KISAH MARATHON BERKERUSI RODA – LELAKI INI KONGSIKAN PENGALAMAN MENYERTAI ACARA LARIAN BERKERUSI RODA

0
864

Mampukah anda sertai Marathon sejauh 70KM? Apatah lagi dengan berkerusi roda untuk perjalanan sejauh itu. Mohd Sharifuddin buktikan yang beliau mampu lakukannya walaupun berada di atas kerusi roda.

Kisah ini dikongsikan beliau sendiri dalam laman Facebook yang menjadi inspirasi kepada ramai orang. Sharifuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Din kini menjadikan sukan dan acara marathon sebagai salah satu terapi diri untuk kembali pulih daripada trauma diri disebabkan kemalangan jalan raya pada 2011. Suatu kemalangan yang menyebabkan kakinya terpaksa dipotong dari aras paha ke bawah.

fb_img_15484698175175842894249635312135.jpg

Menceritakan pengalaman awal terbabit dalam acara larian ini, ia bermula pada 2014 yang diinspirasikan oleh dunia OKU di luar negara.

“Idea untuk join acara larian ni bermula pada tahun 2014 terinspirasi daripada dunia orang cacat di luar negara. Hidup mereka seolah2 tiada ‘boundaries’ dan alasan cacat untuk tidak meneruskan saki baki hidup seperti tiada dalam prinsip hidup depa. Tapi kita sebagai muslim apa pun tindakan kita mesti berpaksi pada agama. Buat sesuatu perkara jangan sampai memudaratkan diri dan melupakan matlamat hidup yang sebenar. Untuk menjadikan apa yang kita buat ni lebih bermakna, niat kerana Allah Taala. Moga2 apa yang kita buat beroleh pahala. In Shaa Allah.”

Semangat beliau bermarathon turut disokong oleh rakan-rakan yang menjadi penyumbang untuk beliau meneruskan acara ini. Ya! Pada mulanya perasaan malu-malu dan takut tersebut tetap ada kerana ia berbeza dari orang lain yang berlari dengan kaki yang sempurna tetapi Din berlari dengan kerusi roda.

“Mula2 macam malu nak buat sebab takut aku ni menyemak ja dalam acara orang. Maklum la awak ni kan kenderaan berat dan pelik daripada orang lain… ‘Kaki dia kat mana’ haha” – Ujar beliau dia laman facebooknya

Aktiviti marathon beliau sekadar suka-suka pada awalnya. Ia bermula Fun Run 5km. Seterusnya meningkat kepada 7km, 10km, 12km, 15km, 21km, 30km, 42km, 45km, 50km. Namun yang paling jauh pernah beliau lakukan adalah Marathon sejauh 70km (yang dibantu oleh sahabat2 larian yang lain).

Tahun 2018, beliau telah menamatkan beberapa acara marathon dengan begitu bergaya sekali iaitu:

  1. HSN HILL RUN 2018 7KM
  2. Pink October Fun Run 5km
  3. Standard Chartered KL Marathon 10km
  4. Shah Alam Half Marathon 21km
  5. Perlis Marathon 2018 42km
  6. Hulu Langat Marathon 2018 42km
  7. Watergate 16 Hours 2018 50km
  8. Fraser Ultra 70km

Namun disebalik acara marathon yang disertai ini, banyak juga pengalaman suka dan duka yang mewarnai kehidupan beliau. Pengalaman paling penting yang dikongsikan beliau adalah setiap acara yang beliau sertai telah menaikkan semangat dan keyakinan diri beliau. Kalau orang lain boleh kenapa beliau tak boleh.
Akan tetapi ada juga pengalaman yang sedih diceritakan beliau;

“Setiap acara larian punya keistimewaan yang tersendiri. Pernah suatu ketika dulu dapat t shir event ‘cokia’, dah habis lari tak dapat medal, lari-lari bila sampai Water Station makanan/ air tinggal yang balance2 ja tapi semua tu tak ada masalah sebab matlamat nya ‘Saya just nak enjoy saja dengan larian tersebut’. Biasa2 la tu problem sikit2 nak2 organizer yang kurang berpengalaman atau pun yang tak belajar daripada pengalaman yang lepas2. Pilihan di tangan anda ok. “

fb_img_15484699103802288284693379390148.jpg

Semangat dan keazamanan yang ditunjukkan beliau telah memberi inspirasi kepada ramai orang termasuk dari golongan OKU sendiri yang sudah menunjukkan minat untuk menyertai aktiviti larian ini samaada dari utara, selatan atau pantai timur tanah air.

Untuk target 2019, beliau akan terus menyertai acara-acara larian sebegini. Azam beliau untuk menjadikan acara sukan sebegini sebagai hobi yang menyihatkan
“In shaa Allah selagi kudrat ada dan diberikan Allah kesihatan yang baik… acara larian dengan berkerusi roda ni akan diteruskan. Banyak lagi untuk aku explore dalam bidang ni. Mana tau boleh cuba2 bidang Tri kaaa…. hahaha”

fb_img_15484699996916203028048977159191.jpg

Semoga Din terus maju ke hadapan dengan memberi inspirasi kepada orang diluar sana.

Follow dan like page THE INSPIRASI untuk lebih banyak video, gambar dan kisah-kisah menarik