Friday, May 20, 2022
HomeZakat FitrahKadar Zakat Fitrah Selangor 2022 dan Cara Bayaran Online

Kadar Zakat Fitrah Selangor 2022 dan Cara Bayaran Online

Lembaga Zakat Selangor telah mengumumkan kadar zakat fitrah Selangor bagi tahun 2022 / 1443H.

Bayaran zakat fitrah ini boleh dibuat mulai 1 Ramadhan pada tahun ini sehingga sebelum menunaikan solat Aidilfitri pada 1 Syawal.

Pembayaran bagi zakat ini boleh dibuat secara dalam talian atau pembayaran melalui amil yang dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor (LSZ), Majis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS).

Terdapat tiga kadar zakat yang telah diumumkan di mana MAIS menggalakkan pembayaran zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan oleh penduduk negeri ini.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor bagi tahun 2022 / 1443H

Kadar bayaran bagi negeri Selangor kekal sebagaimana tahun sebelum ini.

KadarJenis Beras
RM 7.00Beras Super Tempatan Gred A
RM 14.00Beras putih import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi
RM 21.00Beras basmathi, beras jepun, dan beras merah.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menggalakkan rakyat bagi negeri ini membayar atau menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan oleh individu/keluarga masing-masing.

Pelaksaan kaedah ini telah digunakan sejak tahun 2018 lagi.

Cara Bayaran Zakat Fitrah Negeri Selangor bagi tahun 2022

Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan iaitu secara online ataupun bayaran melalui amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor.

Bayaran secara online boleh dibuat melalui beberapa platform berikut;

1. Portal ezakatPay

https://fpx.zakatselangor.com.my/

2. Aplikasi e-dompet GoPayZ

3. Aplikasi e-dompet Boost

4. QR Code

5. Laman sesawang Ejen-Ejen Bank (9 buah bank)

Public Bankwww.pbebank.com
Hong Leong Bank: s.hongleongconnect.my
Maybankwww.maybank2u.com.my
CIMBwww.cimbclicks.com.my
Ambank: ambank.amonline.com.my
Bank Rakyat: www2.irakyat.com.my
HSBCwww.hsbc.com.my/security
RHBhttps://logon.rhb.com.my/default.htm
Bank Islamwww.bankislam.biz
Alliance Bankwww.alliancebank.com.my

6. Portal MyEGwww.myeg.com.my

7. Pos Online www.posonline.com.my

Pembayar zakat digalakkan untuk membayar secara online atau transaksi tanpa tunai bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19.

Bayaran Zakat Fitrah Melalui Amil Yang Di Lantik

LZS turut melantik seramai 2,745 orang ketua dan penolong amil fitrah di seluruh Selangor untuk mengutip zakat fitrah sepanjang Ramadan tahun ini.

Masyarakat Islam dinasihatkan agar membayar zakat fitrah hanya kepada amil dilantik LZS yang dibekalkan kad tauliah dan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan sepanjang berurusan.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang perkara ini, boleh merujuk laman rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui Facebook;

https://www.facebook.com/zakatselangor

Anda juga boleh merujuk laman web melalui pautan berikut;

https://www.zakatselangor.com.my/


Lihat juga waktu berbuka puasa dan Imsak (2022) bagi semua kawasan di negeri Selangor Darul Ehsan.

RELATED ARTICLES

Most Popular