Pada masa kini, begitu banyak berita tentang kebankrapan di kalangan belia kerana berlebihan dalam berbelanja dalam kehidupan seharian mereka. Ini dapat dibuktikan oleh statistik yang telah dinyatakan oleh Bank Negara daripada kajian terdahulu bahawa 84,805 rakyat Malaysia telah diisytiharkan muflis dan 26 peratus daripadanya berasal dari umur 34 tahun ke bawah.
Selain itu, ramai warga Malaysia tidak mengetahui had umur bagi belia. Hal ini diperincikan oleh Dasar Belia Malaysia (DBM) yang diperkenalkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyatakan bahawa had umur bagi golongan belia adalah dari umur 15 tahun sehingga 30 tahun.
Likungan had umur ini memberi pencerahan kepada kita bahawa mereka ini merupakan golongan belia yang sedang menghadapi maslah kewangan akibat daripada kemajuan yang mempesat. Kita dapat lihat bahawa belia di Malaysia mempunyai beberapa isu mengenai kewangan. Ini berkaitan dengan kadar pembelian belia yang melebihi batasan daripada apa yang mereka miliki.
Sesetengah daripada mereka membelanjakan wang dengan cara yang betul tetapi sebahagian lain pula membelanjakan sebahagian besar wang mereka dengan membeli barangan yang mereka suka. Masalah perbelanjaan dalam kalangan belia semakin meningkat dari tahun ke tahun kerana cara hidup yang semakin berkembang maju dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk meneruskan kehidupan dengan arus pemodenan yang semakin meningkat maju.
Tambahan pula, negara kita telah dilanda wabak Covid-19 yang melibatkan semua peringkat umur dan hal ini menyebabkan belia sekarang menghadapi waktu sukar untuk mendapat pekerjaan untuk memenuhi keperluan harian mereka.
Kerajaan Malaysia juga menyarankan agar semua warga Malaysia membeli atau membuat transaksi secara dalam talian bagi mengelakkan penularan wabak ini kepada orang lain. Kita akan dapat lihat sama ada mereka bersederhana dalam berbelanja atau sebaliknya berdasarkan daripada faktor-faktor yang akan dijelaskan dalam artikel ini berkenaan isu kadar pembelian belia di Malaysia.
Pada era globalisasi kini, belia di Malaysia mendapatkan pekerjaan melalui laman web dalam talian atau daripada surat khabar yang akan membantu mereka mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka.
Hal ini menunjukkan mereka ingin hidup berdikari dengan memperoleh pendapatan yang besar sesuai dengan arah kehidupan sekarang yang semakin memerlukan perbelanjaan yang besar. Ini akan mewujudkan banyak faktor yang membawa kepada kadar pembelian yang tinggi di kalangan belia di Malaysia.
Faktor-faktor ini melibatkan pembelian dalam talian, jenama apa yang mereka sukai, dan pertumbuhan ekonomi. Faktor-faktor ini bukan sahaja berlaku sebelum berlakunya penularan wabak Covid-19 ini lagi malah hal ini sering dibangkitkan dalam kalangan masyarakat yang berpendapat bahawa belia ini mudah terpengaruh dengan rakan mereka yang menggayakan pelbagai jenama yang termuka dan gah di persada dunia. Hal ini bagi membuktikan bahawa mereka mempunyai jumlah gaji yang besar jika dibandingkan dengan orang lain.
Sehubungan dengan itu, pembelian secara talian merupakan akses utama dalam komuniti di Malaysia secara zahirnya sejak aplikasi pembelian barang secara talian diperkenalkan. Akibat daripada penularan wabak Covid-19 ini, ramai rakyat Malaysia yang berkecimpung dalam aktiviti pembelian secara talian ini yang amat digalakkan oleh kerajaan Malaysia sendiri.
Bersangkutan dengan hal tersebut, teknologi yang telah berkembang dengan pesat menyebabkan pembelian secara talian atau e-dagang ini sedikit sebanyak membawa kepada satu perubahan hidup dalam kalangan masyarakat terutama belia. Teknologi membawa banyak faedah kepada kita dengan memberi maklumat dan aplikasi yang mudah untuk menolong ramai orang sepanjang hidup kita walaupun ia mempunyai akibatnya yang tersendiri. Kita dapat lihat sekarang, terdapat banyak platform membeli-belah yang tersedia di internet yang juga memberi kesan yang tinggi kepada rakyat Malaysia terutama golongan muda.
