Thursday, April 18, 2024
HomeArtikelKenapa Orang Malaysia Baca Yasin Malam Jumaat?

Kenapa Orang Malaysia Baca Yasin Malam Jumaat?

Kenapa Orang Malaysia Baca Yasin Malam Jumaat_

Umat Islam di Malaysia tidak asing lagi dengan bacaan Surah Yasin pada setiap malam Jumaat. Ia samada dilakukan di surau-surau mahupun masjid di kebanyakan tempat di seluruh negara kecuali beberapa kawasan tertentu.

Amalan bacaan Yasin kebiasaannya juga akan diiringi dengan bacaan tahlil antara waktu selepas Maghrib hingga masuk waktu Isyak.

Namum sejak akhir-akhir ini, timbul pandangan tentang persoalan bidaah membaca Surah Yasin pada malam Jumaat, kerana ada pandangan yang lebih sahih iaitu sepatutnya membaca Surah al-Kahfi.

Dr Mohd Murshidi Mohd Noor, pensyarah UUM yang berkelulusan dalam bidang Hadis dari UM ini memberi pandangan “KENAPA SURAH YAASIIN PADA MALAM JUMAAT, TIDAK SURAH AL-KAHFI?”

Sesiapa sahaja yang hendak beramal dengan surah al-Kahfi pada malam Jumaat adalah tersangat baik dan dituntut kerana ianya berdasarkan hadis sahih. Bagi mereka yang hendak beramal dengan Surah Yaasiin pada malam Jumaat juga adalah baik dan dituntut kerana ianya juga berdasarkan hadis walaupun statusnya tidaklah sama dengan status Hadis bacaan Surah al-Kahfi pada malam Jumaat. Kenapa disebutkan kedua-dua surah ini sahaja? Kerana hadis menyebutkan kelebihan membacanya secara khusus pada malam Jumaat.

Cumanya, kemungkinan orang Melayu Islam di Nusantara beramal dengn surah Yaasiin pada setiap malam Jumaat secara berjamaah dan dilakukan secara konsisten memandangkan surah ini lebih pendek berbanding Surah al-Kahfi.

Surah Yaasiin apabila dibaca secara tartil dan secara berjamaah yang dipandu oleh seorang khalifah bacaan, selesai sahaja membacanya, tempoh waktu yg diambil elok2 sahaja masuk waktu Isyak.

Hal ini memberi sengkang waktu yang bersesuaian dengn mereka yang terlibat dengan majlis bacaan Yaasiin, sementara menanti waktu Isyak masuk, berbanding surah al-Kahfi yang jika dibaca secara beramai-ramai serta dengan bacaan yg tartil, kemungkinan besar akan mengambil masa yg lama serta mendatangkan beban pula kepada sebahagian org yg memiliki urusan tertentu, kerana surah ini agak panjang berbanding surah Yaasiin.

Etaksalai-270

Ianya tidak sesuai untuk semua orang yang terlibat dan sukar untuk menjadikan ianya bacaan secara berjamaah yang boleh dilakukan pada setiap malam Jumaat secara konsisten.

Apa yg kita kehendaki ialah penglibatan ramai umat Islam dalam majlis yg diberkati, bukannya mengurangkan lagi bilangan jamaah ke masjid dengan aktiviti yang tidaklah bersesuaian dengan semua orang yg terlibat. Boleh sahaja surah al-Kahfi dibaca secara bersendirian di rumah bagi menghidupkan amalan sunnah di rumah.

Ianya bertepatan pula dengan hadis lain yang menghendaki agar kita menghidupkan amalan sunnah di rumah dan memperbanyakkan amalan sunat di dalamnya.

Islam amat mementingkan amalan yg dilakukan oleh umat Islam secara istiqamah walaupun perbuatan yg dilakukan itu adalah ringkas dan sederhana.

Berzikir kepada Allah secara berjamaah adalah tersangat baik apatah lagi dibacakan pula secara beramai-ramai akan ayat-ayat al-Quran iaitu surah Yaasiin yg merupakan ‘jantung al-Quran’ dan terdapat pula kelebihan bagi sesiapa yang membacanya pada malam Jumaat.

Jadi, membaca Yaasiin pada malam Jumaat secara brjamaah dan dilakukan dengan konsisten pula adalah tersangat baik dan dituntut dalam agama..

surah al-kahfi

Manakala Surah al-Kahfi, elok dibaca secara individu kerana setiap individu memiliki masa lapang masing-masing. Gunakanlah masa sebaik-baiknya untuk beribadah kepada Allah. Sebab itu dalam hadis disebutkan, surah al-Kahfi dibaca sama ada pada waktu malam atau siangnya akan mendapat cahaya di sisi Allah SWT.

Jika kita ada ruang pada waktu malam, bacalah pada waktu malam, jika ada ruang masa pada waktu siang bacalah pada waktu siang. Masa yang Allah berikan cukup luas utk kita mendapatkan kurnia dan rahmatNya.

Surah Yaasiin pula, kelebihannya disebutkan dalam hadis pada waktu malam secara khusus dan ada riwayat menyebutkan pada mlm Jumaat. Sebab itulah rasanya ulama kita mengajar orang ramai agar mengamalkan surah Yaasiin pada mlm Jumaat kerana surah ini mengandungi fadilat, mudah diamalkan secara berjamaah di masjid, serta boleh pula dilakukan secara konsisten.

Moga kita mendapat rahmat dan redha Allah dgn sentiasa menghidupkan amalan-amalan sunnah yg diajarkan oleh para ulama dgn fahaman yg tepat dan bersesuaian dengan syarak.

wallahua’lam

RELATED ARTICLES

Most Popular