Wednesday, September 27, 2023
HomeArtikelKesan Psikologi Terhadap Remaja Yang Merokok

Kesan Psikologi Terhadap Remaja Yang Merokok

Adakah anda tahu merokok  adalah satu penyebab yang membunuh ramai manusia di seluruh dunia? JJ Prochasca (2017) telah menyatakan dalam artikelnya, individu yang mempunyai masalah psikologi lebih cenderung untuk merokok daripada individu yang normal. Biasanya, individu yang merokok adalah kerana untuk menghilangkan masalah psikologi seperti kemurungan dan kegelisahan ataupun yang biasa kita ketahui ‘anxiety’.

Perkara ini berlaku kerana mereka gagal untuk menyelesaikan masalah mereka ketika mereka remaja. Walaubagaimanapun, kita dapat melihat kebiasaannya di permulaan remaja menggunakan rokok untuk menghilangkan keserabutan di fikiran mereka akan tetapi mereka lupa atau mengabaikan fakta yang merokok dapat merosakkan kesihatan mereka sama ada dari segi fizikal dan mental.

Terdapat juga fakta yang menyatakan rokok dapat menghilangkan stress akan tetapi merokok bukan hanya dapat menghilangkan stress dalam tempoh sementara sahaja akan tetapi terdapat banyak keburukan terhadap perokok di masa akan datang seperti masalah psikologi antaranya kemurungan. Oleh sebab itu, terdapat banyak kesan psikologi disebabkan merokok kepada remaja.

Kesan psikologi pertama akibat merokok dalam kalangan remaja adalah kegelisahan disebabkan anti-sosial dan pembentukan gangguan panik. Terdapat fakta dalam kalangan remaja yang merokok yang dinyatakan dalam kajian J. Bras (2007) iaitu, kajiannya mendedahkan yang perokok lebih cenderung ektrovert, cemas, tegang, impulsif, dan menunjukkan ciri neurotisme dan psikotik dari individu yang tidak merokok.

Sebagaimana yang kita ketahui, apabila remaja merokok, kebanyakkan daripada mereka akan mempunyai ciri-ciri khusus seperti kulit berlipat, kekuningan dan berkedut dan juga menyebabkan kehitaman kepada gigi. Tambahan pula, kebanyakkan perokok akan mempunyai bau yang kurang menyenangkan.

Fakta ini boleh dikatakan logik kerana jika perokok tahu badannya berbau, mereka akan mengasingkan diri mereka dari orang lain kerana malu dengan bau badan mereka. A B (2013) menyatakan “tiada sesiapa yang mahu berkawan dengan seseorang yang mepunyai rambut berbau dan selalu batuk setiap masa”.

Ayat ini jelas mengatakan bahawa teori yang anti-sosial adalah kesan psikologi dalam kalangan pelajar yang merokok. Sebagai tambahan, berdasarkan pengalaman saya, melihat kawan saya yang merokok, mereka lebih cenderung untuk bersendirian daripada berkumpul dengan orang ramai ataupun kebanyakkan mereka hanya melepak dengan gologan mereka sahaja. Oleh sebab itu, saya setuju yang merokok akan memberi kesan anti-sosial dalam kalangan remaja.

Kemudian, untuk kesan pembentukan gangguan panik, Danise Grady telah menyatakan dalam artikelnya “Anxiety Seen in Teenagers Who Smoke”, ‘remaja yang merokok sekurang-kurangnya 20 batang rokok sehari mempunyai 12 kali risiko untuk menghidap serangan panik dan 5 kali risiko untuk menghasilkan gangguan kegelisahan atau ‘anxiety disorder’ dan ‘agoraphobia’, yang bermaksud takut terhadap ruang yang terbuka yang menyebabkan individu tidak mampu untuk keluar dari rumah mereka.

Dalam keadaan itu, ia juga mungkin mampu memberi kesan yang lebih buruk kepada masalah psikologi remaja. Dalam artikel yang lain yang bertajuk ‘Think Smoking Calms Your Nerves? Think Again’ oleh Salynn Boyles (2000), ‘remaja yang merokok satu bungkus kotak rokok sehari adalah 15 kali cenderung untuk mempunyai gangguan panik’.

