Wednesday, July 24, 2024
HomeSetempat10 Tempat Makan Popular Pantai Dalam

10 Tempat Makan Popular Pantai Dalam

Pantai Dalam ialah sebuah kawasan perumahan yang terletak di barat daya Kuala Lumpur. Ia bersempadan dengan Petaling Jaya dan berhampiran dengan Bangsar serta Jalan Klang Lama.

Pantai Dalam terdiri daripada beberapa kawasan perumahan yang membentuk populasi secara keseluruhan seperti The Park Residences, Pantai Hillpark, Kampung Pantai, PPR Sri Pantai, PPR Pantai Ria, PPR Sri Cempaka, PPR Kerinchi, Desa Aman 1 & 2, Pantai Murni, Pantai Permai, Taman Bukit Angkasa, Pantai Baru, Kampung Pasir, Taman Pantai Dalam, Taman Pantai Indah, PPR Kampung Limau dan lain-lain lagi.

Namun apa yang menariknya, Pantai Dalam terkenal dengan beberapa restoran atau warung popular yang menjadi pilihan ramai samaada yang menerima kunjungan penduduk setempat ataupun beberapa orang luar yang singgah di kawasan tersebut.

Ini 10 senarai restoran yang popular di kawasan Pantai Dalam:

1. D’Naim Nasi Kukus

Restoran D’Naim Nasi Kukus yang terletak di Jalan Pantai Dalam

D’Naim Nasi Kukus terletak di Jalan Pantai Dalam berdekatan dengan Stesen Komuter Pantai Dalam.

Di asaskan sejak tahun 2004, menu utama di sini sudah tentunya Nasi Kukus Ayam berempah yang di masak panas untuk dihidangkan kepada pelanggan. Namun anda juga boleh menikmati hidangan istimewa di sini iaitu Nasi Kukus Ayam Dara dengan papadom.

Ayam Goreng Berempah dan Nasi Kukus D Naim

Masa Operasi:  11.30 pagi hingga 11.30 Malam
Alamat: Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur
Menu Utama: Nasi Kukus Ayam Berempah

Untuk maklumat lanjut, lawati Facebook D’Naim Nasi Kukus

2. Restoran Nasi Ayam Pak Yop TipTop

Restoran Nasi Ayam Pak Yop TipTop Yang Terletak di Pantai Dalam

Restoran ini di asaskan sejak 16 Tahun dahulu. Pada asalnya restoran ini hanyalah sebuah warung kecil yang beratapkan rumbia di tepi jalan simpang tiga di kawasan Taman Bukit Angkasa. Namun ia berpindah ke lokasi baru di Jalan Pantai Permai pada 2010.

Restoran Pak Yop pernah mendapat liputan dari media tempatan seperti Harian Metro, Pimadona Astro, Nasi Lemak Kopi O TV9, Radio KLFM, Majalah Wanita dan juga melalui media-media sosial.

Ia dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga jam 2 pagi.

Menu Utama di sini ialah Nasi Ayam Sambal meleleh, Nasi briyani Batu Pahat, Sup power Juara, Coconut Shake, Mangga Pelam Shake.

Menu Pak Yop Tip Top - Nasi Ayam


Namun untuk sarapan pagi, Pak Ayop menyediakan pelbagai jenis Roti Canai, Lontong Kering dan Basah, Kuih Muih dan Nasi Lemak Pelbagai Lauk .

Sementara untuk makanan tengah hari, menu utama pilihan adalah; Nasi ayam Paling tip top, Nasi briyani merecikk, Bihun Sup PELBAGAI, Soto Nasi, Sup Ekor, Sup Tulang, Sup Perut, Sup Power Special der, mee celup, pulut mangga, pelbagai kerabu, charkueyteow.

BACA JUGA: 8 Restoran Nasi Kandar Best di KL Yang Pasti Menjilat Jari

Manakala untuk makan malam, terdapat Special Western Food, Masakan Thai dan Nasi briyani .

Restoran ini juga mempunyai cawangan keduanya yang terletak berhampiran dengan restoran Utama iaitu di laman Bazaria (GM07 Bazaria Lembah Pantai .)
Untuk tempahan sila telefon 0322424119 / 0172210266 AJA .

Masa Operasi: 7 pagi hingga 2 pagi (tengah malam)
Alamat: Jalan Pantai Permai 1
Menu Utama: Nasi Ayam

Untuk maklumat lanjut, lawati Facebook Pak Yop Tip Top

3. Restoran Anis Puteri Gulai Kawah

Restoran Anis Puteri  Yang Terletak di Pantai Dalam

Restoran Anis Puteri adalah sebuah Restoran yang berkonsepkan masakan kampung versi Kelantan. Restoran ini menerima kunjungan penduduk sekitar mahupun orang luar yang berdekatan.

Gulai kawah di sini adalah tarikan utama selain daripada menu-menu kampung yang lain seperti ikan bakar, ayam percik, aneka kerabu yang dimakan beserta ulam-ulaman yang segar. Selain itu terdapat juga pemanis mulut atau kuih muih yang disediakan antaranya akok, kuih seri mandi, kuih bakar, butir nako dan sebagainya.

Untuk suasana tempat makan, anda boleh memilih untuk berada di kawasan berhawa dingin atau tempat terbuka.

Gulai Kawah, Budu, Ikan Bakar, Lauk Pauk DI Anis Puteri Pantai Dalam

Parking di sini agak terhad ketika waktu kemuncak. Anda dinasihatkan untuk hadir awal sekitar 11.30 pagi bagi mendapat parking yang mudah atau berkongsi kereta sekiranya hadir secara berkumpulan.

Restoran ini juga pernah mendapat liputan Jalan-jalan cari makan suatu masa dahulu.

Masa beroperasi:.7 Pagi- 6 petang
Alamat:.Jalan Pantai Dalam
Menu Utama: Gulai kawah dan lauk pauk

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Restoran Anis Puteri Gulai Kawah

4. Kak Nik Ikan Patin “Kak Nik Patin House”

Restoran Kak Nik Ikan Patin Di Pantai Dalam

Jika anda rindukan masakan tempoyak Ikan Patin Sungai Pahang, Restoran Kak Nik Ikan Patin adalah pilihan utama anda. Terletak berhampiran dengan Masjid Khadijiah Pantai Dalam atau bersebelahan Lebuhraya NPE, restoran ini dibuka sampai Malam.

Ada dua pilihan jenis ikan patin di sini iaitu ikan patin sangkar ataupun ikan patin liar. Selain hidangan masak tempoyak, anda juga mempunyai pilihan masakan lain seperti masak pais, masak pedas, masak lemak dan goreng kunyit.

Selain itu juga terdapat lauk-pauk kampung lain yang dilengkapi dengan ulam-ulaman yang pelbagai. Juga terdapat hidangan udang galah dan juga ikan air tawar yang lain seperti ikan baung, ikan kerai,ikan talapia dan lain-lain.

Ikan Patin, Udang Galah, Lala, Ulam, Ikan Kerai Kak Nik Ikan Patin

Masa beroperasi:.11 Pagi- 11 Malam
Alamat:. Lot 28349 Jalan Masjid Kg Pantai Dalam
Menu Utama: Ikan Patin Masak Tempoyak

Untuk maklumat lanjut, layari FB Kak Nik Patin House

5. Ayam Golek Lima Bintang

Ayam Golek Lima Bintang Pantai Dalam


Restoran Ayam Golek Lima Bintang merupakan antara tempat pilihan jika singgah di Pantai Dalam. Ia terletak di Jalan Pantai Dalam menuju ke Taman Gasing Indah jika anda datang dari arah Stesen Komuter Pantai Dalam.

Hidangan ayam di sini dimasak secara panas yang di“golek”. Ayamnya diperap secukup rasa bersama rempah ratus istimewa.

Pilihan hidangan ayam golek boleh diperolehi dengan harga seekor ayam ataupun dengan harga set untuk 2 orang makan, 4 orang, 8 orang atau 10 orang. Ia disertakan bersama nasi dan sos pencicah yang istimewa.

Menu Ayam Golek 5 Bintang

Selain itu juga, restoran ini menyediakn masakan laut “seafood” dan tomyam kepada para pelanggan mereka.

Masa beroperasi: 11.00 Pagi- 12.00 Tengah Malam
Alamat:. Jalan Pantai Dalam
Menu Utama: Ayam Golek

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Ayam Golek Lima Bintang 

6. Ana Sri Jala

Warung Ana Sri Jala Yang Terletak di Pantai Dalam


Warung ini menjadi antara tumpuan untuk bersarapan pagi. Hidangan roti jala hadir bersama dengan dua keping roti beserta sambal dan kari.

Ia terletak di Jalan Pantai Permai 3 iaitu di kawasan tapak pasar malam Pantai Dalam berhampiran dengan PPR Kerinchi Blok B.

Selain hidangan roti jala, Warung ini juga menyediakan nasi lemak bungkus, nasi berlauk, kuih muih, roti bakar, roti kukus dan telur separuh masak.

Masa beroperasi: 6.30 Pagi – 12.00 tengahari
Alamat:. Jalan Pantai Permai 3
Menu Utama: Roti Jala, telur separuh masak

Untuk maklumat lanjut sila layari Facebook Ana Sri Jala

7. Laman Aiman Sup Herba

Restoran Laman Aiman Sup Herba yang terletak di Pantai Dalam


Laman Aiman Sup herba terletak di kawasan Bazaria Pantai iaitu berhampiran dengan Perpustakaan 1 Malaysia Lembah Pantai dan PPR Kerinchi Block A.

