Friday, March 29, 2024
HomeMasyarakatUsahawan Barangan Terpakai Sasar 5,000 Pek Makanan Untuk Keluarga Terkesan Akibat Covid-19

Usahawan Barangan Terpakai Sasar 5,000 Pek Makanan Untuk Keluarga Terkesan Akibat Covid-19

Lokein yang merupakan sebuah platform online jualan barangan terpakai dan vintaj mensasarkan sumbangan sebanyak 5000 pek makanan asas untuk keluarga yang terjejas teruk di Lembah Klang.

Dalam zaman pandemik ini, ramai rakyat Malaysia yang dahulunya dermawan tetap, kini terpaksa bergantung kepada derma dan sedekah untuk kelangsungan hidup akibat hilang mata pencarian. Pada masa yang sama tidak kurang pula yang tampil untuk memberi sumbangan mengikut kemampuan masing-masing. Mereka ini datang dari pelbagai latar belakang seperti pelakon,penceramah bebas dan juga usahawan.

Salah seorang daripadanya adalah Pegawai Ketua Eksekutif lokein.com. Platform online yang  menhubungkan penjual dan pembeli  barangan terpakai dan vintaj mengambil nama sempena nama sebuah pasar karat terkenal di Gerbang Memori Ipoh.

“Kami tidak sanggup melihat sahaja, ramai mereka sebelum Covid menpunyai taraf hidup yang selesa tetapi tidak dapat menyara keluarga. Jadi kami membuat keputusan untuk melakukan sesuatu untuk membantu” kata said Wan Mohd Hafiz Wan Idris, CEO of Lokein,sebuah syarikat terbitan tempatan.

Syarikat terbitan (startup) kebiasaanya tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk menjadi dermawan. Tetapi ini lah yang sedang dilakukan oleh Lokein. Dari mana datang duit? Sebab perbelanjaan untuk sediakan pek makanan untuk 5000 keluarga  ini bukanya sedikit. Lebih-ebih lagi semasa kebanyakkan perniagaan terpaksa gulung tikar.

Tidak boleh tunggu

“Tidak ada duit bukanlah satu alasan untuk tidak menbantu, ada banyak cara untuk membiayai sesuatu projek yang mempunyai impak sosial,” kata Wan Mohd Hafiz.

Bagi menbiayai projek 5,000 pek makanan tersebut Lokein mengunakkan platform crowdfunding yang menerima sumbangan dari orang awam khusus untuk aktiviti amal jariah. Lokein.com bekerjasama dengan Branch of Hope yang ditubuhkan oleh Harith Iskander, pelawak dan pelakon terkenal bersama isterinya Dr Jezamine Lim.  Branch of Hope adalah salah satu inisiatif yang terawal membantu mangsa terkesan akibat COVID-19 secara khusus.

Strategi Perniagaan yang Jarang di Ajar

Tidak ramai perniagaan yang dapat mencurahkan bakti tanpa pulangan, lebih-lebih lagi semasa pandemik ini. Kebanyaknya bergelut dengan ketidaktentuan akibat pandemik ini, fokus utama mereka adalah untuk terus bertahan mengharungi dan bukanya amal jariah. Apa yang membezakan Lokein dengan syarikat lain. Falsafah perniagaan mereka agak berbeza.

“Kami di Lokein, percaya dengan kuasa sedekah, kalau kita membantu orang yang memerlukan dengan ikhlas, kita tidak akan rugi sebaliknya akan mendapat untung yang berlipat kali ganda.” Apa yang penting adalah kita perlu laksanakan tanggung jawab membantu mereka yang kesusahan,” kata Wan Mohd Hafiz.

Wan Mohd Hafiz turut menekankan yang pek makanan tersebut bukanlah satu bantuan tetapi adalah hak yang perlu disampaikan kepada keluarga yang terjejas.

Sumbangan boleh dibuat  serendah RM10. Orang ramai boleh menaja set makanan lengkap yang terdiri dari pelbagai barang dapur dengan sumbangan RM200. Bagi mereka yang memyumbang RM 200 ( Satu pek lengkap makanan) penderma akan menerima kod baucer tunai bernilai RM300 (10 x RM 30) yang boleh dibelanjakan di Lokein.com

About Lokein.com

Lokein adalah sebuah platform yang menghubungkan pembeli dan penjual barangan vintaj, terpakai dan barangan bundle. Platform ini juga sesuai untuk mereka yang ingin membeli barangan yang berkualiti dengan harga yang murah.Pada masa yang sama, Lokein turut membantu PKS untuk berinteraksi dengan pelanggan secara digital dan menbuat transaksi dengan selamat. 

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kempen sila layari

https://www.simplygiving.com/event/all-we-need-is-love

–END–

[

Maklumat juga boleh diperolehi :

https://www.facebook.com/LokeinOfficial/

https://www.youtube.com/channel/UCGAFEdArGXvz3ypsjESppBg

https://www.instagram.com/lokeinofficial/

Untuk sebarang pertanyaan media :

Chief Marketing Officer, Lokein Nur Hafizi Abdul Majid Email: [email protected] Phone: +60 10-828 7915Marketing Executive, Lokein Irfan Azhim Email: [email protected] Phone: +60 13-346 4960
RELATED ARTICLES

Most Popular