Kadar Zakat Fitrah Pulau Pinang 2021 dan Cara Bayaran Online

0
268
Kadar Zakat Fitrah Pulau Pinang 2021 dan Kaedah Bayaran

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menetapkan kadar zakat fitrah bagi negeri Pulau Pinang pada tahun 2021 / 1442H selepas memperoleh kelulusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Bayaran zakat fitrah ini boleh dibuat mulai 1 Ramadhan pada tahun ini sehingga sebelum menunaikan solat Aidilfitri pada 1 Syawal.

Pembayaran bagi zakat fitrah ini boleh dibuat secara dalam talian (online) atau pembayaran melalui amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Terdapat tiga kadar zakat yang telah diumumkan di mana MAINPP menggalakkan pembayaran zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan oleh rakyat negeri ini.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang Bagi Tahun 2021 / 1442H

Kadar Zakat Fitrah Pulau Pinang 2021 - 1442H

Kadar RM7.00 adalah bagi kumpulan majoriti yang makan beras jenis super special tempatan lima peratus, super special tempatan 10 peratus, beras tempatan standard, beras tempatan premium atau lain-lain setara dengannya.

Manakala kadar RM12.00 dikhususkan bagi kumpulan makan beras wangi, beras pulut dan beras calrose/poney atau setara dengannya.

Sementara kadar RM16.00 untuk mereka yang makan beras berkualiti tinggi seperti bastmathi dan setara dengannya.

Kaedah Bayaran Zakat Fitrah  Bagi Negeri Pulau Pinang Tahun 2021

Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan iaitu secara online ataupun bayaran melalui amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam negeri.

Bayaran Secara Atas Talian (Online)

Bagi mereka yang ingin membayar zakat fitrah secara online, terdapat 𝟲 kaedah bayaran yang boleh dibuat sebagaimana berikut;

  1. Melalui Portal zakatpenang2u.com 
  2. Melalui Kod QR zakatpenang2u.com (open payment)
  3. Menggunakan aplikasi TULUS https://app.tulus.my/zakat 
  4. Menggunakan aplikasi GoPAYZ http://bit.ly/GoPayz 
  5. Perbankan internet maybank2u.com.my @ CIMB Click 
  6. Perkhidmatan MyEG https://www.myeg.com.my/

Bayaran Melalui Amil

Selain menggalakkan pembayaran Zakat Fitrah secara online, kaedah pembayaran secara konvensional iaitu melalui amil yang dilantik juga boleh dilakukan.

ZPP sangat menitikberatkan keselamatan pembayar dan amil zakat dengan mewajibkan semuanya mengikuti SOP yang ditetapkan.

Patuhi tatacara khas yang telah ditetapkan sebagaimana berikut;

Tatacara Khas Pembayaran Zakat Fitrah Penang Covid-19

Apa itu Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah ialah zakat diri (badan) yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat Wajib Mengeluarkan Fitrah:

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Zakat Pulau Pinang melalui Facebook;

https://www.facebook.com/zakatpenang/

Anda juga boleh merujuk laman web melalui pautan berikut;

zakatpenang2u.com

Sumber: Zakat Pulau Pinang


Lihat jadual waktu berbuka puasa bagi negeri Pulau Pinang tahun 2021.