Friday, January 24, 2025
HomeTips7 Tips Hilangkan Rasa Gemuruh Membaca Khutbah Pada Hari Raya Ini

7 Tips Hilangkan Rasa Gemuruh Membaca Khutbah Pada Hari Raya Ini

7 tips ini akan membantu anda hilangkan rasa gemuruh sekaligus melancarkan pembacaan khutbah pada hari raya ini.

Ini kerana kaum bapa dan lelaki sekalian pastinya berasa teruja menantikan 1 Syawal tidak lagi. Apa tidaknya, kita  semua bakal menempa satu lagi sejarah baru buat diri sendiri dan keluarga iaitu membaca khutbah dihadapan ahli keluarga sendiri. Berbeza dengan menjadi imam solat tarawih, membaca  khutbah memerlukan kita berhadapan secara bersemuka dengan ahli keluarga.

Maka, pelbagai perasaan akan dirasai. Gementar, gemuruh, takut dan sebagainya. Sudah menjadi lumrah bagi manusia akan merasai perasaan sedemikian kerana ia merupakan pertama kali untuk melakukannya. Perasaan-perasaan ini akan timbul kerana kita tidak pernah menghadapinya sebelum ini. 

Oleh itu, di sini ada beberapa 7 tips dan petua untuk hilangkan rasa gemuruh yang boleh kita amalkan pada pagi hari raya nanti sebelum memulakan pembacaan khutbah.

1) Membaca “Doa Penerang Hati” agar dipermudahkan segala urusan

Sebelum kita membaca khutbah, tarik nafas dan bacalah doa ini perlahan-lahan. Hayati maksudnya. Minta Allah  jangan bagi rasa gementar, takut, gemuruh dan sebagainya. 

Doa Penerang Hati

Robbishrahli sodri – wa yar silli amri – Wahlul ukhdatan min lisa ni – Yaf qahu qauli

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku

2) Selepas Membaca Doa di Atas, Berselawatlah Beberapa Kali

Setelah membaca doa di atas, berselawatlah dengan tenang. Selawat yang ringkas boleh dibaca beberapa kali memohon juga agar dihilangkan rasa gementar dan gemuruh.

3) Tak Perlu Risau, Mereka Adalah Ahli Keluarga Kita Sendiri

Kita akui perasaan gementar ini pasti ada pada semua orang terutamanya bagi mereka yang bakal menjadi imam Solat Aidilfitri dan seterusnya membaca khutbah di hadapan ahli keluarga.

Apa yang menjadi kerisauan kita adalah tersalah atau tersilap dalam solat mahupun membaca khutbah.

Sebenarnya, ini adalah proses pembelajaran sebagai sebuah ketua keluarga dan ketua masyarakat. Sekiranya tersalah, maka mohonlah keampunan kepada Allah.

Ahli keluarga yang lain tak perlulah gelak atau ketawa kepada mereka yang baca khutbah tersebut. Sebaliknya terus berikan semangat dan motivasi.

4) Tarik Nafas dan Senyum Melihat Ahli Keluarga Dengan Penuh Kasih Sayang

Sangat penting sebelum memulakan bacaan khutbah, muka kita dalam keadaan yang senyum. Apatah lagi senyuman yang dilemparkan adalah dengan penuh kasih sayang buat ahli keluarga.

Kita ingin menyampaikan perkara baik bukannya nak buat salah. Jadi tak perlu risau sangat.

Senyum juga boleh menghilangkan kerisauan ahli keluarga terhadap kita. Apabila kita senyum, mereka akan senyum kembali dan kita akan mendapat keyakinan

5) Mulakan Bacaan Khutbah Dengan Melihat Teks Sepenuhnya

Jika kita masih dalam keadaan gemuruh dan gementar juga, mulakan pembacaan khutbah dengan melihat teks atau kertas sepenuhnya. 

Apabila sudah mendapat sedikit keyakinan, sesekali sekala lihatlah ahli keluarga. Lihat respon mereka bagaimana. Adakah mereka teruja atau sebaliknya?

6) Bacaan Khutbah Dengan Tidak Terlalu Laju dan Tidak Terlalu Lambat

Bukanlah tujuan kita membaca khutbah agar cepat habis. Tapi kita membaca khutbah agar para jemaah menghayati isi kandungan dan nasihat-nasihat yang bermanfaat buat ahli keluarga kita juga.

Apatah lagi dalam suasana wabak COVID-19 sekarang ni, beri semangat dan nasihat kepada ahli keluarga agar banyakkan bersabar. Kerana ganjaran orang yang bersabar sangatlah besar.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, lalu Dia datangkan hujan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. 

7. “Practice Make Perfect

Tips hilangkan rasa gemuruh yang terakhir adalah “practice make perfect” . Maksudnya banyakkan membuat latihan membaca teks khutbah sebelum membacanya dengan betul pada hari raya nanti. 

Kita boleh berlatih dahulu membaca teks di hadapan cermin. Lihat bagaimana perwatakan kita tersebut. 

Boleh juga kita cuba membaca dan merekodkannya dalam handphone dan ulang kembali dengar bacaan kita sendiri.

Ya “Practice make Perfect

Begitulah 7 tips hilangkan rasa gemuruh membaca khutbah pada hari raya ini

*Abadikanlah kenangan membaca khutbah raya ini dengan meminta ahli keluarga mengambil beberapa keping gambar untuk simpanan diri dan juga keluarga.

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada saya Dr Basri Husin.

Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk tips-tips yang lain.

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik sini untuk sertai

Dapatkan Teks Khutbah Ringkas dan Padat yang bertajuk “Hikmah di Sebalik COVID-19”


JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular