Thursday, March 28, 2024
HomeLirik LaguLirik Lagu Malaysia Prihatin (Lagu Tema Hari Kebangsaan 2020)

Lirik Lagu Malaysia Prihatin (Lagu Tema Hari Kebangsaan 2020)

Lagu Malaysia Prihatin merupakan sebuah lagu tema sempena sambutan Hari Merdeka/Hari kebangsaan yang ke-63 pada tahun 2020. Lagu ini diberi nama “Malaysia Prihatin” selari dengan tema sambutan hari kebangsaan Malaysia Prihatin yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin baru-baru ini.

Tema ini dipilih kerana ia membawa makna yang begitu mendalam buat  rakyat Malaysia pada tahun ini. Ini kerana keadaan negara masih lagi berdepan dengan pandemik COVID-19.

Gabungan perkataan ‘Malaysia’ dan ‘Prihatin’ menggambarkan sikap patriotik seluruh rakyat di negara ini turut sama memerangi wabak itu serta kecaknaan kerajaan dengan melakukan pelbagai inisiatif merangkumi aspek ekonomi dan kebajikan demi kelangsungan hidup rakyat.

Lirik lagu Malaysia Prihatin berkisarkan tentang kecintaan kepada negara yang perlu dijunjung oleh setiap lapisan masyarakat. Kita semua mahukan negara yang aman dan makmur agar nama Malaysia terus makmur di persada dunia.

BACA JUGA: Lirik Lagu Jalur Gemilang

Lirik Lagu Malaysia Prihatin

MALAYSIA PRIHATIN

LAGU : Dato’ Mokhzani Ismail
LIRIK : El Sol Akhmad
PENYANYI : Siti Sarah, Alif Satar, Syamel, Aina Abdul


Kedamaian milik kita bersama
Amanah bangsa junjung selamanya

Abadikanlah jiwa dan ragamu
Teguh sinar cahaya satukan jiwa

Semarakkan api cinta di hati
Pada setiap insan kita gapaikan

Agar gemilang mekar di persada
Satu langkah satu hati untukmu pertiwi

Di mana bumi dipijak
Di situ langit dijunjung
Kita gunungkan semangat sejiwa

Walau di mana saja berada 
Makmurnya seiringan 
Agar teguh tulus ikhlas dizahirkan

Malaysia Prihatin selamanya
Negara bangsa diutamakan 
Khidmat diberi dengan penuh rela 

Tanah air yang tercinta
Namamu harum di puncak dunia

Payung mahkota teras pertiwi
Di persada nan gemilang.

Ayuh kita semarakkan sambutan hari kebangsaan kita pada tahun ini dengan pantun dan ucapan terbaik Hari Kemerdekaan Malaysia


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular