Tuesday, March 19, 2024
HomeKehidupanPengalaman dilayan oleh majikan yang tidak beradab dan tidak bermoral

Pengalaman dilayan oleh majikan yang tidak beradab dan tidak bermoral

Pada zaman moden ini, ramai yang telah keluar bekerja dan membina karier masing-masing bagi menampung diri untuk kehidupan harian. Pelbagai cabaran yang kita hadapi semasa keluar bekerja sehingga ada yang sanggup berhenti kerja kerana stress dengan kerja yang diberikan oleh majikan. 

Kita hanya bekerja untuk mencari rezeki, bukanlah robot sehingga semua kerja kita kena buat. Bagi yang bekerja pada hari cuti umum dan lebih masa pula, majikan haruslah double pay kepada pekerjannya kerana bekerja lebih masa selepas office hours. Majikan yang baik, pekerja pun takkan berhenti bekerja dengan majikan tersebut.

Berdasarkan pengalaman saya bekerja, saya mula berkerja pada tahun 2017 iaitu selepas saya tamat Tingkatan 5 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Pengalaman pertama saya berkerja ialah Empire Furniture Centre, iaitu syarikat menjual perabot sebagai seorang kerani. Kerja sebagai seorang kerani bukanlah senang dan mudah kerana saya seperti dibuli oleh seorang senior semasa melakukan penyemakkan stok perabot dan key in stok tersebut ke dalam sistem. 

Pada suatu hari semasa saya berada di dalam pejabat dan print out invoice customer, saya dimarahi oleh seorang senior kerana saya melakukan terlalu awal. 

Saya hanya berdiam diri saja dan 1 jam kemudian, saya dihubungi oleh majikan dan dia memarahi saya teruk di dalam telefon. Katanya, saya sudah 3 minggu bekerja dan masih tak tahu melakukan kerja tersebut. 

Saya menutup panggilan tersebut dan saya hanya mampu bersabar saja kerana bekerja dengan orang. Sikap manusia kita tidak boleh berubah, hanya diri dia sendiri saja yang mahu berubah.

Seminggu kemudian, saya bekerja pada cuti umum. Alangkah bagusnya ada syarikat bercuti semasa cuti umum, manakala saya pula berasa seperti tidak cukup rehat. 

Semasa di dalam pejabat dan melakukan penyemakkan stok di dalam sistem, saya dihubungi oleh majikan dan dia terus memarahi saya dengan mengatakan saya tidak menyemak stok perabot dengan baik. 

Dia bertanya saya dimanakah stok kerusi tersebut semasa saya melakukan penyemakkan stok. Saya tidak tahu kerana bagi saya, semua ini masih baru dan saya masih dalam proses belajar untuk mengenalinya. 

Saya bertanya senior saya dan majikan saya memarahi saya dalam telefon berkata saya ini tidak perlu tanya orang. Dia juag terus memarahi saya kata jangan menyusahkan orang lain dan berhenti saja pada hujung bulan. 

Saya berasa sungguh kecewa kerana saya berasa seolah olah tidak diterima oleh majikan saya. Saya SMS terus kepada mak saya mengatakan saya sungguh kecewa pada hari tersebut dan saya dimarahi teruk oleh majikan saya.  

Semakin saya kecewa, semakin itu perasaan ini membuat saya sangat marah atas perbuatan sikap majikan saya yang tidak bermoral. Dia memarahi saya seperti saya ini bukan manusia.

Pada tengah hari tersebut, mak saya datang dan menghantar makanan kepada saya. Mak saya terus bertanya saya, di manakah majikan saya, saya menjawab soalan mak saya dan mengatakan bahawa majikan saya tiada di pejabat. 

Mak saya pun ikut  masuk ke pejabat dan bertanya senior adakah benar majikan marah saya? Senior tersebut diam dan dia terus menjawab bahawa dia tidak tahu.

Mendiang bapa saya ingin membuka pintu pejabat dan saya membantunya untuk membuka pintu tersebut. Mendiang bapa saya sangat marah terhadap sikap majikan tersebut. 

Mak dan mendiang bapa saya pun beredar dari situ. Senior saya hanya berdiam saja sepanjang hari. Perasaan saya bercampur aduk sepanjang hari kerana ia membuat saya semakin marah dan membuat saya tiada semangat untuk bekerja lagi.

Pada keesokkan harinya, saya pergi kerja seperti biasa, tetapi dalam keadaan tidak ada semangat untuk bekerja lagi. 

Saya sambung membuat kerja tanpa menegur senior dengan satu patah perkataan pun. 

Semasa membuat penyemakkan stok, majikan saya ada pergi ke pejabat. Agaknya dia mahu berjumpa dengan saya atau hanya ambil sesuatu ke pejabat? 

Saya masih membuat penyemakkan stok dan saya ternampak dia masuk ke dalam kereta. Tiba-tiba, dia turun semula dari kereta. Dia masuk dan berdiri di belakang saya tanpa menegur saya. 

Tiba-tiba dia bersuara bertanya, “Kamu tahu siapa saya kan?” tanya majikan kepada saya. Saya pun menjawab pertanyaan dia. Dia ingin membawa bincang dengan saya, tetapi saya sudah bersikap ego enggan membawa bincang bersama dan saya kata saya sangat marah atas tindakan dia tersebut. 

Saya pun membuang fail di hadapan dia dalam keadaan marah dan dia beredar dari situ. Saya pun masuk ke pejabat dan memberitahu senior saya dan manager saya bahawa saya mahu berhenti juga. 

Saya memberitahu mereka bahawa saya tidak mahu lagi bekerja dengan orang yang bersikap sombong dan tidak bermoral. 

Saya juga memberitahu mereka bahawa saya mahu mengambil gaji saya dalam bentuk tunai. Mereka hanya senyap saja. 

Saya pun makan tengah hari hanya seorang diri saja. Selepas saya makan tengah hari, tiba-tiba manager memberi surat berhenti kerja dan menyuruh saya tandatangan. 

Dia juga memberi saya gaji dalam bentuk tunai. Saya terus tandatangan surat tersebut, ambil gaji saya dan mengemas barang saya juga. Selepas saya mengemas barang saya, saya pun beredar dari pejabat tersebut. 

Saya berasa sangat lega selepas saya beredar dari pejabat tersebut. Saya tidak sanggup bekerja dengan majikan yang tidak bermoral dan hanya membuatkan pekerja stress.

Daripada dimarahi dan dipijak oleh majikan, saya sanggup mencari pekerjaan baru yang sesuai dengan saya.  Begitulah kisah sebenar pengalaman pertama saya apabila keluar bekerja. 

RELATED ARTICLES

Percaturan Hidup

Doa Ibu

Mencari Mood?

Most Popular