Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah mengumumkan kadar zakat fitrah di Negeri Sabah bagi tahun pada 2022 / 1443H.
Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, kadar yang diputuskan adalah bersamaan harga satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras yang dimakan majoriti penduduk negeri ini.
Bayaran zakat fitrah ini boleh dibuat mulai 1 Ramadhan pada tahun ini sehingga sebelum menunaikan solat Aidilfitri pada 1 Syawal. Pembayaran bagi zakat fitrah ini boleh dibuat secara dalam talian atau pembayaran melalui amil yang dilantik oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
Para pembayar zakat fitrah digalakkan untuk membuat pembayaran zakat secara atas talian ataupun pembayaran tanpa tunai bagi mengelakkan peningkatan kes Covid-19.
Kadar Zakat Fitrah Sabah bagi tahun 2022 / 1443H

Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah bagi Tahun 1443 Hijrah bersamaan 2022 Masihi adalah berjumlah RM7.00 untuk seorang.
Kadar yang diumumkan adalah bersamaan harga satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras yang dimakan majoriti penduduk negeri ini.
Sabah hanya menetapkan satu kadar sahaja zakat fitrah bagi negeri ini berbanding negeri-negeri yang yang mempunyai sama ada dua atau tiga kadar.
Kadar ini juga kekal sebagaimana tahun-tahun sebelum ini di negeri Sabah.
Cara Bayaran Zakat Fitrah Negeri Sabah bagi tahun 2022
Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini terdapat beberapa 3 kaedah yang boleh digunakan iaitu secara online, bayaran melalui amil-amil yang di lantik atau bayaran melalui kaunter di kaunter zakat MAINS.
1. Secara Atas Talian (Online)
Umat Islam juga mempunyai pilihan lain untuk membuat pembayaran zakat fitrah secara dalam talian melalui lima saluran iaitu;
- Portal Zakat Sabah
https://appszakat.sabah.gov.my/
- Online Banking:
– Maybank – Bank Islam – Bank Rakyat – Agro Bank – BSN
- Online Portal:
– Myeg – Pos Malaysia – Snap&Pay – Tulus
- Apps (Google Play) & (AppStore):
– Tulus – Shoppe – Boost – Snap&Pay – MAE – Myeg
- QR Code:
– Bank Rakyat – Maybank
2. Amil yang dilantik
Pembayaran juga boleh dilakukan melalui amil zakat fitrah bertauliah yang dilantik oleh MUIS.
Seramai 39 penyelaras wakil amil dan seramai 2,000 wakil amil dilantik untuk menyelaras dan memungut zakat fitrah sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Kesemua mereka akan dibekalkan dengan kad kuasa bagi mengelakkan masyarakat Islam mengeluarkan fitrah kepada orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak bertauliah.
3. Melalui Kaunter Zakat MUIS
Pembayaran juga boleh dilakukan melalui kaunter-kaunter Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS. Waktu operasi sepanjang bulan Ramadhan adalah sebagaimana berikut;

Lafaz Akad Zakat Fitrah
Berikut adalah cara-cara lafaz akad zakat fitrah bagi diri sendiri, diri & tanggungan dan bagi pihak.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah
Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?
Apakah Hukum Zakat Fitrah?
Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.
Info dan maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui Facebook;
https://www.facebook.com/bzfmuis
Anda juga boleh merujuk laman web melalui pautan berikut;
https://appszakat.sabah.gov.my/
Tel, 088 – 279 206
Sumber: MUIS
Lihat juga jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh negeri sabah untuk tahun ini.