Restoran ini menyediakan pelbagai jenis masakan. Namun menu utamanya adalah aneka jenis sup seperti sup daging, sup perut, sup ayam, sup tulang, sup gearbox dan sebagainya.

Selain itu juga, antara hidangan yang disediakan di sini adalah nasi ayam, masakan panas, aneka jenis tomyam dan western food.

Sup Gear Box, Sup Perut, Sup Daging, Nasi Goreng, Tomyam di Laman Aiman Sup Herba

Restoran ini menjadi tumpuan orang ramai pada waktu makan tengahari dan makan malam.

Masa beroperasi: 11.00 Pagi- 12.00 tengahmalam
Alamat:. Bazaria, Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam,
Menu Utama: Aneka Jenis Sup

8. Roti Canai Pak Ali

Roti Canai Pak Ali yang terletak di Pantai Dalam


Warung Pak Ali terkenal sebagai Roti Canai Tsunami. Ia terletak di kawasan perumahan Pantai Permai berhampiran dengan Petronas Pantai Dalam.

Warung ini terkenal dengan roti Roti canai Tsunami, iaitu berkonsepkan roti banjir yang ditambah dengan 2 biji telur separuh masak antaranya.. Antara pelanggan-pelangan yang datang menikmati sarapan di sini terdiri daripada pelajar UM dan penduduk berdekatan.

Roti Canai Tsunami Pak ali pernah viral suatu masa dahulu di media-media sosial dan media tempatan. Rotinya memang sedap, gebu dan lembut. Disajikan bersama kuah yang enak.

Roti Tsunami Pak Ali pasti membuatkan anda datang berulang kali ke sini

Untuk sarapan pagi, memang sesuai singgah sebentar di Roti Canai Pak Ali.

Masa beroperasi: 07:00 Pagi- 11.00 Pagi
Alamat: Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam,
Menu Utama: Roti Canai Tsunami

Untuk maklumat lanjut sila layari Facebook  Ali Roti Canai Tsunami

9. Eyes Steak Pantai Dalam

Eyes Steak Pantai Dalam yang terletak di Bazaria


Outlet Eyes Steak telah beroperasi sejak Februari 2015 di Bazaria Pantai Dalam. Ia dikendalikan oleh anak muda yang bernama Ayie.

Berkonsepkan Western Food, harga untuk hidangan di sini sangatlah berbaloi iaitu bermula dari harga RM5.90 sehingga RM26.90 mengikut jenis menu.

Menu istimewa di sini adalah Agrio Olio Pasta Prawn, T-Bone Steak dan Chicken Chop yang disajikan dengan kuah atau sos yang istimewa.

Selain Steak, Pasta, Burger, ada juga Carbonara, Bolognis, Lambchop, Chicken Chop, di Eyes Steak Pantai Dalam

Mereka beroperasi pada setiap hari kecuali pada hari Isnin dari jam 6 petang sehingga 12 malam.

Masa beroperasi: 06:00 Petang- 12.00 Tengahmalam
Alamat:. Bazaria, Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam,
Menu Utama: Steak, Pasta, Burger

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi sila layari laman sosial Facebook dan Instagram mereka.

10. Pak Kasim Asam Pedas Melaka

Restoran Pak Kasim Asam Pedas Melaka yang terletak di Pantai Dalam

Warung Pak Kasim Asam Pedas Melaka terletak di Jalan Pantai Murni 3 iaitu bersebelahan dengan Restoran Pak Ayop Tip Top. Pak Kasim menyediakan makan tengah hari dengan harga yang berpatutan.

Lebih daripada 40 jenis lauk disediakan termasuk ikan bakar dan pelbagai jenis ikan asam pedas.

Menu Utama Pak Kasim Adalah Asam Pedas yang padu

Masa beroperasi: 11:00 Pagi- 2.00 Petang (Isnin- Sabtu, Ahad tutup)
Alamat:  Jalan Pantai Murni 3
Menu Utama: Asam Pedas dan Ikan Bakar

Untuk maklumat lanjut sila hubungi layari Facebook Pak Kassim Asam Pedas Melaka


BACA JUGA: 5 Tempat Makan di Bangsar Yang best Yang Perlu Anda Try

BACA JUGA: Cara Mudah Install Keyboard Jawi Pada Telefon Pintar


Jom Like Page THE INSPIRASI untuk kisah-kisah inspirasi masyarakat dan pelbagai perkongsian tips serta panduan.

RELATED ARTICLES

Most Popular