Hari Malaysia yang diraikan setiap 16 September merupakan lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia. Walaupun di mana kita berada, pastinya ucapan Selamat Hari Malaysia sebagai tanda tanda ingatan buat mereka yang cintakan tanah air ini.
Walaupun tahun 2021 kita lalui dengan penuh cabaran, namun dengan semangat perpaduan pelbagai bangsa dan budaya di negara ini pastinya akan kita tempuhi bersama-sama.
Bagi meraikan sambutan Hari Malaysia 2021 dengan tema “Malaysia Prihatin”, marilah sama-sama kita ucapkan pantun dan ucapan Selamat Hari Malaysia buat kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga frontliner negara.
Semoga negara kita segera bebas daripada wabak Covid-19 yang melanda negara ini. Amin Ya Rabbal A’lamin.
Ucapan Selamat Hari Malaysia 2021
Selamat menyambut Hari Malaysia buat negaraku tanah air tercinta. Semoga negara kita segera bebas daripada wabak Covid-19 yang melanda negara. 16 September 2021 | Malaysia Prihatin |
Selamat Menyambut Hari Malaysia Majulah Malaysia dengan cemerlang agar terus gemilang di persada dunia. #MalaysiaPrihatin |
Terima kasih Malaysia di atas nikmat keamanan dan kebebasan yang telah dikecapi selama ini. Selamat Menyambut Hari Malaysia 2021 |
Salam Malaysia Prihatin Buat Seluruh Rakyat Malaysia. Marilah sama-sama kita bersatu hati ke arah Malaysia yang gemilang. |
Selamat Hari Malaysia 2021 Semarakkan semangat Malaysia Prihatin dalam usaha kita menamatkan COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara. |
Selamat Hari Malaysia Mudah-mudahan kita akan hidup bekerjasama dan tolong menolong untuk memajukan negara yang kita cintai ini. #momenNegaraku #MalaysiaPrihatin |
“Pencapaian yang kita kecapi selama ini adalah usaha kita bersama. Kita tidak akan berhenti di sini sahaja. Malah akan terus mengorak langkah dalam menjalankan tanggungjawab kita demi negara ini.” Kita mampu melakukannya jika kita bersatu hati. Selamat Hari Malaysia. |
Selamat Hari Malaysia Semoga kita terus maju dan jaya. Bersamalah kita menjaga keamanan dan keharmonian kita semua. #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #MalaysiaPrihatin |
“Kita semua rakyat Malaysia. Ini adalah satu ikatan yang sentiasa menyatukan kita. Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah asas kekuatan kita sebagai rakyat dan sebagai satu negara” – Tunku Abdul Rahman SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2021 |
Doaku buat Malaysia Tanah Air Tercinta “Ya Allah, kami bersyukur kepadamu di atas kehidupan yang aman, damai dan sejahtera ini. Ya Allah, semaikanlah di jiwa sanubari kami semangat cinta dan sayangkan tanah air. Bebaskan negaraku ini dari segala bentuk musibah, bencana alam, permusuhan dan perselisihan serta segala ancaman yang boleh menggugat kedaulatan dan keselamatan negara. Ya Allah, gerakkanlah dan satukan hati-hati kami berganding bahu bersama-sama memupuk semangat Malaysia Prihatin. Bekerjasama menyokong gagasan negara ke arah kemajuan dan pembangunan. Jadikanlah Malaysia sebuah negara yang maju duniawi dan ukhrawi. Negara yang dihormati dan disegani.” Amin Ya Rabbal A’lamin |
Pantun Selamat Hari Malaysia 2021
Perdana Menteri Ismail Sabri, Memacu negara melawan corona; Malaysia Prihatin tema diberi, Untuk sambutan Hari Malaysia. |
Walau di mana kita berada, Bumi dipijak langit dijunjung; Malaysia mekar gemilang persada, Maruah negara tetap disanjung. |
Negara Malaysia sudah merdeka, Terkenal megah di seluruh dunia; 16 September Hari Malaysia, Bersatulah hati kita semua. |
Lima prinsip Rukun Negara, Lagu Negaraku jangan dilupa; Sebagai seorang rakyat Malaysia, Janganlah kita mengabaikannya. |
Rukun Negara di amal sentiasa, Tonggak pegangan jiwa rakyatnya; Hari Malaysia diraikan kita, Semoga Malaysia sejahtera selamanya. |
Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, Simbol perpaduan kita semua; Bersatu hati mencapai wawasan, Maruah negara kita pelihara. |
Merah putih kuning dan biru, Jalur Gemilang tanah airku; Berkibar megah di segenap penjuru Lambang perpaduan bersatu padu, |
Dari Perlis hingga ke Sabah, Negara makmur rakyat mewah; Nama Malaysia berdiri megah, Terus gemilang bumi bertuah. |
Pelbagai bangsa pelbagai budaya, Hidup bersatu aman sentosa; Ayuh kita rakyat Malaysia, Bersatu hati jiwa bangsa. |
Bersatu hati melawan corona, Frontliner berjasa untuk negara; Marilah semua kita berdoa, Covid-19 berakhir segera |
Kad dan Poster Hari Malaysia




Malaysia Prihatin merupakan tema untuk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021. Lagu Malaysia Prihatin pula adalah lagu rasmi untuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.
Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI