Saturday, October 5, 2024
HomeKehidupanLebih 10 Tahun Merantau dan Mengenali Islam, Akhirnya Lelaki Ini Mengucap Di...

Lebih 10 Tahun Merantau dan Mengenali Islam, Akhirnya Lelaki Ini Mengucap Di Hadapan Ustaz Ebit Lew

Tiada ungkapan yang lebih indah melainkan ucapan Alhamdulillah yang diiringi sebak dan tangisan apabila seorang kontraktor dari Australia melafazkan Syahadah di hadapan Ustaz Ebit Lew. 

Lelaki yang merupakan kontraktor besar itu selalu merantau ke seluruh dunia untuk tugasnya. Beliau juga sudah berada 10 tahun di Malaysia dan selalu travel untuk kerjanya. 

Ustaz Ebit Lew memeluk lelaki yang mengucap syahadah di depannya
Sebaik mengucapkan syahadah, Ustaz Ebit Lew memeluk lelaki tersebut. Tiada ungkapan yang lebih indah melainkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar


Walaupun sibuk dengan kerjaya, namun tidak menjadi alasan buatnya untuk membaca dan mengkaji tentang Islam. 

Menurut Ustaz Ebit Liew dalam Instagramnya, lelaki ini agak terkejut hanya dengan lafaz syahadah sudah boleh memeluk Islam. Pada pemikirannya, nak masuk islam ni susah, nak kena buat itu dan ini. Tapi tak sangka, hanya dengan lafaz syahadah boleh menjadi seorang Muslim di mana-mana sahaja. 

Pada minggu hadapan Ustaz Ebit Lew akan membantu lelaki ini untuk urusan pendaftaran dan kelas pengajian fardhu ain bagi individu yang baru memeluk Islam. 

Sebenarnya, lelaki ini sudah lama ingin bertemu dengan Ustaz Ebit Lew, namun atas kesibukan masing-masing, keadaan tersebut tidak mengizinkan. 

Tetapi pada hari Sabtu 4 Januari 2020, dengan takdir Allah lelaki ini akhirnya dapat bertemu dan mengucapkan syahadah di hadapan Ustaz Ebit Lew. 

Lelaki ini juga menanamkan azam untuk pergi Haji pada suatu hari nanti di samping mempelajari perkara asas yang lain seperti solat dan sebagainya. 

Sebagai makluman, Ustaz Ebit Lew aktif  dalam menjalankan kegiatan dakwah dan seringkali turun ke jalanan bagi mengajak masyarakat untuk mengikut ajaran Islam yang sebenar. 

Beliau juga aktif dalam menjalankan seminar kekeluargaan dengan tema #KeluargaSunnah. Program terbaharu yang akan dijalankan adalah pada  9 Februari 2020. 

Poster Keluarga Sunnah Ustaz Ebit Lew
Poster Keluarga Sunnah #perbaikidiri2020 yang akan dijalankan pada 9 Februari 2020 di MAEPS Serdang

Maklumat lanjut mengenai aktiviti Ustaz Ebit Lew boleh layari laman sesawang:

http://www.transformjiwa.com

http://www.keluargasunnah.com

RELATED ARTICLES

Percaturan Hidup

Doa Ibu

Mencari Mood?

Most Popular