Friday, October 4, 2024
HomeKehidupan"Mama Kenapa Roti Nie Rasa Lain, Macam Masam"

“Mama Kenapa Roti Nie Rasa Lain, Macam Masam”

Waktu pagi adalah waktu paling sibuk bagi ibu-ibu yang mempunyai anak yang masih bersekolah. Waktu pagi juga ibu-ibu boleh bertukar menjadi dinasor sekiranya anak-anak lambat bangun untuk persiapan sekolah. 

Keadaan akan jadi lebih kelam kabut sekiranya si ibu terlewat bangun disebabkan terlalu letih ataupun tak sedar bunyi alarm. 

Bila keadaan menjadi kelam kabut, kadang-kadang penyediaan sarapan pagi menjadi tidak teratur buat anak-anak. Contohnya nasi goreng terlupa letak garam, air teh terlupa letak gula dan macam-macam lagi.

Bagi seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama Ayusofea D Butiq beliau menceritakan detik lucu apabila tersalah letak asam jawa pada roti. Ini disebabkan waktu yang suntuk untuk anak pergi sekolah, maka hidangan roti bakar dengan kaya adalah pilihan cepat dan terbaik. Janji perut kenyang. 

Namun lain pula yang jadinya, apabila beliau tengah pakai telekong dan bersiap untuk solat subuh, tiba-tiba anak menjerit:

“Mama kenapa roti nie rasa lain mcm masam …” 

Si ibu yang kelam kabut tersebut terus membebel:

“makan jelah dah lambat..kejap lagi nak pegi sekolah ..” 

Maka si anak yang baik hati ni pun makanlah tanpa banyak soal, tapi ya roti tersebut tak habis dimakan. 

Selepas hantar anak ke sekolah, si ibu tadi rehat sebentar di meja dan terpandang roti yang tak habis dimakan oleh anaknya dan terus masukkan ke dalam mulut. 

“Zupp terus terasa di anak tekak ..asal masam nie .. baru dia sedar yg di sapu kat roti tu asam jawa ?.. terbayang wajah anak2….ya allah kesiannya mereka..” 

Jadi, si ibu ni berpesan jangan semua benda nak harapkan mak, kalau boleh belajar juga berdikari. Begitu juga kepada si ayah-ayah kena juga tolong isteri, jangan pentingkan diri sendiri. 

*cerita ini adalah olahan semula daripada kisah yang dipetik dalam group Masak APa Hari ni.. (MAHN)

RELATED ARTICLES

Percaturan Hidup

Doa Ibu

Mencari Mood?

Most Popular