Kadar Zakat Fitrah Sabah 2021 dan Cara Bayaran Online

0
253
Kadar Zakat Fitrah Sabah 2021 dan Cara Bayaran Online

Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)  telah mengumumkan kadar zakat fitrah di Negeri Sabah bagi tahun pada 2021 / 1442H.

Bayaran zakat fitrah ini boleh dibuat mulai 1 Ramadhan pada tahun ini sehingga sebelum menunaikan solat Aidilfitri pada 1 Syawal.

Pembayaran bagi zakat fitrah ini boleh dibuat secara dalam talian atau pembayaran melalui amil yang dilantik oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). 

Para pembayar zakat fitrah digalakkan untuk membuat pembayaran zakat secara atas talian ataupun pembayaran tanpa tunai bagi mengelakkan peningkatan kes Covid-19.

Kadar Zakat Fitrah Sabah bagi tahun 2021 / 1442H

Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah 2021 1442H

Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah bagi Tahun 1442 Hijrah bersamaan 2021 Masihi adalah berjumlah RM7.00 untuk seorang.

Kadar yang diumumkan adalah bersamaan harga satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras yang dimakan majoriti penduduk negeri ini.

Sabah hanya menetapkan satu kadar sahaja zakat fitrah bagi negeri ini berbanding negeri-negeri yang yang mempunyai sama ada dua atau tiga kadar. 

Cara Bayaran Zakat Fitrah Negeri Sabah bagi tahun 2021

Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini terdapat beberapa 3  kaedah yang boleh digunakan iaitu secara online, bayaran melalui amil-amil yang di lantik atau bayaran melalui kaunter di kaunter zakat MAINS.

1. Secara Atas Talian (Online) 

Umat Islam juga mempunyai pilihan lain untuk membuat pembayaran zakat fitrah secara dalam talian melalui lima saluran iaitu;

  1. Portal Zakat Sabah

https://appszakat.sabah.gov.my/

  1. Online Banking:

– Maybank – Bank Islam – Bank Rakyat – Agro Bank – BSN

  1. Online Portal:

– Myeg – Pos Malaysia – Snap&Pay – Tulus

  1. Apps (Google Play) & (AppStore):

– Tulus – Shoppe – Boost – Snap&Pay – MAE – Myeg

  1. QR Code:

– Bank Rakyat – Maybank

2. Amil yang dilantik 

Pembayaran juga boleh dilakukan melalui amil zakat fitrah bertauliah yang dilantik oleh MUIS.

Seramai 39 penyelaras wakil amil dan seramai 2,000 wakil amil dilantik untuk menyelaras dan memungut zakat fitrah sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Selari dengan suasana norma baharu dan kes Covid-19 yang masih lagi aktif di negeri ini, pembayar zakat digalakkan untuk membayar secara online atau transaksi tanpa tunai sebagaimana yang disebutkan di atas.

3. Melalui Kaunter Zakat MUIS

Pembayaran juga boleh dilakukan melalui kaunter-kaunter Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS. Waktu operasi sepanjang bulan Ramadhan adalah sebagaimana berikut;

๐—ช๐—ฎ๐—ธ๐˜๐˜‚ ๐—ผ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ & ๐—ธ๐—ฎ๐˜‚๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐˜€๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป Zakat Sabah

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui Facebook;

https://www.facebook.com/bzfmuis

Anda juga boleh merujuk laman web melalui pautan berikut;

https://appszakat.sabah.gov.my/

https://muis.sabah.gov.my/

Tel, 088 – 279 206

Sumber: MUIS


Lihat juga jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh negeri sabah untuk tahun ini.