Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal & Pengumuman Hari Raya 2021/1442H

0
203
Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal & Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 20211442H
Sumber Foto: Astronomical Society of Brunei Darussalam (PABD)

Bilakah tarikh untuk melihat anak bulan Syawal pada tahun 2021?

Untuk makluman masyarakat Islam di Malaysia, pengumuman rasmi sambutan hari Raya Aidilfitri  akan dibuat oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. 

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan tarikh sebenar Hari Raya Puasa melalui radio dan televisyen. 

Kaedah menetapkan tarikh hari raya Aidilfitri di Malaysia adalah berdasarkan kepada Rukyah dan Hisab.

Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal Pada Tahun 2021

Berdasarkan amalan di Malaysia, pada setiap 29hb Hijrah ada rombongan daripada Jabatan Mufti Negeri-negeri, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan wakil-wakil Institusi Pengajian Tinggi yang akan mencerap (melihat) hilal. 

Cuma yang rasmi dan yang diisytiharkan oleh Penyimpan Mohon Raja-Raja Malaysia adalah 3 bulan sahaja, iaitu Ramadan, Syawal dan Zulhijjah.

Pada tahun ini, tarikh melihat anak bulan Syawal adalah pada petang Selasa 11 Mei 2021  (29 Ramadan 1442H) di 29 lokasi terpilih oleh jawatankuasa yang ditetapkan.

Pengumuman Tarikh Hari Raya Puasa

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad akan mengumumkan pada malam itu juga (11 Mei 2021) bagi tarikh Hari Raya Puasa tahun 2021  bersamaan 1442 hijrah.

Tarikh  Hari Raya bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan apabila mendapat perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Umat Islam dijangka akan menyambut hari raya Aidilfitri pada 13 Mei 2021 (Khamis). Pun begitu ia perlulah melalui pengisytiharaan rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Kaedah Penentuan Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2021 / 1442H

Asas penentuan tarikh hari raya adalah berdasarkan nas syarak dalam al-Quran, hadis dan pendapat ulama daripada kitab muktabar. 

Di dalam sebuah hadis oleh Nafi’ dari Ibnu Umar, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda tentang bulan Ramadan, maka sabdanya:

“Jangan kamu berpuasa kecuali kamu melihat hilal (Ramadan). Dan janganlah kamu berbuka sebelum kamu melihat hilal (Syawal). Apabila penglihatan kamu dilindungi oleh awan, maka hendaklah kamu takdirkannya” (Sahih Bukhari 2:1787)

Kaedah penentuan awal Ramadhan di Malaysia adalah menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab (hitungan) berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan) sepertimana yang telah disepakati oleh negara-negara anggota Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).

Tempat Cerapan / Lihat Anak Bulan 

Dari segi praktisnya, pada petang hari cerapan anak bulan, Jawatankuasa Rukyah Negeri-Negeri yang terdiri daripada Mufti Negeri sebagai ketua rombongan, Ketua Hakim Syar’ie, Pengarah Jabatan Ukur Negeri atau wakilnya yang beragama Islam dan seorang ahli falak akan melaksanakan rukyah hilal di tempat cerapan rasmi di negeri masing-masing.

Tempat cerapan bagi melihat anak bulan ramadhan adalah sebagaimana berikut;

Perlis

  1. Menara Pandang, Masjid al-Husain, Kuala Perlis

Kedah

  1. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
  2. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
  3. Menara Alor Setar, Alor Setar 

Pulau Pinang

  1. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh 

Perak

  1. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong

Selangor

  1. Bukit Melawati, Kuala Selangor 
  2. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
  3. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam

Kuala Lumpur

  1. Menara Kuala Lumpur 

Putrajaya

  1. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya 

Melaka

  1. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara

Negeri Sembilan

  1. Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson

Johor

  1. Pontian Kecil

Pahang

  1. Bukit Pelindong, Kuantan
  2. Bukit Tanjong Batu, Nenasi 
  3. Gunung Berincang, Cameron Highlands

Terengganu

  1. Bukit Besar, Kuala Terengganu 
  2. Bukit Geliga, Kemaman 
  3. Pulau Perhentian, Besut
  4. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu

Kelantan

  1. Bukit Paraksi, Pasir Puteh
  2. Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai 
  3. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu

Sarawak

  1. Esplanade Luak, Miri
  2. Teluk Bandung, Kuching
  3. Tanjung Batu, Bintulu

Sabah

  1. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah); 

Labuan

  1. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa (Labuan);

Gambar Anak Bulan

Bagaimana rupa bentuk anak bulan?

Pada 13 April yang lalu, Astronomical Society of Brunei Darussalam (PABD) telah merakamkan beberapa photo menarik anak bulan Ramadhan 2021 di Facebook mereka.

Rupa bentuk anak bulan sebagaimana yang dirakamkan dalam lensa mereka adalah seperti berikut;

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here