Hari Malaysia yang diraikan setiap 16 September merupakan lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia. Walaupun di mana kita berada, pastinya ucapan Selamat Hari Malaysia sebagai tanda tanda ingatan buat mereka yang cintakan tanah air ini.
Walaupun tahun 2022 kita lalui dengan penuh cabaran, namun dengan semangat perpaduan pelbagai bangsa dan budaya di negara ini pastinya akan kita tempuhi bersama-sama.
Bagi meraikan sambutan Hari Malaysia 2022 dengan tema “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”, marilah sama-sama kita ucapkan pantun dan ucapan Selamat Hari Malaysia buat kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga frontliner negara.
Ucapan Selamat Hari Malaysia 2022
𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati Pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka bersama Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura pada tahun 1963. Hari Malaysia memberi makna yang besar kepada rakyat kerana ia adalah detik penting yang menyatukan rakyat Malaysia. Hari Malaysia ialah hari untuk seluruh rakyat Malaysia, maka ia perlu diraikan bersama di seluruh pelosok negara. Sebagai Rakyat Malaysia kita harus sentiasa mengingati hari bersejarah ini. 16 September 2022 | Keluarga Malaysia Teguh Bersama |
Selamat Menyambut Hari Malaysia Majulah Malaysia dengan cemerlang agar terus gemilang di persada dunia. #MalaysiaPrihatin |
Terima kasih Malaysia di atas nikmat keamanan dan kebebasan yang telah dikecapi selama ini. Selamat Menyambut Hari Malaysia 2022 |
Salam Malaysia Prihatin Buat Seluruh Rakyat Malaysia. Marilah sama-sama kita bersatu hati ke arah Malaysia yang gemilang. |
Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke-59 Semoga negara tercinta ini terus maju dan menjadi contoh ke seantero dunia. Semoga negara ini bersih dari rasuah, ketirisan dan salah tadbir. Maju terus Malaysia. |
Selamat Hari Malaysia Mudah-mudahan kita akan hidup bekerjasama dan tolong menolong untuk memajukan negara yang kita cintai ini. #momenNegaraku #KeluargaMalaysia |
“Pencapaian yang kita kecapi selama ini adalah usaha kita bersama. Kita tidak akan berhenti di sini sahaja. Malah akan terus mengorak langkah dalam menjalankan tanggungjawab kita demi negara ini.” Kita mampu melakukannya jika kita bersatu hati. Selamat Hari Malaysia. |
Selamat Hari Malaysia Semoga kita terus maju dan jaya. Bersamalah kita menjaga keamanan dan keharmonian kita semua. #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #MalaysiaPrihatin |
“Kita semua rakyat Malaysia. Ini adalah satu ikatan yang sentiasa menyatukan kita. Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah asas kekuatan kita sebagai rakyat dan sebagai satu negara” – Tunku Abdul Rahman SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2022 |
Doaku buat Malaysia Tanah Air Tercinta “Ya Allah, kami bersyukur kepadamu di atas kehidupan yang aman, damai dan sejahtera ini. Ya Allah, semaikanlah di jiwa sanubari kami semangat cinta dan sayangkan tanah air. Bebaskan negaraku ini dari segala bentuk musibah, bencana alam, permusuhan dan perselisihan serta segala ancaman yang boleh menggugat kedaulatan dan keselamatan negara. Ya Allah, gerakkanlah dan satukan hati-hati kami berganding bahu bersama-sama memupuk semangat Malaysia Prihatin. Bekerjasama menyokong gagasan negara ke arah kemajuan dan pembangunan. Jadikanlah Malaysia sebuah negara yang maju duniawi dan ukhrawi. Negara yang dihormati dan disegani.” Amin Ya Rabbal A’lamin |
Pantun Selamat Hari Malaysia 2022
Ismail Sabri PM Kita, Memacu negara hingga persada; Keluarga Malaysia Teguh Bersama, Tema Sambutan Hari Malaysia. |
Walau di mana kita berada, Bumi dipijak langit dijunjung; Malaysia mekar gemilang persada, Maruah negara tetap disanjung. |
Negara Malaysia sudah merdeka, Terkenal megah di seluruh dunia; 16 September Hari Malaysia, Bersatulah hati kita semua. |
Lima prinsip Rukun Negara, Lagu Negaraku jangan dilupa; Sebagai seorang rakyat Malaysia, Janganlah kita mengabaikannya. |
Rukun Negara di amal sentiasa, Tonggak pegangan jiwa rakyatnya; Hari Malaysia diraikan kita, Semoga Malaysia sejahtera selamanya. |
Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, Simbol perpaduan kita semua; Bersatu hati mencapai wawasan, Maruah negara kita pelihara. |
Merah putih kuning dan biru, Jalur Gemilang tanah airku; Berkibar megah di segenap penjuru Lambang perpaduan bersatu padu, |
Dari Perlis hingga ke Sabah, Negara makmur rakyat mewah; Nama Malaysia berdiri megah, Terus gemilang bumi bertuah. |
Pelbagai bangsa pelbagai budaya, Hidup bersatu aman sentosa; Ayuh kita rakyat Malaysia, Bersatu hati jiwa bangsa. |
Indah sungguh bandar dan desa, Seluruh negara nikmati pembangunan; Rakyat harmoni sejahtera sentiasa, Selamat Hari Malaysia saya ucapkan. |
Kad dan Poster Hari Malaysia




Malaysia Prihatin merupakan tema untuk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021. Lagu Malaysia Prihatin pula adalah lagu rasmi untuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.
Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI