Friday, March 29, 2024
HomeArtikelHyperhidrosis Malaysia: Bebas Daripada Masalah Peluh Berlebihan

Hyperhidrosis Malaysia: Bebas Daripada Masalah Peluh Berlebihan

Pernahkah anda melihat seseorang itu berpeluh berlebihan sehinggakan bajunya kebasahan seperti baru lepas melakukan senaman? Ataupun anda sendiri yang mengalami masalah seperti ini?

Mungkin anda tertanya-tanya adakah ini sesuatu yang normal bagi semua orang. Tetapi malang sekali jawapannya tidak. Ini adalah satu penyakit yang dinamakan sebagai hyperhidrosis atau berpeluh berlebihan.

Hyperhidrosis adalah peluh yang berlebihan daripada normal. Hyperhidrosis juga dikenali sebagai polyhidrosis atau sudorrhea, adalah suatu keadaan yang menyebabkan seseorang berpeluh secara berlebihan.

Berpeluh boleh mempengaruhi hanya pada satu kawasan tertentu atau seluruh badan. Di Malaysia, 3% daripada rakyat Malaysia mengalami masalah Hyperhidrosis iaitu lebih dari 981,000 penduduk Malaysia mempunyai penyakit ini dan kebanyakan mereka tidak tahu bagaimana cara untuk merawatnya.

Hyperhidrosis adalah peluh berlebihan yang tidak semestinya berpunca daripada cuaca panas atau senaman. Terdapat pelbagai penyebab atau punca bagi penyakit ini. Ia mungkin disebabkan faktor keturunan, yang bermula di zaman kanak-kanak atau remaja dan mungkin berterusan selama beberapa tahun.

Keadaan ini disebabkan oleh aktiviti rangkaian saraf simpatetik yang terlebih aktif. Saraf simpatetik merupakan sebahagian daripada sistem saraf autonomi yang mengawal aktiviti di dalam badan. Rangkaian simpatetik terletak di rongga dada.

Walaupun ia tidak dikaitkan dengan kematian, ia boleh memberi kesan yang ketara ke atas kualiti hidup seseorang yang mengalaminya. Walaupun ia bukan sesuatu yang membimbangkan tetapi ia mampu membuatkan anda berasa tidak selesa dan malu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Peluh ini juga merupakan sesuatu yang agak memalukan apabila baju anda basah pada kawasan yang tertentu, dapat merosakkan hubungan dengan pasangan, dan menyukarkan anda dalam kehidupan sosial.

Masalah dalam keadaan yang lebih teruk boleh menyebabkan seseorang mengalami kesukaran dalam memegang pen, memegang stereng kereta atau berjabat tangan.

Mujur, terdapat beberapa pilihan untuk merawat gejala ini dengan berkesan. Cabaran terbesar dalam merawat hyperhidrosis ini adalah terdapat sebilangan orang yang tidak mahu mendapatkan nasihat perubatan, mungkin kerana berasa malu atau mereka tidak tahu adanya rawatan yang berkesan.

Hyperhidrosis didefinisikan sebagai berpeluh yang mengganggu aktiviti harian. Berpeluh secara berlebihan berlaku sekurang-kurangnya sekali seminggu tanpa alasan yang jelas dan memberi kesan kepada kehidupan sosial atau aktiviti harian.

Kita selalu ingat bahawa ‘primary’ hyperhidrosis adalah berpunca daripada keadaan mental dan emosi pesakit, dimana kondisi itu disebabkan psikologi seperti stress, cemas, atau gementar. Namun begitu, penyelidikan terbaharu menunjukkan bahawa seseorang yang mengalami ‘primary’ hyperhidrosis tidak lagi terdedah kepada kegelisahan, rasa gementar atau tekanan emosi daripada pesakit yang lain apabila terdedah kepada pencetus yang sama.

Ternyata sebenarnya perasaan dan mental yang dialami oleh ramai pesakit dengan penyakit hiperhidrosis ini adalah disebabkan berpeluh berlebihan. Kajian juga menunjukkan bahawa gen tertentu berperanan dalam hiperhidrosis, dan kemungkinan boleh diwarisi.

Sebilangan besar pesakit dengan ‘primary’ hiperhidrosis mempunyai saudara mara atau ibu bapa yang mempunyai masalah hyperhidrosis.

Diharapkan kepada masyarakat diluar sana untuk tidak mengambil mudah terhadap penyakit ini lebih-lebih jika anda, keluarga atau rakan-rakan anda yang mempunyai masalah ini. Untuk maklumat lanjut mengenai hyperhidrosis, anda boleh melayari www.hyperhidrosismalaysia.com atau www.tanganberpeluh.com. 30 juta manusia berpeluang untuk  bebas daripada masalah berpeluh berlebihan bermula dengan ANDA.

Penulis; Fatin Athira dari WeAssist
RELATED ARTICLES

Most Popular