Thursday, March 28, 2024
HomeZakat FitrahKadar Zakat Fitrah Terengganu 2021 dan Cara Bayaran Online

Kadar Zakat Fitrah Terengganu 2021 dan Cara Bayaran Online

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengumumkan kadar zakat fitrah Terengganu bagi tahun pada 2021/1442H mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Bayaran zakat fitrah ini boleh dibuat mulai 1 Ramadhan pada tahun ini sehingga sebelum menunaikan solat Aidilfitri pada 1 Syawal.

Pembayaran bagi zakat fitrah ini boleh dibuat secara dalam talian, melalui kaunter atau pembayaran melalui amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Para pembayar zakat fitrah digalakkan untuk membuat pembayaran zakat secara atas talian ataupun pembayaran tanpa tunai bagi mengelakkan peningkatan kes Covid-19.

Kadar Zakat Fitrah Terengganu bagi tahun 2021 / 1442H

Kadar Zakat Fitrah Terengganu 2021

Kadar Zakat Fitrah Negeri Terengganu Bagi Tahun 1442H/ 2021 adalah Tidak Kurang RM7.00/Seorang.

Terengganu hanya menetapkan satu kadar sahaja zakat fitrah bagi negeri ini berbanding negeri-negeri yang yang mempunyai sama ada dua atau tiga kadar. 

Cara Bayaran Zakat Fitrah Negeri Terengganu bagi tahun 2021

Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini, anda boleh membayarnya secara online, melalui kaunter atau membuat pembayaran melalui amil-amil yang di lantik oleh MAIDAM.

  1. Amil yang dilantik 

Pembayaran boleh dilakukan melalui amil zakat fitrah yang dilantik MAIDAM yang terdapat di masjid dan surau terpilih di seluruh Negeri Terengganu

Seramai 1,090 amil dilantik pada tahun ini bagi memungut fitrah dan zakat harta di setiap masjid dan surau di seluruh Terengganu.

Umat Islam dinasihatkan untuk mengambil resit selepas selesai membuat pembayaran.

  1. Bayaran Melalui Kaunter

Pembayaran zakat juga boleh dibuat menerusi kaunter zakat MAIDAM termasuk di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan kaunter zakat pandu lalu di samping melalui amil yang dilantik.

  1. Secara Atas Talian (Online)

Umat Islam juga mempunyai pilihan lain untuk membuat pembayaran zakat fitrah secara dalam talian melalui saluran-saluran berikut;

  1. https://ezakat.maidam.gov.my/online/payfpxzf.php 
  2. Melalui aplikasi Tulus

Selari dengan suasana norma baharu dan kes Covid-19 yang masih lagi aktif di negeri ini, pembayar zakat digalakkan untuk membayar secara online atau transaksi tanpa tunai sebagaimana yang disebutkan di atas.

Kesalahan-Kesalahan Berkaitan Zakat Fitrah Mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu 2001)

TAHUKAH ANDA ?? Zakat dan Fitrah mempunyai undang-undangnya yang tersendiri di Terengganu?

Undang-undang zakat dan fitrah yang terkini berkuatkuasa di Negeri Terengganu Darul Iman adalah

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH(TAKZIR)(TERENGGANU 2001) yang terdiri daripada:- 

  1. SEKSYEN 20 – TIDAK MEMBAYAR ZAKAT & FITRAH 
  2. SEKSYEN 40 – MEMUNGUT ZAKAT DAN FITRAH TANPA MEMPUNYAI KUASA SAH
  3. SEKSYEN 41 – PEMBAYARAN TIDAK SAH AKAN ZAKAT ATAU FITRAH

Setiap kesalahan yang dilakukan dan jika disabitkan kesalahan akan dikenakan denda atau dipenjara atau kedua-duanya sekali mengikut seksyen yang berkaitan

Kesalahan Berkaitan Zakat Fitrah di Negeri Terengganu

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melalui Facebook;

https://www.facebook.com/maidamterengganu/

Anda juga boleh merujuk laman web melalui pautan berikut;

http://www.maidam.gov.my/ 

Telefon: 09-6303030


Lihat juga jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi Negeri Terengganu 2021.

RELATED ARTICLES

Most Popular