Sunday, September 29, 2024
HomeArtikelMengatasi Masalah Perasaan Tidak Yakin Dengan Penampilan Diri: Mengetahui Ciptaan Allah Itu...

Mengatasi Masalah Perasaan Tidak Yakin Dengan Penampilan Diri: Mengetahui Ciptaan Allah Itu Sempurna

Dari zaman awal umat manusia, bermula dengan penciptaan Adam dan Hawa, tamadun manusia terus berkembang sehingga jumlah berbilion manusia. Penciptaan manusia berlaku daripada kelangsungan hidup dan pembiakan manusia. Manusia yang terdiri daripada dua jantina, lelaki dan perempuan, mempunyai sel pembiakan khusus mereka yang disebut sperma dan ovum.

Daripada persenyawaan antara sperma dan ovum, kedua sel bergabung menjadi sel zigot yang mengandungi 23 pasangan kromosom dari setiap ibu bapa dan berkembang menjadi embrio, janin dan akhirnya menjadi bayi.

Jantina bayi dapat ditentukan secara biologi dengan adanya kromosom Y. Sekiranya kromosom ‘Y’ wujud, jantina bayi adalah lelaki. Ini bermaksud bahawa jantina atau jantina bayi ditentukan sepenuhnya oleh bapa. Sekiranya bayi menerima kromosom ‘X’ dari bapa, kromosom seks XX telah berlaku sehingga bayi perempuan akan dilahirkan.

Ini telah disebutkan dalam al-Qur’an melalui Surah An-Najm ayat 45yang bermaksud;
                        “Dan bahawa Dia menciptakan dua pasangan (lelaki dan wanita)”.

Dalam ayat ini, Allah telah menyebut mengenai jantina manusia sama ada lelaki atau wanita, dan ia berasal dari sperma yang dikeluarkan oleh manusia. Proses penentuan jantina atau jantina berlaku secara rawak semasa proses persenyawaan yang mempunyai ½ kebarangkalian menjadi lelaki atau perempuan.

Fakta menarik mengenai sperma adalah terdapat kira-kira 250 juta sel sperma yang dilepaskan, dan hanya 1 per 250 juta daripadanya yang akan menang dengan melalui rintangan dan akhirnya menyuburkan telur (ovum).

Dalam Surah Abasa dalam ayat 18-19 Allah berfirman yang bermaksud;

“Dari bahan apa dia? Dari penurunan sperma, Dia menciptakannya dan menakdirkannya”.

Ayat di atas membuktikan lebih lanjut mengenai proses penciptaan manusia yang berasal daripada ‘sperma-drop’. Itu bermakna hanya satu sperma yang akan menyuburkan telur, bukan keseluruhan sperma yang dilepaskan. Kebarangkalian kejayaan membuahi telur hanya 1 per 250 juta.

Namun, kemungkinan pembuahan berlaku juga dipengaruhi oleh faktor lain seperti kesuburan ibu bapa, kesihatan tubuh, faktor usia, dan lain-lain. Kita semua tahu bahawa anak-anak adalah pewaris sifat ibu bapa mereka. Jadi, genetik ibu bapa juga penting dalam menentukan ciri-ciri anak, warna kulit sama ada cantik atau gelap, jenis rambut sama ada kerinting atau lurus, bentuk badan sama ada kurus atau berisi, tinggi, atau pendek.

Perkara-perkara ini bukanlah sesuatu yang boleh kita pilih. Semuanya bergantung pada genetik yang merangkumi gen yang diberikan kepada anda oleh ibu bapa, datuk dan nenek anda dan sebagainya. Oleh itu, kita mesti belajar mencintai sifat genetik kita kerana ianya penting bagi kita supaya menghargai dan menerima diri seadanya.

Firman Allah dalam Surah At-Tin ayat 4 yang bermaksud;

“Kami pasti telah mencipta manusia dengan kedudukan terbaik”.

Ayat di atas membuktikan manusia telah diciptakan dalam bentuk gabungan yang terbaik serta menunjukkan bahawa dia telah diberi tubuh terbaik yang tidak diberikan makhluk hidup lain, dan dia telah dikurniakan dengan kemampuan pemikiran, pengetahuan, dan akal budi yang paling mulia yang tidak ada makhluk lain dikurniakan dengan.

Isu Tidak Yakin Akan Penampilan Diri.

Pada masa kini ramai manusia yang taksub untuk memiliki “badan yang sempurna” dan “wajah yang sempurna” untuk mencapai “standard beauty” yang sering digahkan terutamanya dalam media sosial. Segelintir dari mereka sanggup melakukan pembedahan plastik yang terang terangan haram di sisi Islam.

Islam mengalu-alukan pembedahan plastik jika ada alasan yang bernas dan bukan untuk tujuan mewah. Teknologi yang maju akan mendorong umat Islam melakukan perkara-perkara luar biasa sehingga boleh melanggar peraturan dalam Al-Quran dan Sunnah.

Sebagai contoh, media sosial merupakan salah satu teknologi yang memberi impak negatif kepada anak muda terutamanya. Terdapat isu buli siber yang mengutuk penampilan seseorang itu sehingga mempengaruhi hidup seseorang. Mangsa buli siber ini akan menghadapi tekanan diri yang menyebabkan kesihatan mental yang buruk dan menjadi lebih teruk jika percubaan bunuh diri berlaku.

