Thursday, October 14, 2021
Home Agama Akidah Hari Kiamat dan Tanda-Tandanya Yang Perlu Diketahui

Hari Kiamat dan Tanda-Tandanya Yang Perlu Diketahui

Apakah yang dimaksudkan dengan hari Kiamat? Apakah pula tandanya?

Beriman kepada Hari Kiamat adalah Rukun Iman yang kelima yang wajib dipercayai oleh setiap orang Islam.

Rukun iman ada enam perkara iaitu;

  1. Beriman kepada Allah
  2. Beriman kepada Malaikat 
  3. Beriman kepada Kitab
  4. Beriman kepada Rasul
  5. Beriman kepada hari Kiamat 
  6. Beriman kepada Qadak dan Qadar 

Hukum beriman kepada hari Kiamat dan percaya kepada rukun Iman adalah wajib bagi setiap Muslim.

Pengertian Hari Kiamat

Hari Kiamat adalah hari kemusnahan dunia. Hari kiamat juga dikenali sebagai hari Akhirat di mana manusia akan diadili dan diberikan pembalasan yang sewajarnya di atas perbuatan yang dilakukan oleh mereka semasa di dunia.

Ketika berlakunya hari kiamat, seluruh alam dan cakrawala akan musnah. Segala kehidupan di dunia ini akan berakhir secara keseluruhannya.

Dalil Tentang Hari Kiamat

Firman Allah SWT dalam Surah al-Mulk Ayat 25;

Maksudnya:

Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?”

Tanda Hari Kiamat

Tanda-tanda kiamat terbahagi kepada dua iaitu:

  1. Tanda kecil hari Kiamat
  2. Tanda besar hari Kiamat

Tanda Kecil Hari Kiamat

  1. Fitnah semakin berleluasa
  2. Banyak berlaku gempa bumi
  3. Masa berlalu begitu pantas
  4. Anak menjadi tuan kepada ibu dan bapanya
  5. Muncul pendusta yang mengaku sebagai rasul
  6. Pembunuhan, penzinaan dan peminum arak semamik berleluasa
  7. Masjid yang cantik dan indah tetapi tidak dimakmurkan
  8. Kadar jumlah wanita lebih banyak daripada lelaki
  9. Banyak harta kekayaan sehingga tiada yang mahu menerima sedekah

Tanda Besar Hari Kiamat

  1. Munculnya Dajjal
  2. Keluarnya Dabbah (al-Dabbah adalah sejenis binatang yang akan keluar di akhir zaman (apabila manusia dalam keadaan yang jauh daripada agama)
  3. Kemunculan Imam Mahdi
  4. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
  5. Terbitnya matahari dari sebelah Barat
  6. Keluarnya asap dari permukaan bumi
  7. Penduduk bumi ramai yang tidak beriman
  8. Al-Qur’an diangkat ke langit daripada mushaf
  9. Turunnya nabi Isa untuk menghapuskan Dajjal

Nama-nama lain Hari Kiamat

Terdapat beberapa nama lain hari kiamat sebagaimana yang disebutkan dalam al-Qur’an iaitu:

BilBahasa MelayuBahasa Arab
1.                    Negeri Akhirat (Ad Darul Akhirah)الدار الأخرة
2.                    Tempat Kembali (Darul Qarar)دار القرار
3.                    Waktu (As-sa’ah)الساعه
4.                    Hari Kebangkitan (Yaumul ba’ats)يوم البعث
5.                    Hari Pembalasan (Yaumul ad-din)يوم الدين
6.                    Hari Perhitungan (Yaumul Hisab)يوم الحساب
7.                    Hari Penyesalan (Yaumul hasrah)يوم الحسرة
8.                    Hari Yang kekal (yaumul Khulud)يوم الخلود
9.                    Hari Yang dijanjikan (Yaumul Wa’id)يوم الوعيد
10.                Hari Berkumpul (yaumul Jama’)يوم الجمع

BACA JUGA: Ibnu Firnas : Manusia Pertama Yang Terbang Diinspirasikan Daripada Burung

BACA JUGA: Kisah Kesungguhan Imam Syafie Dalam Menuntut Ilmu dan Cara Beliau Beradab Terhadap Guru


Must Read

MARAH SAYANG

Perasaan marah atau perbuatan marah mungkin berbeza mengikut situasi. Kadang-kadang marah itu menjadi kata kerja atau pun kata adjektif. Marah juga bergantung...

Kawan Anda Depresi? Bagaimana Kita Kenal Pasti Dan Beri Sokongan?

Bagaimana kita kenal pasti? Banyak negara menghadapi impak ekonomi dan kesihatan berikutan serangan Covid-19 yang menular sekitar hujung tahun...

Best Friend Forever (BFF)

Ya...bff, best friend forever, istilah yang sering digunakan untuk mengungkap hubungan akrab dalam persahabatan. Jika bff atau pun sahabat sejati itu pastinya berkongsi saat...

Rindu Bertamu

Rindu... Suatu perasaan, emosi yang mungkin membahagiakan, walau pun lebih banyak yang menyedihkan, memilukan dan memeritkan. Kita mungkin akan merindui seseorang atau...

SURI HATI?

Naluri untuk berpasangan tentu lah perkara yang normal. Seorang anak muda pasti ada hati dengan seorang anak gadis. Jangan ada hati kepada...