Tarikh dan Tema Maulidur Rasul 2020/1442H di Malaysia

0
21737
Tarikh dan Tema Maulidur Rasul 2020_1442H

Pada tahun ini, tarikh bagi Maulidur Rasul 1442H  jatuh pada 29 Oktober 2020 (Khamis). Tema untuk sambutan Maulidur Rasul ialah “Ummah Rabbani, Negara Harmoni”.

Majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2020M/1442H akan diadakan dalam suasana yang berlainan berbanding sebelum ini. 

Ini disebabkan negara masih lagi berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara dan beberapa negeri yang masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sambutan Maulidur Rasul di Malaysia merupakan satu syiar yang di raikan secara rasmi sebagaimana juga sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan yang di sambut pada 20 Ogos yang lepas. 

Tarikh Maulidur Rasul 1442H di Malaysia 

Maulidur Rasul yang disambut pada 12 Rabiulawal setiap tahun adalah bagi meraikan  keputeraan baginda Rasulullah s.a.w yang lahir pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. 

Di Malaysia, sambutan ini juga dikenali sebagai Maulid Nabi yang merupakan cuti umum di setiap negeri dalam Malaysia. 

Pada tahun ini 12 Rabiulawal 1442H adalah jatuh pada hari Rabu 29 Oktober 2020.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2020

Dalam satu kenyataan Menteri Hal Ehwal Agama di laman Facebooknya,  terdapat kelainan dan keistimewaan untuk sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini berbanding tahun-tahun lepas. 

Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan;

Kerajaan menjanjikan kelainan dan keistimewaan pada Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini khusus bagi memuliakan insan teragung, Rasulullah SAW.” 

Untuk sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2020, ada kelainan berbanding sambutan pada tahun-tahun sebelum ini. Namun sambutan secara rasmi di peringkat kebangsaan, pihak JAKIM tidak mengadakannya secara rasmi.

Pun begitu, ada pengisian dan acara lain yang dicadangkan sebagai alternatif kepada sambutan ini.

JAKIM juga akan menggerakkan kempen “Malaysia Berselawat” iaitu peserta atau rakyat Malaysia hendaklah merakam selawat dalam bentuk video dan share di media sosial masing-masing dengan hashtag #SemarakCintaRasul serta tag laman sosial JAKIM. Video yang terpilih akan menerima hadiah istimewa dari JAKIM.

Ia sebagai galakkan umat Islam di negara kita untuk menyemarakkan 12 Rabiulawal dengan gema selawat bagi menunjukkan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Selain itu, JAKIM juga akan menganjurkan “Pertandingan Video Kreatif Maulidur Rasul SAW 1442H/2020M” bersempena sambutan Maulidur Rasul yang di adakan secara atas talian.

Pertandingan ini dibuka kepada seluruh lapisan masyarakat sama yang beragama Islam atau bukan Islam yang berminat untuk menyertai pertandingan ini.

Hadiah wang tunai sebanyak RM13,500 untuk dimenangi.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini bolehlah merujuk ke laman portal JAKIM www.islam.gov.my atau lawati mana-mana laman sosial JAKIM seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Dalam pada itu, JAKIM juga akan mengadakan rancangan khas Semarak Cinta Rasul pada 28 Oktober 2020 jam 9.00 malam secara langsung di RTM 1. Antara pengisiannya ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al Bakri akan menyampaikan pesanan bersempena Maulidur Rasul pada tahun ini, persembahan nasyid, tayangan video khas dan sebagainya.

Ia tidak melibatkan penyertaan masyarakat, namun disiarkan secara langsung melalui RTM 1.

Tema Maulidur Rasul 2020/1442H 

Setiap tahun satu tema rasmi akan dipilih untuk sambutan Maulidur Rasul di Malaysia. 

Tema Maulidur Rasul pada tahun ini ialah “Ummah Rabbani, Negara Harmoni.”. Ia bersamaan dengan tema untuk sambutan Maal Hijrah 1442H

Pemilihan tema ini mengandungi 3 komponen utama iaitu pembangunan modal insan, pembudayaan ilmu dan pengukuhan pengurusan. Ia akan membentuk negara harmoni apabila ketiga-tiga komponen ini dihimpunkan.

Apa yang pasti, tema ini membawa pengertian yang begitu mendalam buat umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya.  

Senarai Tema Maulidur Rasul Pada Tahun-tahun Yang Lepas

2019Negara Rahmah Ummah Sejahtera
2018Menyantuni Umat Membawa Rahmat
2017Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara
2016Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah

Anugerah dan Tokoh Maulidur Rasul 2020 

Pada setiap tahun seorang tokoh Maulidur Rasul (Anugerah Perdana) akan dipilih bersempena dengan sambutan ini. 

Pemilihan tokoh Tokoh Maulidur Rasul dipilih berdasarkan kepada pengetahuan, pengalaman luas dan keperibadian unggul yang dimiliki dalam mengembangkan syiar Islam.

Selain itu antara kriteria pemilihan tokoh adalah sumbangan seseorang individu dalam pembangunan ummah sama ada di dalam atau luar negara. 

Memandangkan pada tahun ini kita masih lagi berhadapan dengan pandemik covid-19, berkemungkinan tidak ada penganugerahan tokoh Maulidur Rasul pada tahun 2020 sebagaimana kebiasaan tahun-tahun sebelum ini. 

Senarai Penerima Tokoh Perdana Maulidur Rasul Pada Tahun-tahun Yang Lepas

2019Dato’ Sri Paduka Raja Dato’ Haji Daud bin Muhammad, Pakar Perundangan Syariah
2018Dato’ Paduka Haji Nik Jaafar bin Nik Ismail, Tokoh agama dan guru al-Qur’an 
2017Dato’ Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti, pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, UK
2016Mohammed Yusof Abu Bakar, Tokoh penulisan khat negara 
2015Datuk Wan Zahidi Wan Teh, bekas Mufti Wilayah Persekutuan
2010Prof Emeritus Dato Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid, Pengerusi Majlis Dakwah Negera

Walaupun pada tahun ini tiada sambutan rasmi Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan, ini tidak bermakna kita tidak boleh meraikan tarikh kelahiran besar Nabi Muhammad s.a.w. Kita masih boleh zahirkan perasaan kegembiraan dan kesyukuran kita dengan memperbanyakkan selawat.

Allahumma Solli ‘Ala Saidina Muhammad


Menjelang sambutan Maulidur Rasul, pasti ada dikalangan kita yang ingin sampaikan pantun atau ucapan Salam Maulidur Rasul buat keluarga, teman-teman dan sebagainya. Pilihlah pantun dan ucapan yang sesuai ini.

Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI