Sunday, September 25, 2022
HomeArtikelMenara Merdeka 118, Inspirasi Laungan Merdeka 1957

Menara Merdeka 118, Inspirasi Laungan Merdeka 1957

Menara Merdeka 118 | Jika anda perasan, di Kuala Lumpur sekarang ini terdapat satu bangunan tinggi yang sedang dibina sekarang ini. 

Ia berwarna biru dengan bentuk kristal cantik yang sedang menjulang naik sedikit demi sedikit.

Apabila ia siap pada 2021, bangunan ini akan lebih tinggi daripada Menara Kuala Lumpur, KLCC dan Menara TRX. 

Bahkan ia juga akan menjadi bangunan ke-2 tertinggi di dunia selepas Burj al-Khalifah di Dubai. 

Bangunan atau Menara  yang diberi nama Merdeka 118 ini dikenali juga sebagai sebagai PNB 118. Ia dimiliki dan dibangunkan oleh syarikat pengurusan aset terbesar negara kita, PNB (Permodalan Nasional Berhad). 

Angka 118 adalah merujuk kepada jumlah tingkat menara ini. Manakala nama Merdeka mungkin merujuk kepada lokasinya yang bersebelahan dengan Stadium Merdeka di Kuala Lumpur. 

Reka Bentuk Daripada Inspirasi Laungan Merdeka Tuanku Abdul Rahman 

Namun apa yang lebih menarik perhatian adalah struktur dan reka bentuknya yang diinspirasikan daripada imej bersejarah negara iaitu laungan Merdeka oleh Perdana Menteri Malaysia pertama Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj. 

Image
Kredit Photo: SkyscrapersMY

Oleh yang demikian, reka bentuk pada tiang di atas menara ini adalah berdasarkan imej tangan pada laungan merdeka  Tuanku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957. Menarik bukan? 

Jadi memang sesuai menara ini diberi nama “Merdeka” berdasarkan lokasinya dan berdasarkan reka bentuknya. 

Apabila ia siap nanti, menara ini akan terdiri daripada 3 bahagian iaitu pejabat , hotel dan anjung tinjau.

Image
Kredit Photo: SkyscrapersMY

Pejabat terdiri daripada 83 tingkat, hotel pula sebanyak 17 tingkat, manakala 18 tingkat selebihnya untuk ameniti seperti anjung tinjau, sky lobby, restoran, ruang VIP dan lain-lain 

Apa yang akan membuatkan anda teruja adalah pada bahagian anjung tinjuanya. 

Untuk naik ke bahagian anjung tinjau tersebut, kita perlu menggunakan lif panel kaca yang boleh nampak pemandangan KL yang indah di luar. 

Ketinggian Bangunan Mencapai Tahap Megatall

Kredit Photo: SkyscrapersMY

Apabila “Merdeka 118” yang dijangka siap dibina dan dibuka pada  tahun 2021,ketinggiannya akan mencapai 635 meter bahkan dianggarkan lebih daripada 635 metter.

Ini menjadikannya sebagai bangunan tertinggi di Malaysia, tertinggi di Asia Tenggara & kedua tertinggi di Dunia selepas Burj al-Khalifah. 

Ia juga akan mencapai tahap menara ‘megatall’ yang merujuk kepada bangunan melebihi 600 meter. 

Setakat ini, belum ada lagi mana-mana bangunan atau menara di Malaysia ataupun di Asia Tenggara yang melepasi tahap Megatall. 

Hanya tiga bangunan yang melepasi tahap Megatall dunia setakat ini iaitu;

1. Burj Khalifa – 828m

2. Menara Shanghai – 632m

3. Menara Jam Mekah – 601m

Merdeka 118 bakal  merangkul gelaran tersebut  apabila siap kelak dengan ketinggian 635 meter (anggaran setakat ini)

Jadi sebagai rakyat Malaysia kita patut berbangga dengan menara yang akan siap ini. 

Bukan hanya pada ketinggiannya sahaja tetapi pada namanya “Merdeka” dan reka bentuk “laungan tangan merdeka” pada tiang di atas menara ini. 

Kredit kepada Twitter “SkyscrapersMY

Baca tread penuh maklumat Menara Merdeka 118 ini dan jangan lupa follow di Twitter untuk info dan maklumat yang menarik.


Kenali juga siapa tokoh kemajuan Kuala Lumpur yang hampir dilupakan ini.


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular