Thursday, September 28, 2023
HomeKehidupanInisiatif TMJ Membantu Skuad Bola Sepak Kudung Malaysia Wajar Dicontohi

Inisiatif TMJ Membantu Skuad Bola Sepak Kudung Malaysia Wajar Dicontohi

Pada 6 Januari 2020, JDT dan DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ)  telah menyambut kehadiran pemain serta pegawai Persatuan Bolasepak Orang Kudung Malaysia (MAFA) di Padang Seri Gelam .

Jemputan ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) JDT, sebagaimana yang telah dilakukan oleh mereka sebelum ini. 

Dalam kunjungan tersebut, pemain JDT dan TMJ telah bermain bersama pasukan Harimau Kudung di samping memberi sumbangan kepada projek tongkat yang diusahakan oleh Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia (MAFA). 

JDT dan Harimau Kudung

#ProjekTongkat  adalah sebuah impian  untuk membawa pasukan bolasepak kudung dari Gaza ke Malaysia.

Melalui semangat kesukanan dan kemanusiaan ini, ia akan menyatukan antara Gaza dengan rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa. 

Atas perancangan tersebut, pasukan Harimau Kudung dan Gaza akan jelajah Malaysia selama 2 minggu bermula awal Februari 2020.

Setelah itu, mereka akan berentap dengan lima pasukan bolasepak dari lima negara, termasuk pasukan Bolasepak Kudung Malaysia dalam Kejohanan Piala Jemputan MAFA 2020.

Projek Tongkat
Projek Tongkat MAFA

Sasaran dana sebanyak RM250,000 akan digunakan untuk kos perbelanjaan membawa pasukan Gaza ke Kuala Lumpur melibatkan dokumentasi visa, kos penerbangan, makan minum, penginapan & logistik mereka sepanjang projek ini berjalan serta kos penganjuran kejohanan.

Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan, salurkan pada akaun berikut:

Akaun: Kelab Bolasepak Pan-Disability

CIMB: 800 204 6126

Rujukan: MAFA

RELATED ARTICLES

Percaturan Hidup

Doa Ibu

Mencari Mood?

Most Popular