulai 1 Ramadhan pada tahun ini sehingga sebelum menunaikan solat Aidilfitri pada 1 Syawal.

Pembayaran bagi zakat fitrah ini boleh dibuat secara dalam talian (online) atau pembayaran melalui amil yang dilantik oleh MAIPk.

Terdapat tiga kadar zakat yang telah diumumkan di mana MAIPk menggalakkan pembayaran zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan oleh rakyat negeri ini.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak Bagi Tahun 2022 / 1443H

Kadar Zakat Fitrah Perak 2021

Negeri Perak Perak masih mengekalkan tiga pilihan kadar bayaran zakat fitrah bagi Tahun 2022/ Ramadan 1443 Hijrah iaitu RM7, RM14 dan RM21 mengikut kepada jenis beras yang lazim dimakan.

Harga minima yang perlu dibayar setiap individu RM7.00.

Walaubagaimanapun, adalah digalakkan membayar lebih mengikut jenis beras yang dimakan. Harga yang ditawarkan adalah RM14.00 bagi yang menggunakan beras wangi, beras putih import, beras perang, beras pulut, herba poni dan seumpamanya.

Manakala RM21.00 bagi yang menggunakan beras basmathi, beras jepun, beras merah dan seumpamanya.

Kaedah Bayaran Zakat Fitrah  Bagi Negeri Perak Tahun 2022

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Merlayu Perak (MAIPk), menyediakan dua kaedah bayaran zakat fitrah:

1) Bayaran Secara Dalam Talian (Online). 

i) FPX MAIPk. Layari: https://ezakat.maiamp.gov.my

ii) Aplikasi GoPayz

iii) Aplikasi Shopee

iv) Maybank2u

v) Aplikasi SnapNPay

Penyata Bayaran Zakat Fitrah bagi medium bayaran FPX MAIPk (ezakat.maiamp.gov.my) boleh dimuat turun terus daripada sistem FPX MAIPk.

Manakala bagi medium bayaran SELAIN FPX MAIPk, penyata bayaran zakat fitrah boleh diperolehi selepas 6 HARI transaksi dibuat.

Pembayar hanya perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan ke dalam sistem online maiamp.gov.my/zakatfitrah dan seterusnya memuat turun penyata bayaran untuk simpanan atau cetakan.

2) Bayaran Melalui Amil Zakat

Bayaran melalui amil boleh dibuat melalui tatacara berikut:

  1. Kaunter di Masjid atau Premis – Bayaran boleh dibuat melalui kaunter kaunter yang dibuka oleh Amil Fitrah sama ada di Masjid, Surau, lokasi tumpuan orang ramai (Kompleks Membeli Belah, Pasar Terbuka, Stesen Minyak dan Premis Perniagaan) serta Pejabat Kerajaan atau Swasta terpilih.
  2. Amil bertemu langsung dengan pembayar – Kaedah ini boleh dilaksanakan oleh amil fitrah lantikan kariah masjid dengan bergerak dari rumah ke rumah bagi memudahkan ahli kariah melaksanakan ibadah zakat terutama warga tua.

Proses bayaran zakat kepada amil hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut;

  1. Amil dan pembayar sentiasa memakai pelitup muka.
  2. Sentiasa mengekalkan penjarakan fizikal dan menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).
  3. Menyediakan wang yang secukupnya bagi melancarkan proses bayaran.
  4. Urusan pembayaran hendaklah dilaksanakan dengan segera tanpa dilengahkan dan beredar setelah selesai urusan pembayaran.

Apa itu Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah ialah zakat diri (badan) yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat Wajib Mengeluarkan Fitrah:

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Zakat Perak melalui Facebook;

https://www.facebook.com/ZakatPerakMAIPk/

Anda juga boleh merujuk laman web melalui pautan berikut;

https://www.maiamp.gov.my/

Sebarang pertanyaan berkenaan zakat boleh hubungi talian: 05 208 4000

Sumber: MAIPk


Lihat juga jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh negeri Perak.

RELATED ARTICLES

Most Popular