Wednesday, January 22, 2025
HomeMasyarakatSugu Pavithra Satukan Rakyat Malaysia Melalui Masakan

Sugu Pavithra Satukan Rakyat Malaysia Melalui Masakan

Tiba-tiba sahaja nama mereka menjadi perbualan netizen. Hanya baru beberapa bulan membuka channel di YouTube, kini pasangan suami isteri Sugu Pavithra sudah mempunyai lebih 140 ribu subscriber di channelnya. 

Video pertama mereka di Youtube adalah tentang “Bakar ikan TALAPIA cara mudah” yang mula di upload pada 29 Januari 2020.

Pada ketika itu sekitar 300 view sahaja dan hanya ada lebih kurang 100 subscribers. 

Namun sekarang sudah ada berpuluh-puluh video dalam channelnya tentang masakan. Tidak kurang juga video-video lain tentang kehidupan sekeluarga dan juga tips-tips menarik. 

Siapa Sebenarnya Sugu Pavithra ini? 

Sugu Pavithra adalah pasangan suami isteri berbangsa India yang tinggal di perkampungan sekitar Sungai Siput Perak. Encik Sugu hanyalah bekerja di ladang manakala Puan Pavithra merupakan seorang suri rumah yang pandai memasak di dapur.

Video pertama Sugu Pavitra tentang Bakar Ikan Talapia Cara Mudah dan sedap
Video pertama mereka yang diupload di Youtube pada 29 Januari 2020.

Beliau suka memasak dan merakam videonya untuk dikongsikan di YouTube. Ya! Asalnya memasak untuk keluarga sahaja. Tetapi kini menjadi rujukan resepi rakyat Malaysia… 

Mereka bukanlah berasal daripada keluarga yang kaya namun keluarga ini berjaya membawa penonton untuk ke channel mereka melalui konten menarik yang di tampilkan. 

Video tentang kehidupan dan suasana kampung halaman juga berjaya mengingatkan kita mengenai kebahagian hidup tidak memerlukan kepada kemewahan. Cukup dengan hormat menghormati dan kasih sayang sesama keluarga. 

Apa Yang Menyebabkan Channel Mereka Mendapat Sambutan Ramai?

Tidak ramai sebenarnya Youtuber berbangsa India di Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu dalam channel mereka terutamanya yang berkaitan masakan. 

Namun tidak bagi Puan Pavitrhra ini, beliau menggunakan bahasa Melayu dan fasih menuturnya sepatah demi sepatah dalam penerangan masakannya. 

Komen netizen kenapa guna bahasa melayu
Saya cakap bahasa Melayu sebab 1 Malaysia boleh faham pertuturan saya

Bahkan suaminya turut menggunakan bahasa Melayu dalam video-video mereka. 

Selain itu, kita dapat lihat dalam video masakannya, Sugu Pavithra sangat tulus dan sopan dalam pertuturannya. Ia berjaya memukau perhatian para penonton untuk setiap video masakannya. 

Sebagai buktinya, setiap video dalam channel beliau mempunyai tontonan puluhan ribu dan jumlah keseluruhan tontonan lebih 5 juta setakat tulisan ini diterbitkan.

Apa yang menarik juga, pasangan ini rajin membalas komen dan soalan peminatnya menyebabkan peminat terasa seperti berkawan di alam realiti. 

Tidak Perlu Camera Yang Mahal Untuk Merakam 

Apa yang lebih menginspirasikan daripada Sugu Pavithra adalah mereka menggunakan handphone yang biasa untuk merakam semua aktiviti di YouTube. 

Bahkan juga tidak perlu kepada editing gempak dengan efek atau bunyi yang pelik untuk menarik puluhan ribu menonton setiap videonya. 

Cukuplah beliau memasak dengan penuh kasih sayang. Yang asalnya hanya untuk perkongsian suka-suka, kini menjadi rujukan pelbagai bangsa. 

Resipi Paruppu Vadai yang hasilkan oleh pengikut beliau di youtube
Resipi PARUPPU VADAI yang dimasak oleh seorang pengguna twitter berpandukan resipi Sugu Pavithra

Google Membayar Setiap View Di Chanelnya

Selepas 2 bulan 14 hari membuka channel YouTube, beliau menerima berita baik daripada Google apabila melepasi syarat untuk menerima pembayaran melalui hasil usahanya. 

Ini bermaksud, YouTube akan membayar kepada beliau melalui video-video masakan yang di monotizenya. 

Sugu Pavithra mendapat surat daripada Google Adsense
Tiada yang paling indah daripada seorang youtuber dan blogger melainkan mendapat surat ini daripada google

Siapa sangka daripada hobi biasa-biasa kini boleh menjana hasil pendapatan sendiri. Apatah lagi dalam suasana kegawatan ekonomi sekarang, rezeki itu diperolehi oleh keluarga Sugu Pavithra ini.

Cuba Anda Membaca di Ruangan Komen Youtubenya

Menjadi satu tabiat netizen untuk membaca di mana-mana ruangan komen medial sosial. Namun anda jangan terkejut kerana komen-komen di chanel beliau tidak sama sebagaimana yang anda lihat di Facebook, Instagram mahupun chanel YouTube lain yang berbalah antara satu sama lain. 

Komen yang datang dari netizen semuanya adalah positif belaka. Ini yang menyebabkan pasangan Sugu Pavithra sangat disukai oleh rakyat Malaysia. Menyatukan semua bangsa melalui masakan. 

Terima Kasih kepada Sugu Pavithra kerana membuka channel ini dan menjauhkan kami dari sifat-sifat negatif. Resepi yang dikongsi bersama rakyat Malaysia.

Semoga Puan dan suami terus aktif berkongsi video-video terkini masakan agar menjadi inspirasi buat kami. 

Wartawan Bernama ketika menemubual Encik Sugu dan Puan Pavithra di kediaman mereka di Sungai Siput Perak.

Jom baca juga sesuatu yang inspirasi mengenai YDPA dan Raja Permaisuri Agong


JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular