Pada tahun ini, tarikh bagi Awal Muharam ialah pada 30 Julai 2022 (Sabtu). Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2022M/1444H adalah dengan tema “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.
Pada kali ini, KeBawah Duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah berkenan untuk hadir ke Majlis ini.
Majlis rasmi berlangsung di Majid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang akan dihadiri oleh YAB Perdana Menteri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta menteri-menteri Kabinet.
Beberapa acara utama akan dijalankan seperti majlis bacaan Yasin bersempena Hari Pahlawan, bacaan doa akhir dan awal tahun, majlis rasmi sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan dan penganugerahan Tokoh Maal Hijrah bagi tahun 2022/1444H.
Tema Maal Hijrah 2021M/1443H
Setiap tahun satu tema rasmi akan dipilih bersesuaian dengan suasana dan keadaan negara.
Tema Maal Hijrah pada tahun ini ialah “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.
Tema ini dipersetujui oleh kerajaan bagi sambutan Maal Hijrah 1444 hijri yang merupakan satu tema yang sangat signifikan khususnya buat umat Islam di Malaysia bersempena kemakmuran rakyat dan Keluarga Malaysia.
Aspirasi sebuah keluarga yang besar dalam masyarakat berbilang kaum dan agama menepati konsep yang diterapkan dalam konsep hijrah yang pernah dibawa pada zaman Rasulullah S.A.W.
Tema ini juga merangkumi tiga teras utama Keluarga Malaysia iaitu Keterangkuman (inclusivity), Kebersamaan (common ground) dan Kesyukuran (contentment).
Apa yang pasti, tema ini selari dengan maksud Hijrah yang membawa pengertian yang begitu mendalam buat umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya.
Senarai Tema Maal Hijrah pada tahun-tahun yang lepas
2021 | Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti |
2020 | Ummah Rabbani, Negara Harmoni |
2019 | Negara Rahmah Ummah Sejahtera |
2018 | Menyantuni Umat Membawa Rahmat |
2017 | Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara |
2016 | Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah |
Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2021M/1443H
Pada setiap tahun seorang tokoh Maal Hijrah akan dipilih bersempena dengan sambutan ini.
Pemilihan tokoh Maal Hijrah dipilih berdasarkan kepada pengetahuan, pengalaman luas dan keperibadian unggul yang dimiliki dalam mengembangkan syiar Islam.
Selain itu antara kriteria pemilihan tokoh adalah sumbangan seseorang individu dalam pembangunan ummah sama ada di dalam atau luar negara.
Pada tahun lepas, tokoh Maal Hijrah ialah Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad yang merupakan Bekas Imam Besar Masjid Negara.
Beliau menerima pingat dan sijil penghargaan daripada Kerajaan Malaysia berdasarkan sumbangan besar mereka dalam memartabatkan syiar Islam di peringkat nasional dan antarabangsa .
Senarai Tokoh Maal Hijrah pada tahun-tahun yang lepas
2021M/1443H | Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad |
2020M/1442H | Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah |
2019M/1441H | Profesor Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang |
2018M/1440H | Profesor Dato’ Dr. Siddiq Fadzil |
2017M/1439H | Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai |
2016M/1438H | Tun Dato’ Seri Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim & Dato’ Dr Haron Din (Allahyarham) yang menerima anugerah khas Ma’al Hijrah |
Lagu Ma’al Hijrah
Satu Muharram Detik Permulaan Perkiraan Tahun Islam Hijrah Perpindahan Nabi dan Umat Islam Dari Kota Makkah ke Kota Madinah Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu Rela Berkorban Harta dan Nyawa Demi Menegakkan Islam Tercinta Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan Oleh Itu Mari Semua Kita Sambut Maal Hijrah Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam Untuk Sepanjang Zaman Satu Muharram Detik Permulaan Perkiraan Tahun Islam Hijrah Perpindahan Nabi dan Umat Islam Dari Kota Makkah ke Kota Madinah Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu Rela Berkorban Harta dan Nyawa Demi Menegakkan Islam Tercinta Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan Oleh Itu Mari Semua Kita Sambut Maal Hijrah Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam Untuk Sepanjang Zaman Untuk Sepanjang Zaman… |
Maksud Logo Ma’al Hijrah
Tahukah anda Logo Ma’al Hijrah yang kita gunakan pada hari ini mempunyai maksud dan simbolik yang tersendiri?

Ia direka khas sesuai dengan pengertian Hijrah yang merangkumi maksud yang mendalam.
Huruf “Ha” bermakna Hijrah.
Warna biru bermakna persaudaraan.
Warna merah membawa maksud semangat pengorbanan.
Warna kuning bermakna keagungan.
Warna putih bermakna fitrah manusia yang suci dan bersih.
Bulatan melambangkan bulatan bumi (glob).
Latar belakang logo yang berbentuk sarang labah-labah dan dilingkari oleh glob pula adalah simbolik kepada peristiwa Hijrah di mana Rasulullah SAW bersama Saiyyidina Abu Bakar as-Siddiq bersembunyi di dalam Gua Thur ketika berhijrah dari Kota Mekah ke Madinah.
Begitulah falsafah dan simbolik logo Maal hijrah yang menerapkan unsur-unsur pengorbanan, perpaduan, persaudaraan dan nilai-nilai murni Islam.
Konsep dan Maksud Hijrah
Dalam sejarah Islam, perkataan hijrah merupakan sunnah Rasulullah SAW bersama para sahabat yang berhijrah atau berpindah dari Mekah ke Madinah.
Hijrah ini bertujuan untuk mempertahankan dan menegakkan risalah Allah SWT iaitu akidah dan syariat Islam.
Berdasarkan kepada apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW tersebut, terdapat iktibar yang boleh kita pelajari daripada peristiwa Hijrah Rasulullah dan para sahabat iaitu umat Islam mestilah berhijrah ke tahap yang lebih baik dari sekarang.
Sebagai contoh, andai kata kita lemah dalam pekerjaan, maka hendaklah berusaha untuk berhijrah dengan belajar lebih tekun dan bersungguh-sungguh supaya pekerjaan kita menjadi lebih baik.
Jika kita kurang amal ibadah, hendaklah kita mempertingkatkan amal ibadah tersebut. Apa yang paling utama ialah kita perlulah berhijrah untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT.
Justeru, untuk mendapat kejayaan dan kecemerlangan, kita mestilah sentiasa berhijrah ke arah yang lebih baik kerana Allah SWT telah berjanji akan memberikan ganjaran pahala yang besar.
Baca juga koleksi pantun dan ucapan terbaik sempena sambutan Maal Hijrah
Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI