Thursday, March 28, 2024
HomeMutiara Kata10 Mutiara Kata Imam Syafie Buat Penuntut Ilmu

10 Mutiara Kata Imam Syafie Buat Penuntut Ilmu

Imam Syafie terkenal sebagai seorang yang sangat cintakan ilmu. Beliau juga terkenal dengan mutiara kata dan nasihat yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian terutamanya bagi mereka yang cintakan ilmu pengetahuan

Hayati sepuluh mutiara kata dan nasihat Imam Syafie ini buat mereka yang sedang menuntut ilmu atau untuk orang yang cintakan ilmu.

Memang benarlah apa yang disampaikan oleh Imam Syafie merupakan suatu kata-kata nasihat yang sungguh bermakna berdasarkan pengalaman dan perjalanan hidup beliau sejak kecil yang cintakan ilmu. Jadikan mutiara kata Imam Syafie ini sebagai sesuatu yang bermanfaat untuk kita hayati dan amalkan.

BACA JUGA : Himpunan Kata-Kata Mutiara Ustaz Ismail Kamus

1) Siapa Yang Inginkan Dunia dan Akhirat, Hendaklah Mempunyai Ilmu

Siapa Yang Inginkan Dunia dan Akhirat, Hendaklah Mempunyai Ilmu

“Sesiapa yang inginkan dunia,  hendaklah dia mempunyai ilmu, sesiapa yang inginkan akhirat, hendaklah dia mempunyai ilmu, sesiapa yang inginkan kedua-duanya, maka hendaklah dia mempunyai ilmu.”

2) Aku Mampu Berhujah Dengan 10 Orang Berilmu… 

Aku Mampu Berhujah Dengan 10 Orang Berilmu…

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”

3) Enam Kombinasi Utama Perlu Ada Bagi Seorang Penuntut Ilmu 

Enam Kombinasi Utama Perlu Ada Bagi Seorang Penuntut Ilmu

Wahai Saudaraku!! Menuntut ilmu memerlukan kombinasi enam perkara utama iaitu dengan; 

  1. kecerdasan
  2. semangat
  3. kesungguhan 
  4. kemampuan 
  5. bimbingan (guru) 
  6. istiqamah

4) Ilmu Penyuluh Kehidupan 

Ilmu Penyuluh Kehidupan

“Ilmu adalah cahaya penyuluh dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu, ia dapat membimbing manusia ke arah kebaikan serta mengeluarkan diri manusia daripada kegelapan dan kejahilan kepada cahaya dan kebenaran.”

5) Tiada Kebaikan Orang Yang Tidak Mencintai Ilmu

Tiada Kebaikan Orang Yang Tidak Mencintai Ilmu

“Barangsiapa yang tidak mencintai ilmu, maka tidak ada kebaikan padanya”.

6) Menuntut Ilmu Akan Melalui Pelbagai Cabaran 

Mutiara Kata Imam Syafie Buat Penuntut Ilmu 6

“Sesiapa yang tidak pernah mengecapi pahit getir menuntut ilmu walaupun seketika, maka ia akan terjerumus ke dalam kehinaan kejahilan seumur hidupnya.”

7) Amatlah Rugilah Masa Muda Jika Tidak Menuntut Ilmu

Amatlah Rugilah Masa Muda Jika Tidak Menuntut Ilmu

“Dan sesiapa yang tidak memanfaatkan masa mudanya untuk menuntut ilmu, maka bertakbirlah empat kali sebagai tanda kematiannya.”

8) Pemuda Sejati Adalah Yang Mempunyai Ilmu dan Ketakwaan 

Pemuda Sejati Adalah Yang Mempunyai Ilmu dan Ketakwaan

“Dan pemuda yang sejati – demi Allah – adalah dengan ilmu dan ketakwaan. Jika kedua-duanya tidak dimilikinya maka ia bukanlah pemuda sejati.”

9) Hendaklah Diam Apabila Berhadapan Dengan Orang Bodoh 

Mutiara Kata Imam syafie: Hendaklah Diam Apabila Berhadapan Dengan Orang Bodoh

“Apabila bercakap orang bodoh, maka jangan engkau menjawabnya. Maka sebaik-baik jawapannya ialah diam.” 

“Apabila orang bodoh mengajak berdebat denganmu, maka sikap yang terbaik adalah diam, tidak menanggapi. Apabila kamu melayani, maka kamu akan susah sendiri. Dan bila kamu berteman dengannya, maka dia akan selalu menyakiti hati” 

10) Mutiara Kata Imam Syafie Tentang Sifat Ilmu

Mutiara kata Imam syafie tentang sifat ilmu

“Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”    

Semoga 10 mutiara kata Imam syafie ini dapat hayati dalam kehidupan seharian terutamanya bagi mereka yang cintakan ilmu pengetahuan.


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

Baca juga kisah kesungguhan Imam Syafie menuntut ilmu dan cara beliau beradab terhadap guru


JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular