Tuesday, May 20, 2025
HomeKoleksi UcapanPantun & Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam 1444H/2022M

Pantun & Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam 1444H/2022M

Setiap kali tibanya Tahun Baru Hijrah, pastinya ada dalam kalangan kita yang akan mengucapkan pantun atau ucapan Maal Hijrah atau dikenali juga sebagai Awal Muharam.

Selain daripada bacaan doa akhir tahun dan awal tahun, ucapan atau pantun Maal Hijrah juga sebagai satu tanda kesyukuran dengan tibanya tahun baru Islam Hijrah. Ia merupakan ingatan terhadap lambang pengorbanan dan perpaduan ummat Islam di atas segala perjuangan baginda Rasulullah s.a.w serta Para Sabahat yang telah melakukan Hijrah melalui perintah Allah S.W.T.

Tema sambutan Ma’al Hijrah di Malaysia pada 2022M/1444H ialah “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran.” Tema ini juga merangkumi tiga teras utama Keluarga Malaysia iaitu Keterangkuman (inclusivity), Kebersamaan (common ground) dan Kesyukuran (contentment)..

Semoga dengan tibanya tahun baru Hijrah dapat membawa perubahan dan setiap diri kita untuk berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan.

BACA JUGA: Lirik Maal Hijrah – Al Ajiba (1 Muharam Detik Permulaan)

Ucapan Salam Maal Hijrah dan Salam Awal Muharam 

SALAM MAAL HIJRAH 1444H
“Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran”

1 Muharram 1444H | 30 Julai 2022

Semoga tahun baru ini dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya.

Aamiin

#maalhijrah
#awalmuharam
SALAM MA’AL HIJRAH 1444H

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Nisa’ ayat 100)

“Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti”
Assalamualaikum w.b.t

Salam Awal Muharam 1444H

Didoakan semoga semua:-
 ● Dipanjangkan umur
 ● Dimurahkan rezeki
 ● Ditetapkan keimanan
 ● Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik
 ● Kesihatan yang baik
 ● Berjaya di dunia & akhirat
 ● Sentiasa mendapat rahmat dariNya

*Aamiin Aamiin Ya Rabb Al Aalamiin*
Hijrah itu pengorbanan iaitu mengorbankan kehendak hawa nafsu yang tidak bertepi.
Hijrah itu perjuangan iaitu mujahadah meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT bukan mudah, namun tidak harus menyerah kalah dan lelah.

Hijrah daripada kebatilan kepada kebenaran
Hijrah daripada kegelapan kepada cahaya
Hijrah daripada penindasan kepada keadilan
Hijrah daripada perpecahan kepada kesatuan

1 Muharram 1444H
Selamat Tahun Baru Hijrah
Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran
Salam Ma’al Hijrah 1444H

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah keadaan mereka
(Surah al-Ra’d ayat 11)
Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1444H

“Hijrah dituntut ke atas setiap Muslim. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan hijrah.
Hijrah dan perubahan menuntut pengorbanan”

Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti

1 Muharam 1444H
30 Julai 2022M

Pantun Salam Ma’al Hijrah dan Salam Awal Muharam 

Memburu rusa di dalam rimba,
Rehat sebentar di Pokok Sena,
Awal Muharam telah tiba,
Moga hijrah lebih bermakna. 
Burung murai hinggap di dahan, 
Mencari makan untuk bekalan, 
Hayati Hijrah dengan kesungguhan, 
Penuh dengan lambang pengorbanan. 
Awal Muharam menjelma lagi, 
Mengatur azam di tahun baru, 
Panjang umur murah rezeki, 
Moga sihat ceria selalu. 
Menjelma lagi Tahun Baru, 
Penyatuan Ummah jiwa raga. 
Muharam membuka lembaran baru, 
Tingkatkan amalan menuju Syurga. 
Dari Mekah ke Kota Madinah,
Umat Islam melakar penghijrahan,
Hijrah lambang perpaduan ummah, 
Bersatu hati membentuk perpaduan.
Hijrah itu bukan pelarian, 
Tetapi tuntutan dari tuhan, 
Sama-sama tingkatkan amalan, 
Agar hidup sentiasa aman. 

Kad Ucapan dan Poster Salam Maal Hijrah

Kad Ucapan Salam Maal Hijrah 1444H
Poster Ucapan Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1444H
Salam Maal Hijrah 1444H
Ucapan Salam Maal Hijrah 1444H 2022M

Semoga tahun baru Hijrah ini membuka lembaran baharu buat kita semua.


Doa Akhir Tahun Hijrah dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib (Akhir waktu Asar penghujung tahun Hijrah)


Baca juga himpunan terbaik mutiara kata Hamka ini


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular