10 Nama Malaikat dan Tugas Malaikat

0
967
Nama Malaikat dan tugas Malaikat

Ada 10 nama malaikat yang perlu kita ketahui beserta tugas-tugas Malaikat. Apakah 10 nama Malaikat yang wajib diketahui? Apakah pula tugas-tugasnya?

Artikel ini akan membincangkan secara ringkas perkara-perkara yang berkaitan dengan Malaikat iaitu pengertian Malaikat, dalil beriman kepada Malaikat, hukum beriman kepada Malaikat, sifat Malaikat, perbezaan antara Malaikat dan manusia, nama Malaikat dan tugas Malaikat.

  1. Beriman kepada Allah
  2. Beriman kepada Malaikat 
  3. Beriman kepada Kitab
  4. Beriman kepada rasul
  5. Beriman kepada hari akhirat 
  6. Beriman kepada Qadak dan Qadar 

Pengertian Malaikat 

Malaikat ialah makhluk Allah SWT yang dijadikan daripada cahaya (nur) dan terpelihara daripada dosa serta maksiat. 

Dalil Beriman Kepada Malaikat 

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 285:

Maksudnya:

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

Malaikat adalah makhluk Allah SWT yang ghaib tetapi kita wajib beriman dengannya. 

Hukum Beriman Kepada Malaikat 

Hukum beriman kepada Malaikat adalah wajib. Setiap Muslim perlu mempercayai kewujudan malaikat dan meyakini bahawa malaikat adalah salah satu daripada makhluk Allah SWT. 

Semua Malaikat menurut perintah Allah dan tidak pernah ingkar arahanNya. 

Malaikat sentiasa mengabadikan diri kepada Allah SWT dengan mentaati perintah-Nya. 

Sifat-sifat Malaikat 

Sifat-sifat Malaikat ialah:

  1. Malaikat tidak mempunyai jantina samaada lelaki atau perempuan. 
  2. Malaikat tidak mempunyai ibu dan tidak mempunyai bapa. 
  3. Malaikat tidak makan dan minum
  4. Malaikat tidak beranak dan tidak mempunyai anak. 
  5. Malaikat tidak mempunyai pasangan sama ada suami atau isteri.
  6. Malaikat boleh menyerupai pelbagai rupa dengan kehendak Allah SWT. 

Perbezaan Antara Malaikat dan Manusia 

Perbezaan antara malaikat dan manusia adalah sebagaimana berikut: 

MalaikatManusia
Malaikat dicipta daripada cahaya.  Manusia diciptakan daripada tanah.
Malaikat tidak mempunyai jantina Manusia berjantina sama ada lelaki atau perempuan
Malaikat taat dan patuh kepada perintah Allah SWTManusia ada yang patuh dan ada yang ingkar terhadap perintah Allah
Malaikat tidak berkahwin dan tidak beranak.  Manusia ada yang berkahwin dan beranak
Malaikat tidak makan dan minum Manusia makan dan minum
Malaikat tidak tidur Manusia tidur dan jaga

10 Nama Malaikat Yang Wajib Diketahui

  1. Jibrail
  2. Mikail
  3. Israfil
  4. Izrail
  5. Munkar
  6. Nakir
  7. Ridzuan
  8. Malik
  9. Raqib
  10. Atid

Tugas-Tugas Malaikat

Para Malaikat melaksanakan segala perintah Allah dengan sempurna. Mereka menjalankan tugas dengan penuh amanah dan ketaatan.

Malaikat juga tidak pernah cuai serta tidak pernah melakukan kesalahan. Mereka sentiasa beribadah tanpa jemu dan letih.

Berikut adalah 10 nama malaikat dan tugas-tugasnya

Bil.Nama MalaikatTugas-tugas Malaikat
1.JibrailMenyampaikan Wahyu
2.MikailMenurunkan rezeki
3.IzrailMengambil nyawa
4.IsrafilMeniup sangka kala
5.MunkarMenyoal orang yang mati di dalam kubur
6.NakirMenyoal orang yang mati di dalam kubur
7.RaqibMencatat amal kebaikan 
8.AtidMencatat amal keburukan 
9.RidzuanMenjaga Syurga
10.Malik Menjaga neraka


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here