Kadar Zakat Fitrah Perlis 2021 dan Cara Bayaran Online

0
246
Kadar Zakat Fitrah Perlis 2021 dan Cara Bayaran Online

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah mengumumkan kadar zakat fitrah di Negeri Perlis bagi tahun pada 2021 / 1442H.

Penetapan kadar ini selaras dengan kelulusan mesyuarat jawatan kuasa fatwa negeri Perlis yang mengekalkan kadar fitrah pada tahun ini berdasarkan kepada harga beras yang lazimnya digunakan oleh masyarakat.

Pembayaran bagi zakat fitrah ini boleh dibuat secara dalam talian atau pembayaran melalui amil yang dilantik oleh (MAIPs). 

Para pembayar zakat fitrah digalakkan untuk membuat pembayaran zakat secara atas talian ataupun pembayaran tanpa tunai bagi mengelakkan peningkatan kes Covid-19.

Kadar Zakat Fitrah Perlis bagi tahun 2021 / 1442H

Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis 2021

Kadar zakat fitrah di Perlis bagi Ramadan tahun ini ditetapkan sebanyak RM7.00 seorang sama seperti tahun-tahun sebelumnya sejak 2016.

Perlis  hanya menetapkan satu kadar sahaja zakat fitrah bagi negeri ini berbanding negeri-negeri yang yang mempunyai sama ada dua atau tiga kadar. 

Cara Bayaran Zakat Fitrah Negeri Perlis bagi tahun 2021

Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini terdapat beberapa 2  kaedah yang boleh digunakan iaitu secara onlin atau , bayaran melalui amil-amil kariah yang di lantik.

1. Secara Atas Talian (Online)

Bagi mereka yang memilih untuk membuat pembayaran zakat fitrah secara dalam talian (online), terdapat dua saluran berikut yang boleh digunakan iaitu;

  1. https://www.maips.gov.my/pwa/fpx/fpxMain.php 
  2. Aplikasi SnapNpay 

2. Bayaran Zakat Melalui Amil Kariah

Anda juga boleh membayar melalui Amil Kariah di seluruh Negeri Perlis

Selari dengan suasana norma baharu dan kes Covid-19 yang masih lagi aktif di negeri ini, pembayar zakat digalakkan untuk membayar secara online atau transaksi tanpa tunai sebagaimana yang disebutkan di atas.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui Facebook;

https://www.facebook.com/MajlisAgamaIslamPerlis/

Anda juga boleh merujuk laman web melalui pautan berikut;

https://www.maips.gov.my/

Sumber: MAIPs


Lihat juga jadual berbuka puasa dan imsak bagi seluruh negeri perlis sepanjang bulan Ramadhan.