Mulakan hari anda dengan ucapan selamat pagi yang indah buat keluarga, sanak-saudara dan teman-teman.
Hidup anda lebih bermotivasi dan bersemangat dalam menjalani kehidupan seharian jika kita saling mengucapkan sesuatu yang indah pada pagi ini.
Jadikan ucapan selamat pagi ini sebagai caption di Intagram, status wassap, posting di Facebook dan sebagainya.
Semoga pantun dan ucapan selamat pagi ini dapat memberi idea bagi ucapan anda buat insan tersayang.
Ucapan Selamat Pagi Yang Penuh Inspirasi
Mulakan hari baru anda dengan penuh kesyukuran atas segala nikmat kurniaanNya. |
Hari yang indah dimulakan dengan minda yang positif. |
Selamat pagi, Hidup ini umpama cermin. Ia akan senyum kepada anda jika anda senyum kepadanya. Jom mulakan hari yang indah dengan senyuman yang menawan. |
Semoga matahari yang menyinari pada hari ini akan membawa kekuatan baru buat diri dan jiwa kita. Yakinlah dengan kekuatan diri sendiri dan kemampuan yang ada. Jangan pernah putus asa! |
Selamat Pagi, Dunia akan tetap berputar jika kita tidak memilih untuk memulakan hari baru dengan keindahan. |
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, lalu Dia datangkan hujan dan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. Assalamualaikum dan Selamat Pagi Malaysia. |
BACA JUGA: Himpunan Kata-Kata Mutiara Ustaz Ismail Kamus
Doa Dhuha Memohon Dilimpahkan Rezeki
Ya Allah! Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMu, Kecantikannya KecantikanMu, Keindahannya KeindahanMu, Kekuatannya KekuatanMu, Kekuasaannya KekuasaanMu, Perlindungannya PerlindunganMu, Ya Allah! Jika rezeki masih di langit, turunkanlah; Jika di bumi, keluarkanlah; Jika sukar, permudahkanlah; Jika haram, sucikanlah; Jika jauh, dekatkanlah; Amin Ya Rabbal ‘Alamin. |
Assalamu’alaikum dan Selamat Pagi
Assalamu’alaikum dan Selamat Pagi Ucapkan Alhamdulillah kerana diberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan. Moga hidup kita hari ini lebih baik daripada semalam. |
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Yang Indah. Ya Allah! Permudahkanlah segala urusan kami pada hari ini. Berikanlah kami rezeki yang mencurah-curah dan rezeki yang berkat. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. |
Assalamu’alaikum, jom mulakan hari kita dengan doa ini. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon padaMu keampunan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon padaMu keampunan dan keselamatan dalam agamaku, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aibku) dan berilah ketenteraman di hatiku. |
Ya Allah! Kurniakan kepada kami dari sisiMU petunjuk, Tunjukkanlah kami jalan kebaikan, Sesungguhnya ketakwaan kepada Allah adalah cahaya, dan menuju jalan kejayaan. |
Pantun Selamat Pagi
Burung kedidi di tepi perigi, Menyusur lalu mencari makan, Saya ucapkan selamat pagi, Moga hidup sejahtera dan aman. |
Pagi hari menabur padi, Benih disemai sebagai bekalan, Saya ucapkan selamat pagi, Sinari hari dengan senyuman. |
Pagi indah cuaca nyaman, Udara segar sinar mentari, Selamat pagi saya ucapkan, Semoga hidup sentiasa diberkati. |
Pergi ke sawah menanam pagi, Pulang ke rumah lewat petang Moga hidup sentiasa diberkati Agar diri dikenang orang. |
Mentari pagi terbit ditimur, Burung-burung tebar berkicauan Semakin hari bertambah umur, Gunalah untuk perkara kebaikan. |
Mudik ke hulu mencari palas, Buat ketupat di hari raya, Kalau hidup sentiasa malas, Sampai bila takkan berjaya. |
Ucapan Selamat Pagi Sweet
Suria yang menyinari hari ini akan lebih bermakna dengan senyumanmu yang selalu terpahat di kalbu ku. |
Setiap hari penuh bermakna dalam hidupku andainya kamu memberi peluang kepada diriku untuk sentiasa berada di sisimu. |
Setiap pagi membawa kita harapan dan peluang baru. Jangan biarkan pagi yang indah ini berlalu pergi oleh mimpi yang lena. |
Selamat Pagi Sahabatku! Burung-burung yang berkicauan pagi ini mengingatkan tentang persahabatan sejati kita yang penuh dengan suka duka. |
Sahabat sejati umpama bintang di langit. Kamu tidak selalu melihatnya, tetapi aku tahu aku sentiasa tersemat di hatimu. |
Ucapan untuk hantar di wassap (Hanya perlu Copy & Paste sahaja)
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه* *اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ* _Mulakanlah pagi ini dengan doa dan kesyukuran_ *_Alhamdulillah…_* _Masih banyak nikmat yang Allah beri…_ _Masih ada nyawa yang dipanjangkan…_ *_Ya Allah ampuni dosa-dosa kami, pasangan kami, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami, saudara mara kami, guru-guru kami dan seluruh umat Islam di dunia. Ya Allah, cukupkanlah rezeki dan permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan juga di akhirat….._* آَمِيّـٍـِـنْ… آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن 🍃🌹☀🌤⛅🌥🌤☀🌥☀💫 |
Doa Pagi Ini
🐝السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه🐝Doa pagi ini... 💖بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ💖 💖🌾Ya Allah di pagi yg mulia ini ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, seluruh ahli keluarga kami, saudara-saudara kami, sahabat-sahabat kami dan seluruh umat islam. Panjangkan umur kami. Kurniakan kami keselamatan & kesihatan yg baik. Tunjukanlah kami jalan yg benar. Berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat serta masukkanlah kami ke dalam syurga Mu aamiin.. Ya Allah…🌾💖َ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن |
Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips, perkongsian dan artikel-artikel menarik
Baca juga titipan nasihat dan mutiara kata Ustaz Ebit Lew yang penuh inspirasi.
JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI