Pandemik COVID-19 telah menyebabkan ramai yang terjejas. Daripada pentadbiran negara ke pengurusan tempat kerja dan termasuk juga hal-hal kecil rumah tangga, pandemik ini telah menjejaskan kehidupan harian setiap orang dengan teruk. Tambahan lagi, dengan sekatan pergerakan sepenuhnya (total lockdown) di Malaysia, banyak institusi terpaksa ditutup untuk mengurangkan jangkitan virus.
Mereka yang berada di institusi pendidikan juga perlu mematuhi arahan dan menutup kampus, menyebabkan perubahan ke pembelajaran atas talian dan perlu menyesuaikan diri dengan kelas atas talian.
Proses menyesuaikan diri dengan pembelajaran jarak jauh ini telah dilakukan oleh banyak institusi-institusi di Malaysia, pelajar-pelajar perlu belajar di rumah mereka sendiri atau di kampus bilik mereka tanpa apa-apa interaksi fizikal dengan guru mahupun pelajar lain.
Kelas atas talian boleh dianggap mudah dari segi kekangan masa dan jadual harian, namun boleh juga menjadi cabaran yang besar buat pelajar-pelajar terutamanya untuk kekal fokus sepanjang kelas atas talian. Ini membuatkan para ibu bapa bimbang dan tertanya-tanya bagaimana mereka boleh membantu anak-anak mereka dalam hal ini.
Untuk artikel hari ini, kami mahu berkongsi 5 tips bagaimana ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka untuk menyesuaikan diri dalam pembelajaran atas talian.
1. Menyediakan Ruang Belajar Yang Sesuai
Untuk ibu bapa, selain daripada membantu pelajar ketika kelas atas talian, ibu bapa boleh cuba membantu mereka menyediakan ruang yang selesa ketika mereka belajar. Untuk melakukan perkara tersebut, ibu bapa perlu menyediakan ruang kerja atau belajar yang selesa untuk mereka.
Adalah amat penting untuk ibu bapa menyediakan ruang belajar yang bersesuaian untuk anak-anak mereka dan jauh dari gangguan televisyen atau sebarang bentuk hiburan yang berada di dalam rumah.
Selain itu, ruang belajar yang bagus perlu sentiasa ada meja dan kerusi yang direka atau jenis yang sesuai untuk anak-anak bagi memastikan keselesaan mereka ketika menghadiri kelas atas talian. Ini adalah penting kerana jika mereka merasa terlalu tidak selesa, mereka akan menjadi lebih mudah untuk mengalih perhatian dengan keadaan sekeliling mereka.
Sebagai contoh, dalam sesetengah keadaan mereka merasa tidak selesa dengan ruang belajar mereka, mereka akan mahu pergi ke dapur untuk makan atau hanya untuk berjalan-jalan dalam kawasan rumah kerana mereka sudah hilang fokus dalam apa yang pendidik sedang mengajar. Satu lagi aspek penting ialah ruang belajar perlu diletakkan jauh daripada bunyi-bunyi bising yang boleh mengganggu fokus anak-anak ketika kelas berlangsung.
Akhir sekali, untuk menyediakan ruang belajar yang sesuai ialah meletakkannya jauh dari bilik tidur mereka. Ini kerana jika mereka belajar di dalam bilik mereka sendiri, mereka akan lebih mudah untuk baring di atas katil mereka dan sudah pasti mereka akan hilang fokus ketika kelas berlangsung. Kerana itulah ibu bapa perlu mencari tempat yang sesuai untuk anak-anak mereka belajar dan menghadiri kelas atas talian yang jauh daripada sebarang gangguan dan juga selesa untuk mereka kekal fokus dan bersemangat di dalam kelas.
2. Meningkatkan Teknologi (Alat dan Peranti)
Seterusnya, ibu bapa perlu lebih peka dengan teknologi yang digunakan oleh anak-anak mereka untuk menyertai kelas atas talian. Ini kerana dalam sesetengah kes, terdapat anak-anak yang tidak dapat hadir ke kelas kerana berdepan dengan masalah teknologi seperti peranti yang kurang berkualiti (telefon pintar atau komputer) atau sambungan internet yang lemah.
Bagi yang mampu, anda boleh cuba menaik taraf talian internet di rumah untuk memastikan sambungan internet lebih mudah untuk anak-anak dapat menghadiri kelas atas talian tanpa sebarang masalah.
Kanak-kanak tidak boleh untuk kekal fokus dalam pembelajaran mereka jika sambungan internet kerap putus ketika guru mereka sedang mengajar. Bukan sahaja untuk tidak dapat mengekalkan fokus, malah kanak-kanak juga tidak dapat menerima apa-apa ilmu dari kelas.
Ketika perkara ini berlaku, adalah amat penting untuk memaklumkan kepada para guru tentang masalah sambungan internet supaya mereka tahu tentang masalah tersebut dan tidak tersalah anggap bahawa pelajar tersebut memonteng kelas.
Di samping itu, untuk ibu bapa membantu anak-anak, mereka perlu mengetahui aplikasi-aplikasi yang para guru gunakan untuk sesi atas talian seperti ujian kuiz menggunakan aplikasi Kahoot!. Kerana sesetengah guru menggunakan aplikasi berlainan untuk memastikan pembelajaran yang berinteraktif, tetapi masalah akan terjadi apabila pelajar tidak memahami cara penggunaan untuk menyertai dalam aplikasi-aplikasi tersebut.
Jadi ibu bapa perlu bertindak dalam memastikan bahawa anak-anak mereka memahami seluruh proses tersebut atau membimbing mereka untuk memudahkan mereka.
3. Mengawasi Anak-anak
Dalam sebarang sesi atas talian, kanak-kanak zaman sekarang terutamanya pelajar-pelajar sekolah rendah, perlu diawasi oleh ibu bapa mereka. Ini adalah kerana kanak-kanak perlu bimbingan dalam aspek teknikal ketika sesi kelas atas talian seperti bagaimana cara untuk daftar masuk atau mengingati kata laluan.
Sesi kelas atas talian menggunakan alat dan peranti yang maju, sesetengah kanak-kanak mungkin belum membiasakan diri mereka dengan teknologi tersebut. Demikian itu, amat penting untuk ibu bapa selalu mengawasi anak-anak mereka ketika sesi kelas atas talian.
Terdapat juga sesetengah kes di mana kanak-kanak lupa untuk mematikan mikrofon mereka ketika guru sedang mengajar, kerana mereka tidak tahu bagaimana cara untuk mematikan mikrofon mereka. Menyebabkan sesi kelas bising dengan bunyi-bunyi dari pelajar-pelajar yang tidak mematikan mikrofon mereka dan mengganggu sesi pengajaran guru. Bagaimanapun, pengawasan bukan sahaja hanya untuk pelajar-pelajar sekolah rendah, malah pelajar-pelajar sekolah menengah yang perlu diawasi sepanjang kelas atas talian berlangsung.
Walaupun pelajar-pelajar sekolah menengah agak berpengetahuan dalam bidang teknologi, mereka masih perlu diawasi kerana tidak tahu mengurus masa dengan baik. Terdapat sesetengah kes mereka memonteng kelas kerana terbangun lambat. Ini menunjukkan bahawa pada umur sebegini, kanak-kanak masih perlu dibimbing dalam mengurus jadual masa mereka, mereka masih sedang belajar bagaimana menyesuaikan diri dengan menguruskan masa mereka.
Bagaimanapun, masalah utamanya adalah kerana ibu bapa terlalu sibuk dengan jadual mereka sendiri, jadi mereka tidak ada masa untuk mengawasi anak-anak mereka. Salah satu penyelesaiannya ialah mengupah tutor peribadi untuk membantu dan ini akan terjawab dalam perkara seterusnya.
4. Mengupah Tutor Peribadi atau Persendirian
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ibu bapa biasanya terlalu sibuk dengan kerja atau urusan rumah tangga untuk membantu anak-anak mereka dengan kerja rumah ataupun mengawasi perkembangan pembelajaran.
Mereka merasa susah untuk membahagikan masa bagi membantu anak-anak belajar dan akan rasa terbeban dengan tanggungjawab ini terutamanya apabila mula perasan masalah yang dihadapi anak-anak mereka dalam kelas atas talian.
Jika ini berlaku, sebaiknya ibu bapa perlu mencari bantuan luar seperti mengupah tutor peribadi atau persendirian untuk membantu membimbing anak-anak mereka sepanjang perkembangan kelas atas talian. Tutor sentiasa bersedia dan mempunyai jadual yang fleksibel, jadi masa bukan lagi satu masalah.
