Tarikh Malam Lailatul Qadar 2021/1442H Malam Seribu Bulan

0
501
Tarikh Malam Lailatul Qadar 20211442H. Malam Seribu Bulan

Bilakah tarikh berlakunya malam Lailatul Qadar?

Secara umumnya, waktu sebenar malam Lailatul Qadar tidak diketahui secara tepat. Namun terdapat hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada malam sepuluh terakhir melebihi daripada malam-malam sebelumnya. 

Hikmah waktu sebenar malam ini dirahsiakan agar umat Islam sentiasa beristiqamah melalukan ibadah di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan.

Bahkan antara kelebihan utama malam tersebut sebagaimana yang disebut dalam surah al-Qadr ialah “Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan” (Surah al-Qadr: 3).

Bilakah Tarikh Malam Lailatul Qadar Bagi Tahun 2021/1442H?

Malam al-Qadr tidak diketahui secara tepat akan waktunya. Ia merupakan salah satu rahsia Allah dan hikmah agar hambanya sentiasa tekun beribadah pada bulan Ramadhan. 

Namun terdapat Hadis Nabi yang menyebut

“Carilah malam lailatulqadar pada malam ganjil iaitu pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis yang disebutkan di atas, Rasulullah mengisyaratkan agar umatnya mencari malam Lailaqul Qadar pada malam yang ganjil bagi 10 malam terakhir bulan Ramadhan.

Malam-malam ganjil yang disebutkan ialah malam ke 21, 23, 25, 27 atau 29.

Oleh yang demikian, jika kita telusuri kepada kiraan tarikh tahun 2021 bilakah malam ganjil tersebut? 

Jangkaan Malam Lailatul Qadar 2021 & Tarikh 10 Malam terakhir Ramadhan Tahun 2021

Umum diketahui, dalam kiraan tarikh Hijri, tarikh permulaan sesuatu hari adalah apabila masuknya waktu Maghrib bagi sesuatu hari. Oleh itu kiraan 10 malam terakhir dan malam-malam ganjil adalah sebagaimana berikut;

10 Malam Terakhir bulan Ramadhan 2021
2021Hari1442HMalam
1 MeiSabtu19 RamKe 20
2 MeiAhad 20 RamKe 21
3 MeiIsnin21 RamKe 22
4 MeiSelasa22 RamKe 23
5 MeiRabu23 RamKe 24
6 MeiKhamis24 RamKe 25
7 MeiJumaat25 RamKe 26
8 MeiSabtu26 RamKe 27
9 MeiAhad27 RamKe 28
10 MeiIsnin28 RamKe 29
11 MeiSelasa29 RamKe 30
12 MeiRabu30 RamMalam
Hari Raya

Mengikut Imam al-Ghazali, penentuan malam Lailatul Qadar adalah berdasarkan kepada hari pertama puasa Ramadhan bagi tahun tersebut.

No.Hari Malam
1.Isnin21
2.Sabtu23
3.Khamis25
4.Selasa / Jumaat27
5.Ahad / Rabu29

Jika mengikut pandangan dan formula Imam al-Ghazali, tarikh malam Lailatul Qadar untuk tahun 2021 / 1442 Hijrah adalah pada malam 27 Ramadhan iaitu pada hari Sabtu malam (8 Mei 2021) waktu Malaysia. Ini kerana, tahun ini kita berpuasa pada 13 April yang jatuh pada hari Selasa.

Wallahu a’lam.

Amalan Yang Boleh Dilakukan Pada Malam Tersebut

Beberapa amalan yang boleh ditingkatkan pada 10 malam terakhir Ramadhan.

  1. Solat Fardhu Berjemaah
  2. Solat Tarawih sendirian atau berjemaah
  3. Qiamullail
  4. Membaca al-Qur’an
  5. Berselawat
  6. Bersedekah
  7. Berzikir dan memperbanyakkan doa

Doa dan Zikir Malam Lailatul Qadar

Kita digalakkan untuk memperbanyakkan membaca zikir dan doa ini pada malam terakhir 10 Ramadan.

Doa Malam Lailatul Qadar

Allahumma-innaka-’afuwwun-tuhibbul-’afwa-fa’fu-’Annii

“Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang-orang yang meminta pengampunan, maka ampunilah aku.”

Tanda-Tanda Malam al-Qadr

  1. Suanana pagi yang tenang

Salah satu tanda Lailatul Qadar adalah, pada kesokan paginya adalah suasana pagi yang begitu tenang sekali. Cuaca pada pagi itu agak nyaman berbanding hari-hari sebelumnya.

  1. Matahari yang cerah namun tidak terasa bahangnya

Selain itu,, pancaran matahari pada keesokan paginya yang bersinar cerah namun tidak terasa terik akan bahangnya.

  1. Pada Malam tersebut udara yang begitu tenang.

Baca juga panduan mengerjakan Qiamullail pada bulan Ramadhan terutamanya untuk 10 terakhir mudah-mudahan kita mendapat pahala Lailatul Qadar.


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI