Saturday, October 5, 2024
HomeArtikelKeciciran Pendidikan Dalam Kalangan Pelajar Orang Asli Di Malaysia

Keciciran Pendidikan Dalam Kalangan Pelajar Orang Asli Di Malaysia

Semua kanak-kanak tanpa mengira jantina, etnik dan latar belakang sosio-ekonomi mendapat akses pendidikan bermula dengan peringkat rendah hingga menamatkan pendidikan ke peringkat pengajian tinggi. Penularan pandemik Covid-19 yang melanda masyarakat global khususnya masyarakat Malaysia telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam sektor pendidikan.

Kerajaan telah mengelaskan penduduk di Malaysia kepada beberapa peringkat pendapatan berbeza iaitu Below 40 (B40), Middle 40 (M40) dan Top 20 (T20). Kewujudan kelompok pelajar orang asli B40 yang tinggal di kawasan luar bandar, pedalaman dan orang asli yang tidak berdokumen yang keciciran dalam pendidikan.

Di samping itu, pendidikan yang berkualiti adalah penting kerana sektor pendidikan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Isu keciciran pendidikan dalam kalangan pelajar orang asli adalah satu permasalahan yang tidak pernah selesai dan sering menjadi tajuk perbualan dalam kalangan rakyat Malaysia sama ada sebelum pandemik atau sesudahnya, isu ini masih lagi menjadi fokus utama kerajaan.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi akan isu keciciran pendidikan dalam kalangan pelajar orang asli di Malaysia. Antara faktor yang mempengaruhi ialah faktor struktur sosial di mana masyarakat orang asli yang terdiri daripada golongan tua, golongan dewasa, golongan remaja dan golongan kanak-kanak, disebabkan oleh pendedahan yang terhad terhadap perkembangan arus pemodenan tanpa mengira sebelum atau selepas pandemik Covid-19, pengetahuan golongan tua dan dewasa terbatas dan sempit. Lantaran dari pengasingan masyarakat orang asli dalam konteks pembangunan khususnya dari segi pendidikan sehingga mengakibatkan keciciran, dan tahap pencapaian yang rendah. Kebanyakan golongan tua dan golongan dewasa masyarakat orang asli masih berpegang kuat dengan adat dan keturunan yang mengamalkan kepercayaan animisme daripada nenek moyang mereka.

Hal ini disebabkan tanggapan orang tua menjadi penghalang terhadap golongan muda menuntut ilmu baru melalui pendidikan. Ia juga dapat mengancam amalan tradisi dan kebudayaan lama dan  kemungkinan mereka terdedah kepada budaya barat ‘cultural popular’ di tempat pengajian tinggi.

Seterusnya, orang asli gagal  untuk menguasai kemahiran literasi. Terdapat gangguan dalam persekitaran murid-murid orang asli gagal yang menghalang mereka untuk menguasai literasi antaranya kekurangan kemudahan pengangkutan dan ketidakselesaan ruang untuk belajar, tempat makan dan tempat tidur di rumah mereka . Keadaan persekitaran ini akan menyebabkan kognitif murid-murid orang asli tidak dapat dirangsang malahan menyukarkan sesuatu pembelajaran.

Justeru itu, perkembangan literasi bagi kanak-kanak yang membesar dan mempunyai lingkungan persekitaran yang sihat serta akses mudah kepada prasarana yang terdapat disekelilingnya akan menyebabkan murid-murid terbiasa dengan percakapan orang-orang di persekitaran  malahan berupaya menggunakan perbendaharaan kata yang lebih tepat dan luas.

Menurut laporan Dokumen Keciciran Pendidikan Malaysia 2023 dikeluarkan oleh badan bukan kerajaan ( NGO) untuk Malaysia , terdapat 60,800 kanak-kanak orang asli berdepan masalah kemahiran literasi ini menyebabkan keciciran belajar pada tahun 2020 dan jumlah itu meningkat menjadi 62,800 pada tahun berikutnya.

Selain itu, faktor sosial (persekitaran) dan budaya mempengaruhi pencapaian prestasi orang asli. Umumnya, kehidupan orang asli amat terkait dengan persekitaran mereka iaitu hutan yang merupakan sumber rezeki yang utama.

Ramai dalam kalangan pelajar ponteng sekolah semata-mata untuk mengikut ibu bapa mereka mencari hasil hutan kerana kegiatan ekonomi mereka masih lagi tertumpu secara tradisional . Perkara ini sukar untuk dibendung kerana mencari hasil hutan merupakan salah satu sumber kewangan kepada mereka untuk perbelanjaan harian mahupun persekolahan.

Oleh sebab terlalu kerap tidak dapat hadir ke sekolah, mereka banyak ketinggalan dalam pembelajaran. Komuniti orang asli di sini berpuas hati apa yang mereka dapat sekarang berbanding dengan apa yang diperolehi pada masa hadapan.

Menurut laporan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2020, terdapat  sebanyak 2,450 pelajar orang asli berhenti daripada sekolah rendah tanpa tamat darjah 6 ini menyebabkan mereka terpinggir daripada pendidikan dan jumlah ini meningkat sebanyak 3,190 pada tahun 2021.

Tambahan pula, cabaran mengubah perspesi orang asli terhadap pendidikan turut mempengaruhi pencapaian pelajar orang asli mempunyai sikap yang hanya menerima apa sahaja yang ada tanpa ada usaha untuk memajukan diri  turut mempengaruhi mentaliti anak-anak orang asli untuk terus hidup dalam keadaan yang sederhana.

Ibu bapa juga menganggap tugas mendidik adalah tanggungjawab guru. Maka, mereka tidak menggalakkan anak-anak belajar di rumah selepas waktu persekolahan dan tidak berlaku proses pendidikan atau pengajaran di rumah.

Masyarakat orang asli juga tidak memberi sokongan  kepada anak mereka untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi. Justeru itu, akses internet yang lemah dan masalah ketiadaan peranti seperti komputer riba dan telefon pintar di kawasan pedalaman ini menjadi cabaran utama mereka untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah  sepanjang wabak Covid-19 ini turut menyumbang keciciran pendidikan dalam kalangan pelajar.

Menurut Laporan Kementerian Pendidikan Malaysia (2021) menunjukkan terdapat sebanyak  90 peratus pelajar orang asli di negeri Sabah dan Sarawak tidak mempunyai akses kepada peranti peribadi menyebabkan mereka terpaksa berkongsi dengan ibu bapa atau adik-beradik lain secara bergilir dan jumlah ini menurun kepada 30 peratus pada tahun 2022 akibat bantuan pemberian tablet percuma khas kepada pelajar golongan B40.

Di samping itu, cabaran sukatan pelajaran  tidak bersesuaian dengan realiti sosial mereka. Pelajar orang asli lebih suka beradaptasi dengan kaum mereka sendiri berbanding dengan kaum lain seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Oleh sebab itu, mereka ini sebenarnya lebih berminat dan gembira untuk meneroka serta belajar mengenai identiti  masyarakat sendiri.   Lagipun, masyarakat orang asli lebih suka beradaptasi dengan alam sekitar berbanding dengan persekitaran bilik darjah.  

Akhir sekali, terdapat beberapa cadangan dan harapan untuk meningkatkan tahap pendidikan orang asli dan kerajaan menguruskan perkampungan atau penduduk orang asli dari aspek pendidikan adalah, kerajaan  perlu memainkan peranan penting untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dari aspek pendidikan iaitu memperbanyakkan Balai Internet, memperluaskan jaringan jalan raya dan kemudahan pengangkutan di perkampungan orang asli.

Pihak media massa perlu mempertingkatkan kesedaran ibu bapa tentang  kepentingan  pendidikan terhadap anak mereka. Platform ini untuk menyampaikan kepentingan pendidikan melalui aktiviti temubual antara ahli-ahli usahawan dan atlet sukan  daripada kaum orang asli  seperti Zumika Azmi dan Sasha Azmi merupakan suku kaum temiar berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara kriket sukan SEA ini menjadi inspirasi kepada pelajar orang asli.

Seterusnya, pihak sekolah menganjurkan aktiviti ziarah cakna ke rumah pelajar orang asli bagi mengetahui masalah keluarga dan peribadi. Peranan guru pula perlu menguasai bahasa orang asli dan menguasai kaedah pengajaran dan platform pembelajaran terkini serta mencuba pelbagai pendekatan baharu untuk menjadikan PdP lebih menarik ia perlu berasaskan teknologi bersifat VR, para pelajar boleh menyelami ruang yang berbeza dan berinteraksi dengan objek sebenar melalui   pawagam 3D . Contohnya, apabila pelajar orang asli duduk di dalam kelas dapat mengembara ke angkasa lepas untuk menerokai Bima Sakti, belajar tentang era  sejarah tamadun lama ini membantu mereka mudah  skor dalam subjek yang sukar kerana bahan bantu digunakan oleh guru semasa mengajar yang lebih interaktif misalnya penggunaan audio, video, simulasi atau visualisasi grafik 3D lebih berkesan kepada para pelajar.

Kesimpulannya, cabaran-cabaran luaran dan dalaman untuk meneruskan  pendidikan bukan penghalang kepada pelajar orang asli tetapi beberapa kaedah alternatif dilaksanakan masih tidak berkesan namun ini menimbulkan kebimbingan ekoran peningkatan bilangan pelajar yang tercicir.

Justeru, isu ini perlulah diteliti agar masalah yang berlaku boleh diatasi dengan solusi yang berkesan. Oleh sebab, golongan orang asli perlu mempunyai kesedaran terhadap kepentingan pendidikan perlulah diberi perhatian serius. Akhir kata, semua pihak telah melaksanakan beberapa program dan kempen  dengan menyalurkan peruntukan besar bertujuan pendidikan  sahaja dapat mengubah nasib masyarakat orang asli.

Penulis;
1. Sunitha Kanakarajo -  Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.
2. Dr Velan Kunjuraman.- Pensyarah Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.
RELATED ARTICLES

Most Popular