Koleksi Pantun dan Ucapan Salam Maulidur Rasul 2020/1442H

0
16812
Koleksi Pantun dan Ucapan Salam Maulidur Rasul 2020 -1442H

12 Rabiulawal merupakan tarikh yang paling bermakna buat umat Islam kerana kelahiran Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Selain memperbanyakkan selawat, pastinya ada di antara kita yang ingin memberi ucapan Salam Maulidur Rasul buat rakan-rakan, ahli keluarga atau sesiapa sahaja. 

Di Malaysia, setiap 12 Rabiulawal yang juga dikenali sebagai Maulidur Rasul merupakan cuti umum bagi semua negeri di Malaysia. 

Dengan tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini “Ummah Rabbani, Negara Harmoni”, pastinya ia membawa seribu erti buat kita dalam mendepani tahun 2020 yang amat mencabar ini. 

Kita mendoakan agar wabak pandemik covid19 yang melanda negara ini akan segera berakhir. 

Ucapan Salam Maulidur Rasul 1442H/2020M 

Assalamu’alaikum wbt. 

Salam Maulidur Rasul 

12 Rabiulawal 1442H | 29 Oktober 2020

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita beroleh syafaat daripada Baginda di Padang Mahsyar kelak. 

Ummah Rabbani Negara Harmorni” 
Salam Maulidur Rasul 1442H

Semoga cinta dan kasih sayang kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW akan terus mekar dalam diri. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

“Ummah Rabbani Negara Harmorni” 
Salam Maulidur Rasul 1442H/2020M buat seluruh Umat Islam di Malaysia. 

Pada hari yang mulia ini marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad s.a.w. 

Sabda nabi;
«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»

Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” 

(An-Nasa’i no. 1297, Ahmad, Sahih)
Salam Maulidur Rasul 

12 Rabiulawal 1442H

Firman Allah SWT;

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.”  (Al-Ahzab: 56)
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1442H /2020M 

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim!! 

Dengan keberkatan dan kemuliaan Baginda Rasulullah s.a.w, kami memohon agar lenyapkanlah wabak covid-19 ini di negara kami dan seluruh dunia. 

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Pantun Salam Maulidur Rasul 

Sayang senduduk berbunga pagi, 
Ambil daunnya dibuat ubat;
Apa tanda kasihkan nabi, 
Jika tidak banyakkan selawat.
Nabi Muhammad junjungan Ummat, 
Membawa rahmat membawa berkat;
Marilah kita banyakkan selawat, 
Untuk syafaat di hari akhirat. 
Rabiul awal menjelma lagi, 
Bulan kelahiran nabi kita;
Banyakkan selawat ke atas nabi, 
Tanda bukti sayang dan cinta. 
Anak helang di kayu tinggi, 
Patah ranting terbanglah ia; 
Pengorbanan nabi kita sanjungi,
Membawa Ummat menuju Syurga. 
Pohon selasih di tepi perigi, 
Hujung dahan ada bunganya;
Pengorbanan nabi begitu tinggi, 
Untuk Ummatnya hidup sejahtera
Hiasan meja si kain renda, 
Sulaman tangan ibu saudara;
Contohi sifat akhlak Baginda, 
Agar hidup kita sejahtera. 
Pokok keladi di tepi paya, 
Bunga teratai kembang bertaut;
Apa guna kita berjaya, 
Jika nabi tidak diikut. 
Pelangi petang selepas hujan, 
Cuaca sejuk diwaktu malam;
Nabi Muhammad diutuskan Tuhan, 
Membawa Rahmat seluruh Alam. 
Pokok senduduk di tanah seberang, 
Berselang rapat si pokok jati;
Baginda hebat di medan perang, 
Sehingga musuh sangat hormati. 

Poster Maulidur Rasul 2020/1442H

Semoga pantun dan ucapan salam Maulidur Rasul ini memberikan inspirasi buat anda. 



Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI