Saya terbaca luahan ini di Instagram dari rakan negara Seberang.
“Bagaimana negara berlumba-lumba membangunkan tempat ibadah yang megah tapi tercicir membangunkan jiwa kemanusiaan.”
Seorang rakan mengadu didiskriminasi oleh petugas masjid yang tidak membenarkan beliau memasuki kawasan solat masjid dengan alasan roda yang tidak suci dan sebagainya.
Sebagai seorang OKU fizikal, kerusi roda ibarat kakinya. “Apakah perlu mengesot, merangkak dan berguling bagi menemui tuhannya?” – itu antara apa yang diluahkannya.
Mahalnya harga ibadah untuk OKU.