Thursday, March 27, 2025
HomeMasyarakatChe Nom Izinkan Guna Resepinya Untuk Berniaga, Tak Perlu Minta Izin Pun

Che Nom Izinkan Guna Resepinya Untuk Berniaga, Tak Perlu Minta Izin Pun

Selebriti media sosial masakan, Che Nom memberi izin untuk menggunakan resepinya bagi tujuan berniaga.

Che Nom atau nama sebenarnya Norma Bakar mungkin tidak dikenali ramai. Namun bagi mereka yang gemar memasak menggunakan resepi “google” pastinya mengenali individu ini.

Beliau yang aktif di media sosial sering berkongsi resepi masakan yang menambat hati rakyat Malaysia.

Dalam satu hantarannya di Twitter, beliau memberi izin kepada para peniaga untuk menggunakan resepinya.

Dalam ciapan ringkas, beliau menulis;

Che Nom yang mempunyai hampir 1 juta subscriber di Youtube telah memuat naik 173 video masakkannya sehingga kini. Beliau juga mempunyai lebih 90 juta “view”  yang telah menonton secara keseluruhannya sejak 2013.

Selain itu, Che Nom juga mempunyai laman web yang memuatkan resepi bertulis bagi memudahkan suri rumah atau sesiapa sahaja mencuba resepi yang dikongsikan oleh Che Nom. 

Melalui laman webnya resepichenom.com, ia ditulis dengan begitu menarik bagi memudahkan penyediaan makanan yang disusun melalui masa penyediaan, masa memasak dan jumlah hidangan.

Tidak ketinggalan, Che Nom juga turut memberikan tips-tips menarik bagi melazatkan masakannya.

Che Nom juga aktif di Instagram dan Twitter yang berkongsikan gambar-gambar dan idea menarik buat rakyat Malaysia.

Semoga dengan keizinan yang diberikan oleh Che Nom ini, Allah melipatgandakan rezeki Che Nom sekeluarga.


Kuasa viral menjadikan Sugu Pavrita terkenal sehingga namanya disebut oleh Perdana Menteri suatu ketika dahulu.

RELATED ARTICLES

Most Popular