Saturday, March 29, 2025
HomeKehidupanMencari Mood?

Mencari Mood?

Pernahkah anda mendengar ada orang apabila ditanya, “Apakah perasaan sekarang?”. Ada yang menjawab “Tak da mood la”. Adakah perkataan mood itu wujud dalam Kamus? Jika kita mencari melalui Google, mood itu sinonim dengan murung, tidak ceria dan tidak seronok. Jadi apabila seseorang itu berkata dia tiada mood, maksudnya dia berada dalam kondisi yang emosi, tidak tenang, malah boleh jadi dia sedang marah. Begitukah? Orang yang tiada mood biasanya mukanya masam, sukar tersenyum dan suka termenung.

Lantas, mengapa pula kita mencari mood? Saya rasa mood dalam konteks ini bermaksud semangat atau stimulus untuk menjalani kehidupan seharian. Ada banyak faktor mood tiada, mood hilang dan mood tidak cukup bertenaga.

Mungkin alasannya kita baru disuntik booster, jadi kesihatan yang terganggu membuatkan kita tiada mood, ataupun kita dimarahi majikan menyebabkan mood kita hilang entah ke mana, juga kita berdepan masalah kewangan, membuatkan kehidupan seharian kita tawar, tidak menarik dan dirasakan sia-sia.

Ketepikan alasan-alasan itu…Apa yang lebih penting wajarkah kita mementingkan mood? Nikmat hidup, diberi nyawa, masih bernafas sudah cukup besar buat kita. Jadi mengapakah kita selalu tiada mood? Allah sebaik-baik perancang untuk kita. Dia masih berikan kita peluang menghirup udara di dunia ini. Kita masih sihat, ada keluarga, ada tempat tinggal tetapi kita masih tiada mood? Hamba yang bagaimanakah kita ini?

Namun saya percaya ada kalanya kita tiada mood atas pelbagai asbab dan musabab. Inilah masa kita diuji. Mampukah kita menghargai nikmat hidup yang Allah berikan? Kita tetap gagahi melangkah, menjalani hidup ini dengan penuh rasa syukur. Mood kita untuk mensyukuri nikmat hidup selalu ada. Kita bangkit melawan aura-aura negatif. Kita isi kehidupan dengan penuh mood, ceria dan syukur. Mampukah kita?

Apa yang ingin diketengahkan ialah kita ini manusia kerdil, lemah dan banyak kekurangan. Namun nikmat hidup seharusnya menjadikan kita hamba Allah yang kuat, tabah dan cekal meniti hari-hari mendatang yang penuh onak dan duri .

Live the life to the fullest!

RELATED ARTICLES

Percaturan Hidup

Doa Ibu

Konsep Rezeki

Most Popular