Friday, March 29, 2024
HomeTarikh dan PeristiwaTarikh Mula Puasa Ramadhan 2024 dan Negeri Yang Cuti

Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2024 dan Negeri Yang Cuti

Bilakah tarikh umat Islam khususnya di Malaysia akan mula puasa Ramadhan pada tahun ini?

Tarikh ini penting bukan sahaja untuk menyambut kedatangan awal Ramadhan tetapi juga penting bagi mereka yang ingin menggantikan ibadah puasa yang tertinggal tahun lepas dan untuk mereka yang ingin membayar fidyah.

Selain itu, ada beberapa negeri di Malaysia yang menjadikan awal Ramadhan sebagai hari kelepasan am negeri bagi tahun 2024 ini.

Ia sebagai satu sambutan dan persiapan dalam meraikan kemuliaan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.

Lihat juga;

Bila Tarikh Masihi 2024 untuk 1 Ramadhan 1445H?

Jangkaan tarikh mula puasa Ramadhan pada tahun ini ialah pada 12 Mac 2024 (Selasa). Ia tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. Untuk makluman, tarikh ini akan sentiasa berubah setiap tahun kerana kalendar Islam dikira berdasarkan pengiraan yang berpandukan kepada objek bulan.

Ia agak berbeza dengan tarikh Masihi di mana kiraan adalah berdasarkan kepada objek matahari.

Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap. 

Bulan Ramadhan adalah bulan ke-9 dalam kiraan bulan-bulan Islam. Secara tradisinya penentuan hari pertama bulan Islam dan bulan Ramadhan akan bermula setelah anak bulan (hilal) kelihatan ketika matahari terbenam. 

Jika anak bulan (hilal)  tidak kelihatan (melalui kaedah rukyah) selepas 29 hari pada bulan tersebut, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka kaedah hisab akan digunakan iaitu dengan menggenapkan bilangan 30 hari.

Tarikh Lihat Anak Bulan

Di Malaysia, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan tarikh mula puasa / Awal Ramadhan pada malam 29 Syaaban. 

Pada tahun ini, tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ialah pada petang Ahad, 10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah di 29 lokasi yang terpilih di Malaysia.

Negeri Yang Cuti Umum Pada Awal Ramadhan Tahun 2024

Pada tahun ini kita dijangka akan mula puasa pada hari Selasa (12 Mac 2024) tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Terdapat beberapa buah negeri yang menjadikan awal Ramadhan sebagai sebagai hari kelepasan am bagi negeri masing-masing untuk  tahun 2024 / 1445H.

Negeri yang cuti bersempena awal Ramadhan atau 1 Ramadan 1444 (2023);

  1. Johor
  2. Kedah 
  3. Melaka

Kenapa negeri yang lain tidak cuti pada tarikh tersebut?

Negeri-negeri lain tidak menjadikan awal Ramadhan sebagai cuti atau hari kelepasan Am bagi negeri masing-masing adalah kerana mereka memilih Nuzul Qur’an (28 Mac 2024 – Khamis) sebagai pilihan.

Sebagai perbandingannya negeri yang cuti Awal Ramadhan dan Nuzul Quran adalah sebagaimana berikut;

NegeriCuti Awal Ramadhan
12 Mac (Selasa)
Cuti Nuzul Qur’an
28 Mac (Khamis)
W.P Kuala Lumpur
W.P Putrajaya
W.P Labuan
Johor
Kedah
Kelantan 
Melaka
N. Sembilan
Pahang
Perak
Perlis
P. Pinang
Sabah
Sarawak
Selangor 
Terengganu

Negeri Yang Cuti Sekolah Pada Awal Ramadhan

Secara umumnya, negeri yang cuti sekolah pada awal Ramadhan adalah sama dengan negeri yang cuti pada hari kelepasan awal Ramadhan.

Oleh yang demikian, 3 buah negeri yang cuti sekolah pada tarikh mula puasa Ramadhan tahun ini ialah;

  1. Johor
  2. Kedah
  3. Melaka

Sambutan Bulan Ramadhan di Malaysia

Kebiasaannya sambutan bulan Ramadhan di Malaysia begitu meriah sekali. 

Selain mengimarahkan bulan yang penuh berkah ini dengan ibadah puasa dan solat tarawih, suasana Ramadhan di Malaysia akan dihiasi dengan bazar Ramadhan dan bertukar-tukar masakan untuk berbuka bagi kebanyakan kawasan terutamanya di kawasan perkampungan.

Waktu bekerja dan waktu persekolahan juga mungkin disingkatkan bagi sesetengah kawasan dan pejabat kerajaan. 

Ini bagi memberi peluang kepada ibu bapa atau rakyat Malaysia pulang awal sebagai persediaan untuk menyediakan juadah berbuka puasa selain daripada mengelakkan kesesakan yang teruk di jalan raya.

Persediaan Menghadapi Bulan Ramadhan

Sebagai persediaan bagi menempuhi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita sewajarnya mempersiapkan diri dengan perkara-perkara berikut;

  1. Bagi mereka yang tidak menyempurnakan ibadah puasa tahun lepas perlu segera menggantikan puasa (Qada’ Puasa) sebelum tibanya Ramadhan tahun ini. Sekiranya tidak mampu perlu membayar fidyah berdasarkan kadar yang telah ditentukan.
  2. Hendaklah  mengulang kaji ilmu tentang ilmu pengetahuan ibadah puasa dan berazam agar dapat melaksanakan ibadah puasa tahun ini dengan sempurna.
  3. Selalu berdoa  للَّهُمَّ بَلِّـغْنَا رَمَضَانَ “Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan”. Doa ini amat besar nilainya dan dapat menambahkan kerinduan kita untuk mendatangi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.
  4. Memperbanyakkan amalan sunat pada bulan Sya’ban seperti puasa dan solat sunat sebagai persedian menghadapi Ramadhan.

Tips ini boleh dijadikan panduan untuk mereka yang ingin khatam al-Qur’an sama ada sekali, dua kali, tiga kali atau seterusnya pada bulan Ramadhan ini.

RELATED ARTICLES

Most Popular