Boyles juga menjelaskan merokok dapat menyumbang dalam penghasilan kegelisahan dalam kalangan perokok. Dalam pemerhatian saya, individu yang cuba untuk berhenti merokok lebih kelihatan tenang berbanding yang meneruskan menghisap rokok. Permulaannya, mereka yang cuba untuk berhenti merokok memang akan kelihatan gelisah, akan tetapi selepas sebulan atau lebih, mereka akan kelihatan lebih tenang daripada perokok.

Apabila perokok berasa cemas, mereka akan mencari rokok untuk menghilangkan panik. Berdasarkan fakta ini, jika mereka tidak menghisap rokok, mereka akan menghasilkan gangguan panik oleh mereka sendiri.  Oleh sebab ini, saya bersetuju yang rokok boleh menyebabkan penghasilan gangguan panik dalam kalangan remaja.

Kesan psikologi yang kedua adalah kemurungan. Kemurungan boleh menyebabkan seseorang itu cenderung untuk melakukan bunuh diri dan mudah jatuh sakit. Menurut Mei-chen Hu (2015), orang yang merokok mempunyai kadar yang tinggi dalam penggunaan tembakau yang mana akan menyebabkan seseorang itu mudah jatuh sakit.

Penyataan ini disokong oleh Jae Cooper (2017) di mana beliau menyatakan perokok yang mempunyai kemurungan mungkin akan mudah jatuh sakit kerana disebabkan penggunaan nikotin. Beliau juga menyatakan perokok yang mempunyai masalah kemurungan akan lebih mudah untuk jatuh sakit berbanding perokok yang lain.

Individu yang merokok mempunyai kadar yang lebih tinggi dalam cubaan membunuh diri daripada orang yang tidak merokok yang mana ia juga merupakan salah satu kesan merokok terhadap masalah psikologi kepada remaja. Percubaan bunuh diri yang tinggi adalah kesan merokok kepada psikologi remaja sekiranya remaja menghadapi kemurungan.

Mei-Chen Hu (2015) menulis bahawa “perubahan status penggunaan tembakau memberi kesan ramalan terhadap percubaan bunuh diri. Kegagalan penggunaan tembakau dan permulaan penggunaan tembakau sangat berkaitan dengan cubaan bunuh diri”.

Menurut J Angst dan Clayton (1998) dalam artikelnya ‘Personality, Smoking and Suicide: a Prospective Study’, terdapat kecenderungan dan hubungan antara merokok dan bunuh diri sebagai hasilnya.

Tingkah laku perokok juga berkaitan dengan peningkatan risiko percubaan bunuh diri di masa akan datang. Secara amnya adalah benar bahawa merokok dikaitkan dengan bunuh diri. Namun, tidak ada jaminan bahawa ketika seseorang merokok, dia akan bunuh diri kerana ketagihan nikotin akan memakan masa yang lama untuk menunjukkan keberkesanannya dan perokok juga ada kemungkinan untuk  sembuh.

Akhir sekali, kesan merokok kepada psikologi remaja adalah penyakit mental. Penyakit mental boleh membuat perokok sukar berhenti dan menjadi perokok tegar. Sukar untuk berhenti adalah salah satu kesan merokok kepada penyakit mental psikologi remaja.

Dalam artikel berjudul ‘Smoking and Mental Illness’ yang ditulis oleh Karen Lasser (2000), pasukannya membuat hipotesis bahawa orang yang mempunyai penyakit mental sukar berhenti daripada orang yang tidak mempunyai penyakit mental. Sementara Colleen Shaddox (2019, hal.1) juga menekankan dalam artikelnya bahawa kata Dr Paul Sachs, pengarah Bahagian Kesihatan Stamford Perubatan Pulmonari.

Kadar untuk perokok berhenti adalah rendah untuk semua perokok, akan tetapi lebih rendah lagi bagi orang yang menderita penyakit mental. Di antara populasi umum, kurang daripada 10 peratus perokok akan berjaya berhenti selama enam bulan dalam setiap percubaan tertentu”. Secara jujurnya, saya sangat menghargai pemerhatian Karen Lasser (2000), yang melakukan tinjauan bahawa lebih daripada satu pertiga pesakit dengan sejarah penyakit mental telah berhenti merokok. Ringkasnya, saya rasa remaja yang mempunyai penyakit mental sangat sukar untuk berhenti merokok dan juga mempunyai kadar berhenti yang rendah untuk berhenti merokok.

Kesan seterusnya adalah perokok tegar. Kirsten Weir (2013) telah mengatakan dalam artikelnya bahawa biasanya orang dengan penyakit mental merokok lebih banyak daripada perokok tanpa penyakit mental. Kenyataan ini disokong oleh artikel yang bertajuk Smoking and mental illness’ yang ditulis oleh Karen Lasser (2000), “Orang dengan diagnosis psikiatri sepanjang hayat mempunyai kadar merokok dan merokok lebih tinggi daripada orang yang hanya mempunyai 1 DSM-III- Diagnosis R (P <.001, Rajah 1).

Perokok tegar jarang berlaku pada orang yang tidak mempunyai sejarah penyakit mental; hanya 10% orang tersebut adalah perokok tegar”. Idea ini selanjutnya disokong oleh David Lawrence (2009) “… perokok dengan gangguan jiwa lebih cenderung memenuhi kriteria DSM-IV untuk pergantungan nikotin, dan lebih cenderung merokok”.

Menurut semua pernyataan ini, saya dapat mengatakan benar bahawa orang yang mempunyai penyakit mental selalu mempunyai kadar merokok yang tinggi kerana saya mempunyai rakan yang merokok setiap hari dalam jumlah yang banyak kerana dia mempunyai masalah jiwa.

Kesimpulannya, merokok memberi banyak kesan psikologi terhadap remaja mahupun dewasa. Remaja yang biasanya tertarik untuk merokok cenderung memperlakukannya sebagai salah satu cara untuk menyesuaikan diri dengan masalah mereka. Kegelisahan, kemurungan, penyakit mental adalah antara sebab mereka terlibat dengan kegiatan merokok dan meneruskan hidup dengan merokok walaupun mereka sedar akan keburukan merokok terhadap mental dan fizikal mereka. Otak mereka secara tidak sedar cuba menafikan hakikat bahawa tabiat merokok tidak menolong mereka sedikit pun.

Pada tahun 2009, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menamakan tembakau sebagai penyebab kematian terbesar yang dapat dicegah di dunia. Mereka juga menyatakan bahawa “semua produk tembakau berbahaya dan ketagihan dan semuanya boleh menyebabkan penyakit dan kematian” (2006) dalam artikel mereka ‘Tobacco: Deadly In Any Form Or Disguise’.

Namun demikian, apakah tindakan yang kita boleh lakukan? Antaranya ialah kerajaan haruslah mengenakan hukuman yang berat kepada penjual rokok yang menjual rokok kepada remaja bawah umur, mewajibkan setiap sekolah memberi info kepada pelajar tentang betapa buruknya kesan rokok terhadap mereka, dan menggalakkan pelajar untuk berjumpa kaunselor di sekolah masing-masing jika mereka mempunyai masalah.

Ibubapa juga haruslah memainkan peranan yang penting dalam mencegah kegiatan merokok dalam kalangan anak-anak dengan mengawasi anak-anak dengan siapa mereka berkawan kerana kawan yang baik akan menjamin masa depan yang baik berbanding kawan yang kurang baik.

Sebagai penutup untuk artikel ini, terdapat beberapa persoalan yang saya ingin utarakan antaranya ialah berapa banyak lagi alasan yang ingin mereka berikan untuk terus merokok? Adakah benar-benar bernilai bagi mereka untuk meletakkan hidup mereka dalam talian hanya untuk melihat sekilas kesenangan? Adakah merokok menjadi lebih penting bagi mereka sehingga mereka harus meneruskan kehidupannya? Pilihan di tangan anda. Anda berhak mengubah masa depan anda dengan membuat pilihan yang bijak.

Penulis; Nik Luqman Haqim Bin Nik Asri, Pelajar Tahun 3 Universiti Sains Islam Malaysia(Usim).
RELATED ARTICLES

Most Popular