Menu Malas Untuk Orang Bujang! 10 Minit Je Dah Siap!

116
Menu Malas Untuk Orang Bujang

Hidangan yang ringkas, cepat dan sedap tidak lain tidak bukan orang bujang kita wajib buat bila tinggal berseorangan atau bersama dengan rakan serumah. Yang paling penting semua menu ini menjimatkan kos perbelanjaan dan hanya  perlukan bahan memasak yang minima sahaja.

Kesemua bahan ini juga boleh dibeli di kedai runcit berdekatan dengan rumah.  Jadi, mereka yang bekerja atau pelajar-pelajar universiti ini tidaklah bosan dengan hanya memakan menu yang sama setiap hari lagi-lagi menu nasi bujang pada pertengahan bulan. Menu inilah yang paling laku kerana harganya murah iaitu RM4 jika mahu dibandingkan dengan nasi goreng yang lain di kebanyakan restoran.

Menyebut tentang nasi bujang, pastinya golongan bujang mahu mencuba memasak resipi yang lebih menarik berbanding dengan menu nasi bujang ini. Yang tidak bujang tapi berkeluarga juga boleh mencuba masakan lauk yang mudah ini untuk makan tengah hari mahupun makan malam.

Mari kita ikuti idea menu-menu bujang yang boleh disiap dalam masa 10 minit oleh pemilik akaun Lemon 8, Nurain Natasya. Perkongsian wanita ini telah meraih sebanyak 2351 suka oleh pengguna aplikasi Lemon 8.

Kentang Sosej Masak Kicap

Kentang Sosej Masak Kicap

Bahan-bahan yang perlu disediakan adalah:

  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili padi
  • 4 batang sausage
  • 1 biji kentang
  • 1 biji limau
  • Kicap manis

Cara memasak:

  1. Hiriskan bawang merah dan putih serta cili padi terlebih dahulu dengan menggunakan pisau. Jika hendak cara yang mudah, gunakan pengisar sedia ada.
  2. Buang kulit kentang dan potongkannya kepada bahagian yang lebih kecil supaya kentang dapat masak sepenuhnya.
  3. Potong kecil-kecil semua sosej supaya mudah untuk anda makan nanti.
  4. Tumiskan bahan kisar tadi sehingga garing dan naik bau.
  5. Masukkan sosej dan hirisan kentang yang telah digoreng.
  6. Tuangkan kicap secukupnya serta tambahkan penambah rasa seperti gula dan garam.
  7. Makanan siap untuk dihidang.

Telur Masak Cili Kering

Telur Masak Cili Kering

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili padi
  • 2 biji telur
  • Ikan bilis
  • Sos tiram
  • Segenggam cili kering
  • Belacan

Cara memasak:

  1. Potong cili kering kepada 2 bahagian. Kemudian gorengkan cili kering sehingga garing bukan hangit.
  2. Tumiskan ikan bilis yang siap dikopek serta bawang putih untuk menjimatkan masa. Pastikan goreng sampai garing.
  3. Selepas itu, tumbuk semua bahan yang telah digoreng menggunakan batu lesung sehingga lumat kasar atau gunakan sahaja pengisar tetapi biarkan sejuk terlebih dahulu.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan 1-2 sudu sos tiram. Jika tiada pun tidak mengapa kerana sos ini untuk beri tekstur kuah lebih pekat.
  5. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi dan juga sedikit belacan, garam serta gula untuk menambahkan rasa sedap.
  6. Pecahkan 3 biji telur dan kacau sehingga masak.
  7. Makanan siap untuk dihidang.

Tauhu Masak Sos Tiram

Tauhu Masak Sos Tiram

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 3 tangkai cili padi
  • 3 biji tauhu
  • Cendawan
  • Sos tiram
  • Kicap cair
  • Daun bawang (bahan tambahan)

Cara memasak:

  1. Tumiskan bawang merah dan putih serta cili padi yang telah siap dihiris sehingga naik bau.
  2. Potong tauhu kepada bahagian yang lebih kecil dan gorengkan berasingan terlebih dahulu.
  3. Kemudian, masukkan tauhu yang digoreng serta cendawan ke dalam kuali bersama dengan bahan yang telah ditumis tadi.
  4. Tambahkan sos tiram satu sudu serta kicap cair.
  5. Selepas itu, letakkan garam, gula dan serbuk perasa cukupnya dan masak sehingga garing.
  6. Makanan siap untuk dihidang.

Beef Goreng Pedas + Scrambled Egg

Beef Goreng Pedas + Scrambled Egg

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • 200g daging, hiris nipis
  • Cili boh
  • Kicap manis
  • Cauliflower (bunga kobis)

Cara memasak:

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih yang telah dihiris serta cili boh sehingga pecah minyak.
  2. Tambahkan sedikit kicap ke dalam bahan yang telah ditumis tadi.
  3. Masukkan daging yang telah dihiris nipis supaya daging cepat masak dan empuk.
  4. Masukkan sedikit cauliflower (bunga kobis) yang telah dibasuh.
  5. Tambahkan garam secukupnya untuk menambahkan rasa yang enak kepada masakan kita dan masak sehingga daging empuk.
  6. Pecahkan telur ke dalam kuali yang berlainan untuk membuat scrambled dan masak sehingga garing.
  7. Hidangan daging goreng pedas dan scrambled egg siap untuk disaji bersama dengan nasi putih.

Sup Sayur Cendawan

Sup Sayur Cendawan

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Lobak merah
  • Cendawan
  • Kubis cina
  • Fish cake

Cara Memasak:

  1. Potongkan cendawan, separuh lobak merah, kubis cina dan fish cake kepada bahagian yang lebih kecil.
  2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris ke dalam minyak yang telah panas.
  3. Tambahkan secawan air selepas bahan yang ditumis sudah naik bau.
  4. Masukkan semua bahan yang telah dipotong kecil tadi ke dalam kuali dan masak sehingga mendidih.
  5. Perasakan sup ini dengan garam serta serbuk perasa secukupnya.
  6. Makanan siap untuk dihidang.

Kredit resepi: Nurain Natasya

Penulis:  Nurin Asyura Bt Mohd Azli, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.