Sebagai umat Islam, kita mesti memperingati bahawa Allah SWT bukan sahaja merancang kehidupan kita, tetapi dia juga memilih kita. Dia memilih bahawa kita akan dilahirkan di tempat dan waktu yang telah Dia tetapkan. Dia memilih bahawa kita akan mempunyai kemampuan, kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Cara Mengatasi Rasa Tidak Yakin Dengan Penampilan Diri

1. Sentiasa ingat bahawa ciptaan Allah SWT sememangnya indah terutamanya manusia Allah mencipta manusia sebaik baik kejadian berbanding makhluk Allah yang lain. Oleh itu, kita sebagai manusia mesti bersyukur kepada Allah kerana memberi kita merasai yang sangat besar ini.

2. Hindari perasaan cemburu, sombong dan iri hati serta marah yang boleh dikategorikan sebagai penyakit hati.

Kesombongan dan iri hati adalah dosa pertama yang dilakukan oleh Iblis kerana ia enggan tunduk kepada Adam kerana rasa iri hati terhadap apa yang diberikan oleh Allah SWT kepada Adam. Selain itu, orang dengki tidak akan berasa senang apabila melihat ada orang yang lebih mewah dan lebih berpengaruh daripadanya.

Ini sangatlah bertentangan dengan Islam. Hal ini kerana, Allah menyuruh kita untuk berkasih sayang sesama umat Islam. Malah sekiranya ada dikalangan umat Islam yang susah, golongan senang harus membantu mereka yang susah.

3. Bersyukur dengan segala yang dikurniakan oleh Allah SWT

Kita mesti bersyukur kerana kita mampu melihat, mempunyai akal fikiran yang waras, mempunyai anggota badan yang cukup, mempunyai kesihatan yang baik, malah kita dapat bernafas secara normal. Nikmat besar yang Allah beri iaitu kita dilahirkan dalam Islam.

4. Mengatasi hasutan Iblis yang sememangnya suka menjatuhkan manusia

Ingatlah bahawa Iblis akan menjatuhkan kita dengan menghasut Umat Islam untuk berasa tidak yakin dengan diri sendiri yang boleh menyebabkan kita obses untuk menarik perhatian orang lain supaya memberi tumpuan kepada kita (attention seeker). Contohnya, perbuatan bercinta sebelum berkahwin “couple” (menarik perhatian jantina berbeza),  memakai pakaian terdedah dan melakukan pelbagai maksiat untuk menarik perhatian orang lain.

5. Berfikiran positif serta percaya bahawa Allah SWT mengasihi kita

Sebagai umat Islam, kita sering mendengar ayat yang berbunyi “Allah uji kerana Allah sayang”. Fitrah manusia juga tidak lari, ini bermaksud apabila kita berada dalam keadaan susah kita akan mencari Pencipta kita. Jadi ujian yang Allah beri ini adalah bertujuan agar kita memperingati-Nya serta tidak lalai dengan duniawi.

Bukan itu sahaja, kita mesti ingat bahawa Allah akan menguji hambanya mengikut kemampuan seseorang itu. Allah tahu jalan yang terbaik dalam hidup kita. Oleh itu, setiap Muslim mesti bersyukur sekiranya ujian berlaku di dalam hidup kita kerana ia menunjukkan Allah masih ingat dan pandang pada diri kita.

6. Ingatlah bahawa sentiasa ada orang yang lebih susah

Belajar untuk melihat orang yang di bawah bukan orang di atas. Setiap manusia diberikan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sekiranya orang itu hidupnya mewah dan gah di mata manusia, misalnya, memiliki rumah yang besar, kereta yang mahal dan berpakaian yang berjenama.

Namun, pasti ada kekurangan yang Allah beri dalam hidupnya sebagai contoh masalah rumah tangga, tiada rezeki anak dan lain lain. Sebaliknya, ada orang hidupnya miskin tetapi mempunyai keluarga yang bahagia dan mempunyai rezeki anak yang ramai. Jadi sebagai Muslim, kita wajib bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah walaupun sekecil- kecil nikmat.

7. Praktik membaca atau mendengar Al-Quran dalam rutin harian

Bacalah dan dengarlah ayat Al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya 5 minit kerana ia akan akan membuatkan hati kita tenang serta berasa dekat dengan Allah.

8. Mendekati diri dengan Allah SWT

Selalu berdoa kepada-Nya kerana Allah SWT adalah pendengar yang terbaik dan mengetahui segala yang terbaik buat kita. Jangan pernah memandang rendah dengan kuasa doa. Ini kerana, “Kun Fayakun” (“Jadilah, maka jadilah…”) menunjukkan kekuatan dan iradat Allah.

9. Percayalah pada kemampuan kita

Berfikiran luas serta menggunakan bakat atau kemampuan yang kita ada dengan baik. Malah lebih baik apabila kelebihan yang kita ada boleh membantu orang lain yang lemah. Sebagai contoh pelajar yang bijak dalam Mata pelajaran Matematik boleh mengajar pelajar yang lemah dalam subjek tersebut. Sebagai mana yang kita tahu “bakat mengatasi rupa” menunjukkan bakat lebih penting dan bernilai daripada rupa paras yang cantik.

10. Berfikir bahawa setiap orang berbeza dan berhenti membandingkan diri dengan orang lain.

Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa Allah SWT tidak melihat penampilan anda atau status kewangan anda, tetapi Dia memandang hati dan tindakan anda (al-Bukhari).

Islam adalah kod hidup yang lengkap. Allah SWT telah memberi kita Al-Quran yang penuh dengan maklumat, panduan, dan pengetahuan untuk membimbing kita di muka bumi ini. Oleh itu, sebagai umat Islam, kita harus mengamalkan dan melaksanakan apa yang Islam ajar dalam rutin harian kita.

Penulis;  Nurdina Binti Ahmad Nasir, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.
RELATED ARTICLES

Most Popular