Friday, September 29, 2023
HomeArtikelInspirasi Orang Asli | Ramli Mohd Nor mencipta sejarah sebagai Orang Asli...

Inspirasi Orang Asli | Ramli Mohd Nor mencipta sejarah sebagai Orang Asli pertama menjadi Ahli Parlimen

Image result for ramli mohd nor orang asli

Ramli Mohd Nor telah  mencipta sejarah negara apabila dipilih sebagai Orang Asli pertama menjadi Ahli Parlimen berikutan kemenangannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Januari 2018.

Beliau merupakan Orang Asli dari suku Semai yang juga bekas pegawai tinggi polis telah memenangi PRK Cameron Highlands berikutan penyandangnya sebelum ini iaitu Datuk C Sivarraajh daripada BN digugurkan selepas Mahkamah Pilihan Raya mendapati berlaku rasuah dalam mempengaruhi pengundi di kawasan itu pada pilihanraya umum 2018.

Dengan kemenangan ini, Ramli menjadi wakil tunggal mewakili masyarakat Orang Asli sebagai wakil rakyat bagi mengisi satu slot kerusi di Dewan Rakyat. Beliau dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada sidang mesyuarat Dewan Rakyat berikutnya iaitu pada 11 Mac ini.

RELATED ARTICLES

Most Popular