Ketika anak-anak kita mengalami masalah dalam menyelesaikan atau menyiapkan kerja rumah dan tidak tahu sesiapa yang boleh membantu, tutor adalah bantuan terbaik untuk mereka. Tutor akan membantu membimbing anak-anak secara terperinci bagi membantu memahami kerja rumah tersebut. Kebiasaannya, kanak-kanak di dalam kelas atas talian menghadapi masalah untuk bertanyakan soalan kerana mereka kurang berkeyakinan dan mungkin malu atau takut hanya mereka sahaja yang tidak memahami pelajaran tersebut.
Namun begitu, jika telah mengupah seorang tutor, ini bukanlah sebuah masalah lagi kerana mereka tidak akan teragak-agak untuk menanyakan soalan kerana dalam sesi peribadi, mereka tahu akan tutor mereka menggalakkan menanyakan soalan jika mereka tidak memahami sebahagian dari pembelajaran tersebut.
Tambahan lagi, ketika anak-anak merasa terlalu lemah dan tidak berkeyakinan untuk menanyakan soalan pada guru-guru sekolah mereka, tutor boleh membantu mereka dengan secara peribadi dan memberi bimbingan yang lebih terperinci sudah pasti akan lebih berkesan dalam meningkatkan pemahaman kanak-kanak.
5. Menyertai kelas-kelas tambahan
Satu lagi cara untuk ibu bapa membantu anak-anak menyesuaikan diri dengan kelas atas talian adalah dengan mendaftarkan diri dalam mana-mana kelas tambahan. Sesetengah kanak-kanak didapati menghadapi masalah dengan sesetengah mata pelajaran, pusat kelas tambahan boleh membantu pelajar dengan mata pelajaran tersebut.
Dengan menyertai kelas tambahan yang mengutamakan pada mata pelajaran yang mereka lemah, akan dapat meningkatkan pemahaman kanak-kanak tersebut. Kebiasaannya kelas tambahan menumpukan pada bahagian-bahagian lemah dan cuba membuatkan sesi lebih progresif dan juga interaktif bergantung pada keselesaan cara belajar mereka.
Oleh itu, dengan menyertai kelas-kelas tambahan bukan sahaja dapat membantu pelajar dalam mata pelajaran yang lemah, malah dapat meningkatkan prestasi dalam ulang kaji. Masalah utama dengan kelas atas talian adalah kanak-kanak mudah terganggu dan ketika berada dalam kelas atas talian, mereka rasa terpinggir apabila mereka tidak memahami sesi pembelajaran tersebut.
Menyertai kelas tambahan akan dapat memberi perhatian yang cukup kepada pelajar dan fokus dalam memastikan pelajar-pelajar dapat mengikuti apa yang telah dipelajari dalam sekolah. Ini adalah amat penting terutamanya ketika peperiksaan atau ujian menghampiri, kerana ketika ini kanak-kanak perlu dorongan tambahan untuk siap bersedia menghadapi peperiksaan.
Aplikasi paling mudah untuk digunakan oleh ibu bapa pada masa kini bagi mendapatkan tutor peribadi atau kelas tambahan untuk anak-anak mereka adalah melalui TutorXcess.
TutorXcess adalah aplikasi yang berfungsi sebagai Pasaran Tutor dan menghubungkan ibu bapa/pelajar dengan lebih daripada seribu tutor yang terdapat di Malaysia. Aplikasi ini bukan sahaja membantu tutor mempromosikan diri mereka untuk servis mengajar, malah membantu ibu bapa dalam mencari tutor yang sesuai untuk anak-anak mereka.
Aplikasi ini boleh mengajar dalam sesi peribadi dan juga sesi berkumpulan yang disediakan oleh tutor. Ibu bapa boleh memuat turun aplikasi ini di Play Store atau App Store pada bila-bila masa sahaja secara percuma.
Apa yang mereka perlu lakukan adalah mendaftarkan diri sebagai pelanggan dan seterusnya mereka boleh mula memasukkan anak-anak mereka ke kelas sebanyak mana mereka mahukan untuk sesi tutor peribadi mahupun sesi pembelajaran berkumpulan.
Penulis; Mohd Hafiz bin Mohammad, CSO Stalwart Educational and Technologies Sdn Bhd