Inspirasi Ukiran Atas Buah-Buahan. Lelaki ini Ceriakan Group SMAHI Dengan Ukiran Yang Menakjubkan

0
559
Inspirasi Ukiran Atas Buah-Buahan. Lelaki ini Ceriakan Group SMAHI Dengan Ukiran Yang Menakjubkan

Group “Suami Masak Apa Hari Ini” (SMAHI) selalu diceriakan dengan pelbagai hasil masakan para suami yang menginspirasikan.

Group yang ditubuhkan sejak 16 April yang lalu kini mempunyai ahli lebih daripada 100 ribu orang. Group ini sentiasa menceriakan ahli-ahlinya yang dikhususkan buat suami dan bakal suami sahaja.

Selain daripada berbentuk masakan, group ini juga diceriakan dengan posting menarik yang lain. 

Terbaharu, seorang ahli yang dikenali sebagai Naim Ibrahim, 42 tahun dari Ipoh Perak telah membuat satu hantaran yang mengagumkan iaitu ukiran di atas buah-buahan yang berbentuk logo “Suami Masak Apa Hari ini” yang mendapatl lebih daripada 26 ribu “like”, 3.9 ribu komen dan lebih 600 “shares”.

Rata-rata ahli group memuji hasil karya beliau yang disifatkan sesuatu yang sangat menarik dan kreatif serta menjadi inspirasi kepada yang lain.

Menurut Naim, ukiran ini mengambil masa 3 jam untuk disiapkan di atas sebiji buah tembikai yang dibuat secara santai di rumahnya ketika suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Image may contain: 1 person, close-up

Beliau yang berasal dari Sik Kedah ini pernah bekerja dengan syarikat perhotelan. Namun sekarang bekerja sebagai tukang kebun di Makhkamah Tinggi Ipoh.

Menurutnya, ukiran di atas buah-buahan ini adalah hobi beliau di samping menjana pendapatan sampingan melalui tempahan ukiran untuk majlis perkahwinan, katering, majlis perasmian dan majlis keraian yang lain.

“Kadang-kadang income (pendapatan) daripada hobi ni melebihi daripada gaji saya”. Katanya kepada TheInspirasi.

Menurutnya lagi, beliau benar-benar serius dalam bidang ini lebih kurang empat tahun yang lalu dan pernah mengikuti kelas anjuran KEMAS. Namun sekarang beliau banyak mendapat jemputan sebagai pengajar jemputan kelas ukiran KEMAS, NGO, Kolej Komuniti, Kolej Yayasan Vokasional dan sebagainya.

Antara hasil ukiran beliau yang pernah dibuat adalah  ukiran yang berwajah P. Ramlee, Tun M, Michael Jakson dan beberapa ukiran gambar pengantin untuk hiasan majlis perkahwinan.

Beliau juga telah memenangi beberapa anugerah dan trofi melalui pertandingan-pertandingan yang disertai antaranya World Chef Championship yang berlangsungnya di Kedah bulan Disember2019 dengan mendapat “gold medal” kategori “display fruit carving”, “bronze” team fruit carving, bronze styrofoam sculpture dan trofi untuk outstanding artist chef.

Ternyata bakal beliau ini sesuatu yang luar biasa dan perlu diketengahkan.

Untuk sesiapa yang ingin menempah ukiran-ukiran seperti di atas bolehlah menghubungi beliau di Facebooknya Naim Ibrahim.


Kepada anda yang mahu kami terbitkan kisah inspirasi anda, sila email ke theinspirasimy@gmail.com


Baca juga kisah inspirasi ini, Youtuber yang sedang meningkat melalui masakan yang hanya menggunakan handphone biasa.


JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here