Thursday, March 28, 2024
HomeSemasaLebih 20k Retweet, Wanita Ini Kongsikan Cabaran Menabung RM20 Sehingga Mencecah Ribuan...

Lebih 20k Retweet, Wanita Ini Kongsikan Cabaran Menabung RM20 Sehingga Mencecah Ribuan Ringgit

Menabung memerlukan disiplin yang kuat agar kita tidak gunakan wang tabungan sewenang untuk perkara yang tidak penting. 

Ramai yang memberi alasan duit gaji tidak cukup, ada hutang yang perlu diselesaikan dan sebagainya. Akhirnya aktiviti menabung sukar dilaksanakan untuk simpanan masa kecemasan atau ketika masa tua. 

Namun begitu, bagi wanita ini menabung bukanlah sesuatu yang mustahil apatah lagi dengan nilai yang agak besar iaitu mengumpul wang RM20 sehingga mencecah Ribuan Ringgit. 

Seorang pengguna Twitter yang bernama Mimie Rahman @mimierhmn berkongsi teknik #RM20Challenge sehingga berjaya

Cabaran Yang Sangat Susah

Wanita ini mengakui untuk menyimpan nota wang RM20 dalam poket memang agak susah. Kadang-kadang dia terpaksa gunakan hampir separuh untuk kegunaan kecemasan. 

Jadi bagi menyelesaikan masalah ini, beliau mencadangkan agar abaikan kewujudan RM20 atau RM5 dalam kocek kerana wang ini jarang digunakan berbanding wang RM1 dan RM10. 

Tapi kalau nak simpan dengan menggunakan wang nota RM50 atau RM100 mesti rasa tak mampu sebab nilainya agak tinggi. Sudah pasti ini agak sukar dilakukan. 

Bagaimana Nak Simpan Secara Konsisten? 

Untuk setiap nota RM20 yang anda ada, abaikan kewujudannya. Macam buat-buat tak tahu wang RM20 tu ada dalam kocek. Letakkan di tempat yang lain dan tak perlu nak gulung wang tersebut kerana nanti duit tersebut akan rosak. 

Dalam pada itu, cuba elak untuk keluarkan duit daripada mesin ATM yang mengeluarkan RM20 kerana nanti kita akan gunakannya. Hanya perlu gunakan wang tersebut di saat kecemasan sahaja seperti untuk telefon hilang, untuk sambung belajar dan sebagainya. 

Jangan sesekali gunakan wang ini untuk kegunaan makanan walaupun sengkek mana sekalipun kerana ia akan menjadi satu tabiat yang berulang-ulang. Memang agak susah tetapi kalau tak amalkan cara ini sudah pasti anda tidak dapat menyimpan secara konsisten. 

Usaha Yang Memerlukan Kesungguhan

Memang nak menyimpan secara konsisten dengan nota RM20 agak susah apatah lagi dengan status B40. Apa yang beliau kumpulkan tersebut melalui usaha 2 orang.

Apatah lagi apabila mencecah umur 30 dan tidak mempunyai akaun simpanan sendiri sudah pasti perkara ini perlu dilakukan juga.

Kalau boleh elak keluar RM20 daripada mesin ATM kerana ia akan menjadi penyesalan dan putus asa untuk menyimpan secara konsisten. 

Sekiranya agak susah untuk menyimpan dengan RM20, boleh cuba cara yang lebih ringan dan mudah iaitu dengan menggunakan nota RM 5. 

Dalam pada itu warga maya lain turut berkongsi cabaran mereka dalam menabung. 


Tough pada mula-mula, tapi akan jadi kebiasaan kalau berjaya lakukan

Berjaya kumpulkan RM500 dalam masa 2 bulan, guna plastik boxer sahaja

Hasil simpanan 1 semester

Hasil Simpanan 1 Tahun

BACA JUGA: 10 Tempat Makan Popular Pantai Dalam

BACA JUGA: Tempat Makan Best Di Bangsar Yang Boleh Anda Nikmati

RELATED ARTICLES

Most Popular