Thursday, March 28, 2024
HomeTipsKenali Jenis-jenis Gangguan Seksual dan Cara Mengatasinya

Kenali Jenis-jenis Gangguan Seksual dan Cara Mengatasinya

Artikel ini akan menerangkan jenis-jenis gangguan seksual dan cara mengatasinya.

Apa Itu Gangguan Seksual?

Gangguan seksual adalah sebarang bentuk perhatian SEKSUAL baik yang diucapkan atau perbuatan bersifat seksual (disengajakan atau berulang-ulang) yang membawa kesan gangguan emosi, psikologi atau fizikal, yang tidak diundang, atau tidak disenangi.

APAKAH BENTUK-BENTUK GANGGUAN SEKSUAL?

1. Gangguan Secara Lisan

Bentuk gangguan ini dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita,berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual yang dinyatakan secara terang-terangan atau terselindung (berkias) sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina, terugut atau terganggu untuk berurusan dengan seseorang. Contoh:Pernyataan, komen, usikan tentang rupa paras atau tubuh badan wanita. Memberi komen tentang saiz buah dada atau punggungnya. Permintaan, cadangan untuk hubungan atau layanan seksual.

2. Gangguan bukan lisan (Secara isyarat)

Bentuk gangguan ini dipamerkan melalui sikap atau perilaku seseorang yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsur seksual.

Contoh:

  • Merenung, menjeling atau memandang dengan tidak sopan yang tertumpu pada bahagian tubuh badan.
  • Perbuatan seperti menjilat bibir, memegang atau memakan makan dengan cara ‘bermakna’ atau berunsur seksual.

3. Gangguan Secara visual

Perlakuan menghantar nota,surat, mel elektronik (e-mel), short messaging system (SMS), multimedia messaging system (MMS), gambar (foto), poster objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan sebarang bentuk peralatan media, peralatan elektronik atau peralatan komunikasi kepada pengadu yang menyebabkan pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut.

Contoh:

  • Menunjukkan alat kelamin
  • Menunjuk, mempamer atau mengedar gambar, lakaran,bahan berunsur lucah
  • Menghantar, mengirim surat/nota bertulis yang berunsur seksual

4. Gangguan Psikologi

Perbuatan cuba merapati secaraseksual, mendorong, mendesak,mengugut atau memujuk rayubagi memenuhi keinginan seksualpenganggu sama ada melaluisurat, telefon, e-mel atau sebarangbentuk peralatan komunikasikepada pengadu sehinggamenimbulkan tekanan emosi danmental ke atas pengadu. Contoh:

  • Jemputan sosial yang tidakdingini yang berulang-ulang.
  • Ajakan, rayuan berterusanuntuk temu janji atau kegiatanberunsur seksual
  • Gangguan berunsur seksualyang menghasilkan ketakutanmental

5. Gangguan Fizikal

Gangguan seksual berbentuk sentuhan fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, menggesel, mengeletek, memeluk, menepuk, mengusap, menggosok, mencubit, memicit, mencium, meraba atau sebarang bentuk sentuhan lain yang berunsur seksual yang tidak diingini sehingga menyebabkan pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut.

Contoh:

  • Sesorang  memberi pelukan yang membolehkannya menyentuh payu dara atau punggung.
  • Seseorang majikan sengaja berada terlalu hampir dengan pekerja dengan alasan menyemak tugasan yang diberikannya.
  • Mereka yang sentiasa menyentuh rakan dengan cara yang tidak menyenangkan semasa berurusan.

APA YANG PERLU DIBUAT SEKIRANYA BERLAKU GANGGUAN SEKSUAL?

1. Berani bersuara

Beritahu pengganggu; Jangan ganggu saya, jangan kacau saya.

2. Dapatkan sokongan

Penting untuk dapatkan sokongan daripada kawan, keluarga atau orang yang boleh dipercayai.

3. Catatkan butir-butir kejadian

Penting untuk catatkan maklumat kejadian untuk sebarang laporan atau aduan kepada pihak tertentu. Maklumat yang diperlukan seperti:

  • Tarikh
  • Masa
  • Tempat
  • Orang yang menggangu
  • Kelakuan pengganggu iaitu apa yang dibuat, berapa kali berlaku, sejak bila berlaku, ada tak orang lain yang kena

4. Membuat laporan kepada pihak berkenaan

Sekiranya gangguan terlalu teruk dan menggaggu kehidupan anda laporkan kepada pihak yang berkenaan samaada majikan tempat kerja, ketua, unit integriti atau sebagainya

Jangan biarkan hidup anda dibelenggu dengan masalah ini. Bertindak secara bijak, anda mampu mencegahnya!

*anda juga boleh membaca artikel dari poster ini untuk bacaan lanjut.

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA DAN HUBUNGANNYA DENGAN TEKANAN KERJA DAN KEPUASAN KERJA

RELATED ARTICLES

Most Popular