Friday, March 29, 2024
HomeMutiara KataHimpunan Kata-Kata Mutiara Ustaz Ismail Kamus

Himpunan Kata-Kata Mutiara Ustaz Ismail Kamus

Umat Islam di Malaysia menerima berita pemergian Almarhum Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus dengan penuh hiba. Beliau merupakan ilmuwan dan tokoh dakwah yang banyak memberi kesan kepada masyarakat melalui kata-kata Mutiara yang banyak menjentik & membekas jiwa kita. 

Pemergiannya pada malam Jumaat di bulan yang mulia merupakan satu kelebihan dan rahmat buat Allahyarham Ustaz Ismail Kamus. 

Sepanjang hidupnya, beliau banyak menabur bakti dan mencurah ilmu samaada melalui ceramah atau dakwah yang dilakukan. 

Beliau meninggalkan kita banyak kata-kata mutiara dan hikmah untuk dihayati bersama. 

1) Bersahabat Dengan Orang Soleh

Kata-kata Ustaz Ismail Kamus tentang orang soleh

“Sungguh bersahabat dengan orang-orang soleh itu bagus, tetapi mengamalkan apa yang disampaikan oleh orang soleh itu lebih bagus.”

2) Tentang Sedekah

“Sebenarnya duit yang kita sedekah itulah bahagian kita punya, yang simpan dalam poket tu belum tahu lagi.. Boleh jadi pomen punya, boleh jadi klinik punya, yang semestinya waris punya. Kita punya yang mana?yang sedekah itulah yang kita punya.”

3) Jangan jadi seperti burung unta

“Jangan jadi macam burung unta, burung bukan, unta pun bukan.

Sama macam manusia, nak kata Islam bukan, bukan Islam pun bukan.

Waktu nikah Islam, mati pun ikut Islam. Tapi masa hidup tak nak ikut Islam.”

4) Pesanan Ustaz Ismail Kamus tentang kematian

“Bukanlah kematian itu yang harus ditakuti, tetapi kehidupan selepas kematian itulah yang harus ditakuti…” 

5) Solat Berjemaah

“Jika siksa neraka boleh dilihat, Masjid 16 tingkat pun tak mampu untuk menampung orang solat berjemaah.”

6) Kata-kata Ustaz Ismail Kamus Tentang Perjuangan

“Dalam Perjuangan, Penat Akan Hilang, Tetapi Pahala Berpanjangan..”

7) 11 Tanda Orang Yang Bahagia

11 TANDA ORANG BERBAHAGIA

  1. Kurang bercakap, melainkan yang perlu 
  2. Sentiasa merendah diri (tawwaduk) 
  3. Berkasih sayang sesama makhluk 
  4. Bersahabat dengan orang soleh 
  5. Menjauhi daripada yang haram 
  6. Berguna kepada masyarakat
  7. Tidak rakus dengan dunia 
  8. Memelihara solat 5 waktu
  9. Sentiasa mengingati mati 
  10. Pemurah dan baik hati 
  11. Sibuk dengan ibadah

8) Beramal Dengan Ikhlas

Sumber: Facebook Ustaz Ismail Kamus

“Beramallah nanti ada balasannya. Hiduplah setakat yang boleh, nanti kita akan mati. Jangan berbuat dosa walau kecil sekalipun. Carilah pahala setakat yang terdaya.”

9) Kata-kata motivasi Ustaz Ismail Kamus

Payung tidak mampu menghentikan hujan, tetapi dengan payung kita mampu berdiri dalam hujan tanpa basah. Begitulah keyakinan, ia mungkin tidak boleh memberi kita kemenangan tetapi mampu memberi kita kekuatan untuk bertahan.

10) Mencari Keredhaan Allah 

Kata-Kata Ustaz Ismail Kamus tentang mencari keredhaan Allah

Berbuatlah Amal biarpun ia kecil, moga-moga amal yang kecil itulah yang mendatangkan redha Allah.

11) Tentang Taubat

Sekiranya seseorang itu bertaubat dan diiringi amal soleh, itu tanda dosa-dosanya telah diampuni Allah.

12) Jangan Terlalu Banyak Angan-angan dan Haloba

“Manusia akan tua, tetapi angan-angan dan loba akan “sentiasa muda” – Usah terpedaya”

13) Keletihan Membuat Kebajikan Akan dibalas Dengan Pahala Yang Berpanjangan

Jangan difikirkan letih dalam berbuat kebajikan kerana keletihan itu akan hilang, tetapi kebajikan itu pahalanya berpanjangan.

14) Jangan Mengeji Orang Lain

Kalau tak boleh puji orang, jangan keji orang. Kalau tak boleh memberi, jangan menzalimi. Kalau tak boleh puasa jangan makan daging orang.

15) Jangan Mengundang Kemurkaan Allah Dengan Maksiat

Jangan sesekali melakukan maksiat walaupun kecil kerana ditakuti maksiat yang kecil inilah menjadi kemurkaan Allah.

16) Kata-kata Ustaz Ismail Kamus Yang Penuh Makna Tersirat

Jangan ditebang pokok orang, suburkan pokok kita, kelak pokok dia akan mati.

17) Tentang Masa lapang

“Jangan tunggu masa lapang, tetapi lapangkanlah masa”

18) Jangan Tinggal 4 Amalan ini

Allahyarham Ustaz Ismail Kamus berpesan, jangan tinggalkan 4 amalan ini iaitu:

  1. Solat jangan tinggal
  2. Baca Qur’an jangan tinggal (sekurang-kurang sehari 100 ayat)
  3. Zikir dan wirid
  4. Sedekah

19. Tentang Solat

Kata-kata Ustaz Ismail Kamus tentang solat

“Jangan pernah merasakan solat itu beban kerana hakikatnya solat itulah yang meringankan beban”.

Semoga Allah merahmati Tuan Guru Datok Hj Ismail Kamus atas segala ilmu, didikan dan dakwahnya kepada umat Islam di seluruh dunia dan khususnya di Malaysia. 

Moga pesanan dan kata-kata Ustaz Ismail Kamus ini kita hayati dan amalkan bersama.

Sumber

  1. Facebook Ustaz Dato Ismail Kamus
  2. Facebokk Pusar Rawatan Islam Darussalam Malaysia
  3. www.ikhtiarsyifa.com.my

Baca juga kata-kata Mutiara Ustaz Ebit Lew yang sangat memberi kesan kepada jiwa.


RELATED ARTICLES

Most Popular