Shopee merupakan platform pembelian secara talian yang sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai. Di samping itu, Shopee juga menyatakan bahawa Malaysia mencatatkan kadar masa yang diluangkan oleh rakyat Malaysia untuk Shopee sehingga mencecah 20% dalam masa seminggu. Selain itu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, rakyat Malaysia rata-rata menghabiskan RM 277 pada Hari Pembelian yang mencecah 113% lebih banyak daripada purata isi rumah pada satu hari.
Ini menunjukkan bahawa membeli-belah dalam talian telah menyumbang lebih banyak kepada faktor pembelian di Malaysia. Dalam tinjauan mengenai membeli-belah dalam talian di Malaysia, 7 peratus orang Malaysia tidak pernah berhenti membeli-belah dalam talian. Ini menunjukkan bahawa sebahagian besar belia mempunyai sumbangan terbesar dalam membeli-belah dalam talian.
Sebilangan besar mereka menggunakan aplikasi dalam talian kerana dapat menjimatkan masa disebebabkan kesibukan bekerja. Membeli-belah dalam talian juga mempunyai harga yang berpatutan berbanding harga yang telah ditetapkan dipasaran. Hal ini kerana terdapat potongan harga atau baucar yang mereka tawarkan untuk pengguna. Ini mendorong golongan muda untuk membeli-belah dalam talian kerana harya yang berpatutan dan sesuai dengan pendapatan mereka.
Jika dilihat dari aspek lain pula, belia juga bersederhana dalam perbelanjaan mereka kerana mereka lebih memilih harga yang berpatutan jika dibandingkan dengan harga pasaran yang jauh lebih mahal dan jarang mengadakan promosi untuk para pengguna mereka.
Pilihan bagi golongan belia ini adalah dengan memilih untuk membeli barang keperluan mereka seperti pakaian, makanan, barangan rumah, aksesori dan sebagainya mengikut kesesuaian pendapatan mereka yang rendah dengan menggunakan aplikasi online yang menjual barang-barang tersebut dengan murah dan berpatutan.
Kebiasaannya mereka akan membeli barangan yang mempunya tawaran promosi dengan harga yang jauh lebih rendah tetapi mempunyai kualiti barangan yang sama tandingnya dengan barangan yang berjenama. Situasi ini seolah-olah menggambarkan bahawa golongan belia ini juga mempunyai kesedaran dalam bersederhana dalam belanja seharian mereka.
Mereka menunjukkan sikap bertentangan yang diberikan dari sudut pandangan masyarakat bahawa belia di Malaysia suka membazir dan berlebih-lebihan dalam berbelanja terutama dalam pembelian secara talian. Hal ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai pilihan sendiri untuk membelanjakan wang mereka tanpa dipengaruhi oleh anasir-anasir yang memberikan impak negatif kepada kehidupan mereka.
Kita dapat melihat lebih banyak kadar pembelian melalui jenama yang disukai oleh belia. Rakyat Malaysia mempunyai keutamaan yang kuat untuk jenama mewah terutama golongan muda. Mereka lebih tertarik dengan barangan berjenama kerana mereka mahukan barang yang mereka beli mempunyai kualiti dan bukannya kuantiti walaupun mereka berpendapatan rendah.
Menurut Monitor Ekonomi Malaysia Edisi ke-21, anggaran pendapatan orang dewasa tunggal berada di bawah anggaran gaji RM 2700 yang telah dinyatakan oleh Bank Negara. Ini menunjukkan bahawa walaupun berpendapatan rendah tetapi mereka ingin mendapatkan produk yang lebih baik untuk keinginan mereka sendiri.
Menurut laporan mengenai tingkah laku membeli belia di Malaysia, sebilangan besar belia membeli barang dan barang dagangan dengan logo jenama terkenal. Ini juga kerana pengaruh yang diperoleh dari orang sekitarnya mempunyai pakaian atau gaya hidup yang lebih bergaya dan mewah yang membawa mereka untuk membeli dari kedai berjenama.
Justeru, ini dapat dikatakan bahawa sikap seperti ini akan mendorong mereka untuk membelanjakan lebih banyak yang boleh menyebabkan masalah serius yang semakin meningkat iaitu kebankrapan di antara mereka.
Gaya hidup sebegini akan memberikan satu tamparan hidup yang akan membawa mereka ke arah kebinasaan. Melihat pada pendapatan bagi seorang dewasa yang telah dinyatakan dari pandangan kasar pendapatan tersebut adalah cukup tinggi kalau dibandingkan dengan had minimum sebelum ini yang hanya RM1800.
Namun begitu, jika dilihat dari sudut pandangan belia tersebut tinggal di kawasan bandar yang serba lengkap dan maju seperti Kuala Lumpur, ia amat merungsingkan keadaan belia tersebut dengan perbelanjaan harian yang tinggi jika dibandingkan dengan kawasan kampung atau sederhana. Hal ini perlu dititik beratkan oleh golongan muda ini agar tidak termasuk ke dalam jerat yang mereka sendiri buat.
Oleh hal yang demikian, kawasan yang maju seperti Kuala Lumpur atau Pulau Pinang tidak juga memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan pembelian oleh golongan belia ini. Sebahagian dari mereka mempunyai latar belakang pendidikan yang bagus yang bolehkan mereka membuat analisa terhadap perbelanjaan mereka di bandar dengan adanya catatan barang yang perlu dibeli dan jumlah simpanan di dalam bank. Perkara sebegini jarang diambil tahu oleh golongan ini tapi masih ada yang melakukan hal tersebut untuk mengelakkan dari berlebihan dalam perbelanjaan.
Tambahan pula, pertumbuhan ekonomi juga mempengaruhi kadar pembelian bukan sahaja untuk belia tetapi juga rakyat Malaysia sendiri. Daya beli yang mereka miliki sekarang berada dalam jumlah kecil kerana harga pasaran di Malaysia juga menuntut.
Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan bahawa makanan dan bukan minuman telah meningkat kepada 1.4% tahun ke tahun yang mengandungi sayur-sayuran dan daging. Ini akan menyebabkan belia membelanjakan lebih banyak barang kehidupan seharian mereka walaupun berpendapatan rendah.
Mereka mempunyai banyak pilihan untuk membelanjakan wang mereka untuk makanan dan minuman dengan cara yang sederhana. Terdapat banyak belia di Malaysia yang juga mendapat banyak subsidi dari pemerintah untuk membantu mereka bertahan dalam dunia yang mencabar ini yang disebabkan oleh ekonomi yang tidak stabil.
Mereka mengambil kesempatan untuk menjimatkan anggaran perbelanjaan mereka untuk masa depan. Ekoran penularan wabak Covid-19 ini sedikit sebanyak mengganggu gaya pembelian bagi golongan belia ini. Hal ini memerlukan penilitian dalam kalangan belia ini untuk sentiasa bersedia dalam menyediakan barang keperluan rumah mereka dengan pembelian secara berkala dengan perbelanjaan yang sederhana.
Belia di Malaysia mempunyai banyak pendekatan untuk mereka membelanjakan wang mereka sama ada dengan cara sederhana atau berlebihan. Mereka mempunyai pilihan sendiri di tangan mereka. Tambahan pula, Malaysia mempunyai banyak keistimewaan untuk belia menjadi lebih bijak dalam pengurusan kewangan mereka.
Penularan wabak Covid-19 ini sedikit sebanyak membuka mata belia di Malaysia untuk menguruskan kewangan mereka dengan adanya kelas urusan kewangan secara maya. Dalam hal ini, golongan belia memiliki perspektif mereka yang tersendiri dalam membelanjakan wang mereka tetapi sikap yang berlebihan akan membawa mereka ke perselisihan terbesar dalam hidup mereka daripada memberikan gaya hidup yang memuaskan.
Penulis; Nurul Syahirah Binti Airul Rizal, Fakulti Sains Dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia